Soalan-soalan Lazim

Am

Bagaimana Lalamove berfungsi? Bolehkah saya menyertai secara sambilan?

Lalamove menawarkan perkhidmatan penghantaran on-demand dan berjadual dengan menghubungkan rakan penghantar di aplikasi mudah alih dan web. Penghantar boleh mengambil pesanan mengikut jadual mereka sendiri. Lalamove ditawarkan kepada sesiapa sahaja yang boleh memberi komitmen untuk menjadi penghantar sepenuh masa atau secara sambilan.

Berapakah pendapatan mingguan yang saya boleh jana dengan Lalamove?

Pendapatan anda bergantung kepada jumlah pesanan yang diambil. Penghantar terbaik kami mampu menjana sebanyak RM180 setiap hari!

Apakah yang perlu saya lakukan dalam proses pendaftaran?

Muat turun aplikasi Lalamove Driver dan tekan "daftar" untuk memulakan proses pendaftaran. (Anda juga boleh mendaftar melalui laman web kami, tetapi anda perlu memuat turun aplikasi kami dan mengikut langkah yang sama.) Isikan maklumat peribadi dan kenderaan anda, dan juga semua dokumen berkaitan yang diperlukan. Seterusnya, jadualkan masa anda untuk sesi latihan atas talian atau secara langsung. Selepas anda lulus latihan tersebut, telah membayar segala deposit jaminan yang berkenaan dan dokumen yang dimuat naik telah diluluskan, akaun anda akan disahkan dalam masa 1 hari bekerja.
(Nota: Bagi semua van dan lori, anda dikehendati melekat stiker Lalamove pada kenderaan anda. Anda akan dibayar untuk stiker tersebut)

Bilakah saya boleh mula menjana pendapatan´╝č

Akaun anda akan disahkan dalam masa 3 hari bekerja selepas lulus latihan dan setelah anda membayar deposit.

Kenderaan

Kenderaan saya tidak tersenarai. Bagaimanakah saya menghantar untuk Lalamove?

Kenderaan yang tersenarai di platform kami adalah motosikal, kereta, trak pikap 4x4, van dan lori. Jika kenderaan anda tiada dalam pilihan, sila hubungi bahagian operasi penghantar kami di 0178009518
untuk keterangan selanjutnya.

Saya memiliki beberapa buah kenderaan. Bolehkah saya pautkan semuanya ke profil penghantar saya?

Ya, anda boleh berbuat demikian. Tetapi anda perlu membuka akaun penghantar yang berasingan bagi setiap kenderaan yang anda miliki. Oleh itu, setiap akaun penghantar memerlukan nombor telefon yang berbeza.

Bolehkah saya menghantar dengan Lalamove sekiranya saya tidak mempunyai sebarang kenderaan?

Kenderaan yang anda akan gunakan untuk penghantaran tidak terhad kepda kenderaan yang didaftar atas nama anda. Anda boleh menggunakan kenderaan yang disewa untuk menghantar di platform kami.

Bolehkah saya berkongsi kenderaan yang sama dengan kawan saya menggunakan dua akaun yang berasingan?

Ya, anda boleh berkongsi kenderaan dengan menggunakan dua akaun yang berasingan tetapi kenderaan tersebut tidak boleh diguna pada masa yang sama.

Dokumen

Apakah maklumat dan dokumen yang diperlukan unntuk pendaftaran?

Anda perlu mengisi maklumat peribadi dan kenderaan anda yang terkini.

Selain itu, anda perlu memuat naik dokumen-dokumen berikut dengan jelas:

1. Kad Pengenalan
2. Lesen
3. Gambar profil
4. Gambar kenderaan

Adakah dokumen saya selamat?

Ya, semua maklumat peribadi dan dokumen anda adalah dilindungi oleh Akta Perlidungan Data Peribadi (APDP).

Latihan

Saya telah menjadualkan latihan saya tetapi saya tidak dapat hadir. Apakah yang saya perlu lakukan untuk menjadual semula?

Sila masuk ke aplikasi penghantar Lalamove anda, kilk pada Jadual Semula Latihan dan pilih sesi yang anda boleh hadir. Anda dibenarkan untuk menjadual semula sesi latihan tidak lewat daripada 24 jam sebelum sesi latihan yang dijadualkan bermula.

Apakah perbezaan antara latihan atas talian dan latihan secara bersemuka?

Bagi latihan atas talian, anda wajib mendapat markah minimum 17.5 untuk cubaan kali pertama. Sekiranya anda gagal dalam cubaan kali pertama, anda dikehendaki untuk mendapat minimum 20 markah untuk lulus, dan anda hanya boleh mencuba sebanyak 3 kali untuk lulus. Latihan atas talian mengambil masa kira-kira 20-30 minit untuk diselesaikan.

Bagi latihan secara bersemuka, pelatih berpengalaman kami akan memberi panduan kepada anda mengenai maklumat yang diperlukan dan biasanya mengambil masa kira-kira satu 1 jam untuk diselesaikan.

Pembayaran

Adakan Lalamove mengenakan sebarang bayaran untuk mengesahkan akaun? Jika ada, berapakah jumlahnya?

Untuk pengesahan akaun, anda perlu membayar deposit jaminan yang boleh dikembalikan. Bayaran deposit adalah seperti berikut:

Motosikal & Kereta - RM25
4x4 Trak pikap - RM50
Van - RM75
Lori 1 Tan - RM100
Lori 3 Tan - RM140

Mengapakah saya perlu membayar deposit? Adakah deposit tersebut boleh dikembalikan?

Deposit jaminan adalah untuk memastikan penghantar menyelesaikan pesanan yang diambil dan barangan yang dihantar dikendalikan dengan baik.

Deposit jaminan boleh dikembalikan sepenuhnya apabila anda menutup akaun penghantar Lalamove anda.

Setelah pengesahan, bagaimanakah saya boleh membuat pengeluaran wang?

Masuk ke aplikasi penghantar anda and pergi ke Dompet Saya dalam aplikasi. Sebelum melakukan pengeluaran wang bagi baki anda, anda diwajibkan untuk mengisi maklumat bank anda, iaitu nombor akaun bank, nama pemegang akaun dan juga nama bank. Setelah mengisi maklumat yang diperlukan, klik Simpan.

Pengeluaran wang akan dilakukan pada setiap Isnin dan Khamis. Masa akhir untukpengeluaran wang adalah 11:59pm pada setiap Ahad dan Rabu. Jumlah pengeluaran wang boleh dikemas kini setiap hari sehingga masa akhir yang dinyatakan.

Anda mempunyai soalan lain?

Berborak Dengan Kami