logo_350-01

Perlindungan Insurans Lalamove

*BM | EN

Dapatkan penghantaran yang lebih terjamin dengan perlindungan insurans Lalamove

Kami menghargai kepercayaan anda terhadap Lalamove untuk memenuhi penghantaran anda. Kami juga memahami kepentingan keselamatan barang anda dalam perjalanan ke destinasinya.

Kini, anda boleh membeli perlindungan insurans untuk penghantaran anda dari serendah RM4 saja!

Kenapa anda perlu mendapatkan perlindungan insurans kami?

insurance shield
Perlindungan

Lindungi barang anda dengan skim insurans untuk kes kehilangan dan kerosakan

insurance flexibility
Fleksibel

Dapatkan 7 pilihan fleksibel yang bersesuaian dengan kenderaan dan nilai barangan anda

Pay per use
Bayar dengan penggunaan

Tiada bayaran bulanan, anda hanya perlu bayar untuk perlindungan insurans bila anda perlukannya

Apakah pilihan-pilihan perlindungan insurans yang ada?

Pilih perlindungan insurans yang bersesuaian dengan kenderaan dan nilai barangan anda:

Jadual Perlindungan Insurans Lalamove

Bagaimana caranya untuk mendapatkan perlindungan insurans untuk pesanan saya?

Langkah-langkah membeli perlindungan insurans Lalamove

 

Apakah yang dilindungi dengan insurans ini?

Barang yang hilang, dicuri, atau rosak tanpa disengajakan semasa dalam proses penghantaran oleh Lalamove.

Apakah yang TIDAK dilindungi dengan insurans ini?

Secara amnya, kami tidak dapat membuat ganti rugi bagi sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh i) kejadian di luar kawalan kami; ii) kejadian yang terjadi sebelum atau selepas penghantaran, yang termasuk tetapi tidak terhad kepada:


- Pengambilan lewat dari pemandu
- Penghantaran lewat ke penerima
-Pembatalan pesanan
- Barang sudah sampai di tangan penerima
- Pemandu tidak memberikan wang tunai yang diterima dari penerima barang ke penghantar barang
- Barang berharga (contoh: wang, barang kemas, berlian)
- Barang yang tidak sah di sisi undang-undang dan merbahaya (contoh: dadah, senjata tajam)
- Senjata api (contoh: pistol, peluru)
- Barang berharga yang tidak dilabel dan dibungkus dengan cermat*

*Lalamove mempunyai kata terakhir dalam menentukan kualiti pembungkusan.

Bagaimana saya boleh membuat tuntutan?

Langkah-langkah tuntutan perlindungan insurans

 

Sila klik di sini untuk memuat turun borang tuntutan insurans. Untuk melihat polisi perlindungan insurans kami, sila klik di sini.