Merci Dandy - Menyepadukan Khidmat Penghantaran Peringkat Akhir oleh Lalamove dalam E-dagang

Penjual Dalam Talian yang Memberi Tumpuan kepada Pengalaman di Luar Talian

Merci Dandy ialah penjual dalam talian untuk item fesyen lelaki, dengan perbezaan. Pelanggan memaklumkan penasihat gaya mereka tentang pilihan mereka, dan kemudian menerima pilihan khusus label dan jenama terkemuka yang terhangat dari Eropah dalam kotak yang dihantar terus ke depan pintu mereka. Pelanggan mempunyai 5 hari untuk mencuba semua item sepuas-puasnya dan kemudian item yang tinggal akan diambil melalui perkhidmatan penghantaran, tanpa sebarang masalah.

Industri: Jualan runcit, E-dagang
Cabaran:
  • Memerlukan masa pusing balik yang pantas, mengikut permintaan
  • Pelbagai perjalanan dengan pelbagai destinasi
  • Pasukan penghantaran sendiri adalah di luar daripada bajet yang tersedia
Penyelesaian: Lalamove untuk Perniagaan

 

 

Salah satu janji kami ialah untuk memudahkan pelanggan kami. Merci Dandy, secara ringkasnya ialah, fesyen yang dijadikan mudah.- Chloé Berger, Co-Founder, Merci Dandy.

 

 

 

 

Pasukan Penghantaran Sendiri untuk Penghantaran Peringkat Akhir?

 

Pasukan penghantaran sendiri yang tipikal boleh melibatkan 50-60% jumlah perbelanjaan operasi.

 

Merci Dandy ingin menggegarkan sektor e-dagang dengan menyediakan perkhidmatan yang diperibadikan dan kesenangan untuk keseluruhan pengalaman pelanggan mereka. Untuk mencapai tahap kesenangan ini, Merci Dandy terlebih dahulu memerlukan rangkaian penghantaran yang boleh dipercayai untuk menghantar dan mengambil item-item daripada kami dan pelanggan kami, mengikut permintaan. Biasanya, kefleksibelan dan kebolehpercayaan sebegini boleh dicapai jika menggunakan kumpulan kenderaan milik sendiri. Namun logistik keluar dan sebaliknya memerlukan perolehan, pengurusan dan penyenggaraan pelbagai sumber. Menghantar item kepada pelanggan adalah cukup mudah, namun pengambilan item yang dikembalikan adalah lebih mencabar.

Sebagai contoh, jumlah kos pemilikan merangkumi pembelian kenderaan, kos bahan api dan pemandu, penyenggaraan dan pelesenan. Kos tidak langsung yang lain merangkumi latihan dan penyeliaan, pematuhan, risiko dan liabiliti. Sebagai tambahan, pasukan penghantaran peribadi yang efisien memerlukan tahap ekonomi mengikut skala yang tertentu, dan memerlukan pasukan kakitangan logistik untuk penilaian secara berterusan.

Bagi Merci Dandy, pasukan penghantaran sendiri bukanlah pilihan yang sesuai. Mereka mahu mengurangkan sumber yang digunakan dan menumpukan perhatian kepada pengkhususan mereka. Mereka mahukan perkhidmatan penghantaran pintu ke pintu yang tidak mahal, memberi sentuhan peribadi dengan penghantaran barangan secara terus, dan pengalaman yang lancar untuk pelanggan di mana pemulangan item adalah sama mudah sebagaimana mereka menerimanya.

Di Mana Peranan Lalamove?

Lalamove memudahkan kami dan menjimatkan kos berbanding mengurus pemandu kami sendiri.- Magali Portes, Co-Founder, Merci Dandy.

Lalamove mula-mula ditemui oleh Merci Dandy apabila mereka menyedari bahawa profesional dan perniagaan lain juga menggunakan perkhidmatan logistik Lalamove. Mereka menawarkan tahap logistik yang fleksibel, dan Merci Dandy pula perlu bertindak dengan pantas sebaik sahaja pesanan dilakukan. Dengan perkhidmatan motosikal Lalamove yang mengambil masa 55 minit, penghantaran adalah pantas dan destinasi penghantaran adalah fleksibel. Tambahan pula, Lalamove juga mempunyai pemandu yang fasih berbahasa Inggeris, satu kriteria yang diperlukan oleh Merci Dandy.

Lalamove last mile delivery for merci dandy

Dari segi pengurusan dan penjejakan pasukan penghantaran, Merci Dandy berupaya menggunakan platform Lalamove untuk mengesan lokasi kotak-kotak mereka, dalam masa nyata. "Ia adalah cara yang mudah dan mesra pengguna untuk berinteraksi dengan pembekal perkhidmatan," kata Magali. Bagi mereka, perkhidmatan 24/7, mengikut permintaan, adalah penting untuk menghantar item kepada pelanggan dan juga mengambilnya semula selepas tempoh pemadanan berakhir. Bukan pelanggan mereka sahaja yang menikmati kesenangan dan kefleksibelan ini. 

Bagi kami, logistik adalah kunci kejayaan. Kami ingin bekerjasama dengan rakan niaga yang terbaik dalam bidang ini.” - Chloé Berger, Co-Founder of Merci Dandy.

Lalamove last mile delivery for merci dandy   

Pengasas Merci Dandy, Chloé Berger dan Magali Portes meringkaskan pengalaman mereka dalam menyepadukan perkhidmatan penghantaran peringkat akhir Lalamove dengan perniagaan runcit dalam talian mereka, dalam satu ayat:

Kami telah bekerjasama dengan Lalamove sejak hari pertama kami dan kami mengakui bagaimana mereka memainkan peranan penting dalam membantu untuk memastikan pelanggan kami sentiasa berpuas hati!

 

Talk to Us About Your Business Delivery Needs 

 

LALAMOVE CASE STUDIES – BUSINESS SUCCESS IN ASIA

Here, we share with you Lalamove same day delivery success stories and testimonials from our customers and partners.

If you would like to feature your business here as a Lalamove case study, then please jump in a discussion with us: editor@lalamove.com

Recent Case Studies

Case Studies by Topic