Bahasa Malaysia

Pilih keutamaan bahasa anda

  • Bahasa Malaysia
  • English
  • 4 Cara Untuk Berhubung Dengan Pelanggan Semasa Penularan Wabak Covid-19

    Tidak dapat dinafikan lagi, awal 2020 adalah tempoh yang mencabar untuk sektor perniagaan disebabkan penularan wabak Covid-19. Perintah kawalan pergerakan yang berkuatkuasa memberikan cabaran yang unik kepada perniagaan-perniagaan terutamanya perniagaan yang beroperasi dari premis komersial.

    Impak dari wabak Covid-19 ini dapat dirasai dalam hampir semua aspek kehidupan seharian. Malah, tekanan ke atas perniagaan-perniagaan dari pelbagai industri terutamanya perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana berkemungkinan akan berlanjutan sehingga beberapa bulan yang akan datang.

    Bukan itu saja, COVID-19 telah membawa “bencana” yang lebih besar kepada ekonomi Malaysia berbanding dengan krisis-krisis lain seperti perang dagangan China-Amerika Syarikat.

     

    The Covid-19 outbreak is a challenging time for businesses

     

    Jika anda memiliki perniagaan sendiri dan sumber pendapatan anda terjejas disebabkan penularan wabak ini, kami mempunyai beberapa cadangan yang boleh membantu anda.

    Di dalam artikel ini, kami akan berkongsi tiga strategi untuk mengekalkan saluran komunikasi anda dengan pelanggan-pelanggan.

    Selepas itu, anda akan mengetahui apakah cara yang terbaik untuk membuat penghantaran produk anda ke pelanggan. Sama ada anda memiliki stor atas talian atau tidak, cara penghantaran ini sangat praktikal untuk diamalkan!

     

    Apakah cara-caranya untuk berhubung dengan pelanggan semasa penularan wabak Covid-19?

    1. 1. Buka akaun Google My Business atau kemaskinikan akaun anda jika ada

    Penularan wabak Covid-19 telah memaksa premis-premis perniagaan untuk menutup pintu mereka. Disebabkan hal ini, pelanggan-pelanggan akan menggunakan internet untuk mencari produk dan perkhidmatan yang mereka perlukan. Perniagaan yang mempunyai identiti atas talian dan menawarkan perkhidmatan penghantaran akan diberi perhatian yang paling banyak oleh pelanggan-pelanggan yang berpotensi.

    Jika anda tidak menggunakan Google My Business (GMB) untuk mengiklankan perniagaan anda, anda sebenarnya sedang melepaskan peluang keemasan! Ini kerana GMB memberikan anda platform pengiklanan secara percuma dengan enjin pencarian internet yang paling terkenal di dunia.

    Jika anda tahu menggunakan GMB dengan berkesan, perniagaan anda akan diberi ganjaran dengan kedudukan yang teratas di halaman pertama carian Google. Nama perniagaan yang muncul di halaman pertama carian Google adalah kaedah pengiklanan yang sangat berkesan kerana anda mampu memaparkan jenama anda di hadapan beribu-ribu pengguna Google.

    Sebagai contoh, jika seseorang individu menggunakan Google untuk mencari kedai komputer dan anda telah membuka akaun GMB untuk perniagaan komputer anda, ini adalah hasilnya dalam halaman carian Google:

     

    Computer shop

     

    Individu tersebut boleh klik mana-mana perniagaan yang berada dalam senarai di atas untuk mendapatkan maklumat lanjut seperti alamat laman web dan nombor telefon perniagaan tersebut.

    Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Google My Business.

     

    1. 2. Pos sekerap mungkin dalam media sosial

    Secara purata, kajian menunjukkan yang seseorang itu meluangkan masa dengan media sosial selama 2 jam dan 22 minit sehari. Disebabkan situasi unik dengan penularan wabak Covid-19 sekarang, lebih ramai orang akan meluangkan masa dengan media sosial disebabkan arahan duduk di rumah.

    Dengan kata lain, sekarang adalah masa yang terbaik untuk memaparkan perniagaan anda dengan lebih kerap dalam media sosial.

    Social media

     

    Media sosial yang paling banyak digunakan dan mudah untuk digunakan oleh perniagaan ialah Facebook. Facebook for Business mempunyai pelbagai fungsi-fungsi yang berguna untuk berkomunikasi dengan pelanggan anda.

    Tambahan lagi, hampir semua format isi kandungan boleh digunakan dalam Facebook, seperti gambar, stories, video secara langsung dan juga teks yang biasa.

    Selain Facebook, satu lagi platform media sosial yang semakin mendapat perhatian di kalangan netizen ialah TikTok.

    Membuat isi kandungan yang sendiri dan asli adalah cara yang mudah dan kos efektif untuk mempromosikan perniagaan anda di TikTok. Anda juga tidak perlukan kemahiran videografi yang tinggi untuk membuat isi kandungan dengan TikTok.

    Walaupun begitu, anda perlu memberi perhatian kepada satu perkara dengan TikTok:

    Secara keseluruhannya, pengguna-pengguna TikTok jatuh dalam lingkungan umur 16 tahun sehingga 24 tahun. Anda perlukan kandungan dengan kreativiti yang luar biasa dan menarik jika anda ingin mendapatkan pulangan yang maksimum dengan penggunaan platform TikTok.

     

    1. 3. Jalankan kempen pemasaran emel

    Adakah anda tahu yang pemasaran emel merupakan saluran pemasaran yang paling berkesan? Pulangan dari pemasaran emel adalah lebih besar dari aktiviti-aktiviti media sosial, SEO dan pemasaran affiliate.

    Sebenarnya, pemasaran emel merupakan aktiviti biasa bagi perniagaan-perniagaan yang sudah mahir dengan pemasaran digital sejak sedekad yang lalu.

    Tetapi, sejak penularan wabak Covid-19 menyukarkan pertemuan fizikal antara perniagaan dan pelanggan, pemasaran emel telah memainkan peranan yang lebih penting untuk menghubungkan perniagaan dan pelanggan. 

     

    Email marketing

     

    Mesej yang dirangka dengan lancar dan baik dalam emel mampu memberikan impak yang positif kepada pelanggan dan juga bakal pelanggan.

    Pemasaran emel membolehkan perniagaan memberikan maklumat-maklumat penting kepada pelanggan mereka dengan kadar segera seperti perubahan waktu operasi perniagaan, aktiviti khas, pelancaran produk baru dan lain-lain. Kebolehan untuk berhubung dengan pelanggan yang boleh mencecah ribuan dalam satu masa adalah kelebihan utama pemasaran emel.

    Salah satu platform untuk pemasaran emel yang sering digunakan ialah MailChimp. Anda boleh memilih untuk menggunakan versi percuma platform ini atau mengeluarkan belanja untuk mendapatkan ciri-ciri lain yang berguna dengan pakej MailChimp yang berbayar.

     

    1. 4. Tawarkan perkhidmatan penghantaran on-demand dan pada hari yang sama

    Kalau anda sudah memanfaatkan saluran-saluran di atas untuk memberi khabar yang perniagaan anda masih beroperasi, tinggal satu saja langkah terakhir:

    Menawarkan perkhidmatan penghantaran produk anda ke rumah pelanggan!

    Ingat, pada zaman digital ni, semuanya perlu dipercepatkan, termasuklah khidmat penghantaran!

    Di sinilah Lalamove boleh membantu anda untuk memenuhi langkah terakhir yang kritikal ini.

     

    Our drivers are trained to perform contactless deliveries

     

    Lalamove adalah platform digital yang memenuhi penghantaran on-demand dengan memadankan permintaan penghantaran dengan rakan penghantar Lalamove. Platform penghantaran ini boleh diakses melalui laman web atau aplikasi telefon.

     

    Web app and mobile app

     

    Dengan menjalinkan kerjasama dengan perkhidmatan penghantaran on-demand seperti Lalamove, anda dapat menambah baik nilai jenama anda di mata pelanggan. 

    Lalamove mempunyai pelbagai kenderaan untuk memenuhi keperluan penghantaran perniagaan anda. Pilih dari motosikal, kereta, van, 4 x 4, lori 1-tan dan lori 3-tan yang sesuai dengan keperluan logistik anda.

     

    Lalamove delivery vehicles

     

    Adakah anda sudah bersedia untuk menggunakan platform digital untuk penghantaran perniagaan? Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan penghantaran on-demand untuk perniagaan.

    Dapatkan Penyelesaian Penghantaran Untuk Perniagaan

    Jika anda belum pernah menggunakan Lalamove, kami syorkan anda untuk memuat turun aplikasi kami dulu. Anda boleh cuba membuat beberapa pesanan penghantaran dengan menggunakan akaun biasa. Jika anda berpuasa hati dengan perkhidmatan kami, anda boleh teruskan mendaftar akaun perniagaan dengan kami.

    Muat Turun Aplikasi Lalamove

    Kongsi ini

    Lalamove Malaysia

    Post Berkaitan

    Lalamove Malaysia

    Bagaimana Hendak Mendapatkan Pembeli Peribadi Dengan Perkhidmatan Buy4U Lalamove

    May 12, 2020

    Bagaimana Hendak Mendapatkan Pembeli Peribadi Dengan Perkhidmatan Buy4U Lalamove

    Jika anda tidak boleh keluar untuk membeli barangan keperluan walaupun sebentar saja, anda pasti akan menyukai perkhidmatan Buy4U Lalamove! Lebihtrue

    Baca Lebih Lanjut
    on demand

    Langkah-langkah Untuk Menggunakan Aplikasi Lalamove

    May 5, 2020

    Langkah-langkah Untuk Menggunakan Aplikasi Lalamove

    Anda sedang mencari panduan ringkas untuk langkah-langkah menggunakan aplikasi Lalamove? Jangan risau, anda berada di laman yang tepat!Ikutitrue

    Baca Lebih Lanjut
    food delivery

    5 Cara Lalamove Boleh Memudahkan Hidup Anda

    January 23, 2020

    5 Cara Lalamove Boleh Memudahkan Hidup Anda

     

    Kalau kita flashback macam mana penghantaran pada awal 90-an beroperasi, selalunya perkara pertama yang kita teringat ialah penghantaran surat,true

    Baca Lebih Lanjut

    KOMENTAR

    Recent Posts

    Bagaimana Hendak Mendapatkan Pembeli Peribadi Dengan Perkhidmatan Buy4U Lalamove
    May 12, 2020
    4 Cara Untuk Berhubung Dengan Pelanggan Semasa Penularan Wabak Covid-19
    April 6, 2020
    Langkah-langkah Untuk Menggunakan Aplikasi Lalamove
    March 23, 2020
    5 Cara Lalamove Boleh Memudahkan Hidup Anda
    January 23, 2020
    Penghantaran Van dengan Lalamove
    November 7, 2019

    NEWSLETTER