Kebanyakan perniagaan sedang mengalami tempoh yang mencabar disebabkan pandemik Covid-19. Walaupun perintah kawalan pergerakan sudah ditamatkan, keadaan semasa yang diselebungi kerisauan dan ketidaktentuan telah menjejaskan perniagaan-perniagaan yang bergantung kepada jumlah pelanggan yang melawat premis mereka. Untuk kekalkan daya saing, sesebuah perniagaan perlu melakukan inovasi dan mengubah cara mereka menguruskan perniagaan.
Lalamove sentiasa bersedia untuk menyokong perniagaan-perniagaan dengan penyelesaian yang boleh membantu mereka mengharungi tempoh yang mencabar ini.