Terma dan Syarat

  1. Tafsiran
    1. Di dalam Terma dan Syarat ini, melainkan dikehendaki sebaliknya oleh konteks yang berkaitan, ungkapan-ungkapan berikut membawa maksud sebegini:
      1. "Lalamove” bermaksud Lalamove Malaysia Sdn Bhd, sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia dengan pejabat berdaftarnya di Suite 4.02, 4th Floor, Wisma Ali Bawal 1, 11 Jalan Tandang, 46050, Selangor Darul Ehsan.
      2. “Kenderaan terbabit” bermaksud kenderaan yang telah bersetuju dengan Lalamove untuk menerima tempahan daripada anda menerusi Perkhidmatan yang berkenaan;
      3. “Perkhidmatan” bermaksud perkhidmatan-perkhidmatan yang dijelaskan di perenggan 3(1);
      4. “Perisian” bermaksud perisian Lalamove yang berhubungkait dengan Terma dan Syarat ini;
      5. “Terma dan Syarat” bermaksud terma-terma dan syarat-syarat ini seperti yang dipinda dari masa ke semasa berdasarkan perenggan 8.1.
      6. “Pengiklanan” bermaksud mesej-mesej promosi yang tampil di dalam peranti mobil anda semasa pengendalian Perisian tersebut.
    2. Terma dan Syarat berikut menetapkan keseluruhan perjanjian dan persefahaman di antara anda dan Lalamove berkenaan dengan penggunaan Perisian dan Perkhidmatan tersebut.
    3. Perkataan-perkataan yang menandakan jumlah tunggal sahaja harus diertikan sebagai merangkumi jumlah majmuk; perkataan-perkataan yang bersifat jantina maskulin turut merangkumi sifat jantina feminin,neuter dan sebaliknya.
    4. Melainkan dikehendaki sebaliknya oleh konteks yang berkaitan, sebarang rujukan kepada mana-mana perenggan adalah merujuk kepada perenggan di dalam Terma dan Syarat ini.
  2. Lesen Perisian
    1. Anda dibenarkan untuk memasang satu salinan Perisian tersebut di peranti mobile anda selagi anda tidak menggunakan Perisian atau Perkhidmatan tersebut untuk sebaragn tujuan komersil.
    2. Anda tidak dibenarkan untuk menyewakan, memajakkan, memberi sub-lesen, mengedarkan atau memindahkan sebarang salinan Perisian atau lesen penggunaannya kepada mana-mana pihak ketiga.
    3. Anda tidak akan mengubahsuai, mengadaptasi, menjurutera terbalikkan, menyahhimpun, membongkar, menterjemah Perisian tersebut atau mencipta hasil-hasil
      derivatif berdasarkan Perisian tersebut.
    4. Anda tidak akan mengganggu operasi normal Perisian tersebut, atau menggunakan sebarang kaedah untuk mengeksport atau mengubahsuai kod sumber Perisian tersebut.
    5. Anda tidak akan memuatnaik atau menghantar sebarang jenis virus komputer, cacing, perisian Trojan atau kod yang berniat jahat.
    6. Anda tidak akan memasang dan/atau menggunakan Perisian tersebut di peranti selain daripada peranti mobile yang menggunakan system operasi yang diperakui oleh Lalamove.
    7. Selain daripada lesen untuk menggunakan Perisian tersebut seperti diberikan dalam perenggan 2(1), anda tidak diberikan mana-mana lesen atau hak lain. Dengan itu juga, hak pemilikan ke atas Perisian tersebut dan semua hak-hak lain yang berkaitan adalah terpelihara oleh Lalamove dan para pembekalnya.
  3. Perkhidmatan
    1. Perkhidmatan yang disediakan oleh Lalamove adalah untuk mengedarkan maklumat anda, dan maklumat tentang perjalanan yang anda cadangkan menggunakan kenderaan-kenderaan yang diajukan kepada Lalamove, menerusi Perisian tersebut kepada kenderaan terbabit untuk penerimaan mereka. Perkhidmata Lalamove juga termasuk memberikan anda dengan maklumat lain tentang kenderaan terbabit yang berkenaan, perjalanan tersebut dan penggunaan Perkhidmatan tersebut oleh anda.
    2. Anda bersetuju dan mengakui bahawa Lalamove bukanlah ejen kepada anda atau kepada kenderaan terbabit, dan Lalamove juga bukan sebuah pihak yang terlibat di dalam kontrak pengambilan kenderaan terbabit.
    3. Anda akan melindungi maklumat nama log masuk dan kata laluan yang mungkin diberikan oleh Lalamove kepada anda berkenaan dengan penggunaan Perisian tersebut, dan anda tidak akan berkongsi maklumat ini dengan pihak-pihak ketiga; dan
    4. Lalamove akan menganggap bahawa sebarang pihak yang menggunakan peranti mobile anda, nama log masuk serta kata laluan anda sebagai diri anda sendiri atau seeorang yang diberi kuasa oleh anda.
  4. Pembayaran untuk Perkhidmatan
    1. Perkhidmatan penghantaran akan dicaj berdasarkan kadar yang ditetapkan di dalam portal harga: https://www.lalamove.com/malaysia/kualalumpur/en/pricing
    2. Harga pembayaran yang dinyatakan adalah dalam Ringgit Malaysia (RM) dan termasuk dengan “Sales and Service Tax (SST)” jika berkenaan
    3. Lalamove berhak untuk mengubah harga bagi mana-mana perkhidmatan tanpa memberikan notis awal
    4. Lalamove berhak untuk mencaj bayaran pembatalan seperti berikut:
      1. Bagi pesanan “Dijadualkan (>30 min)”, tambang asas akan dicaj jika pengguna membatalkan pesanan 30 minit selepas dipadankan dengan penghantar dan/atau jika penghantar sudah tiba di lokasi pengambilan
      2. Bagi pesanan “Hantar Sekarang”, tambang asas akan dicaj jika pengguna membatalkan pesanan 5 minit selepas dipadankan dengan penghantar dan/atau jika penghantar sudah tiba di lokasi pengambilan
      3. Bagi penghantar yang sedang dalam perjalanan ke destinasi: Penghantar akan membuat panggilan untuk mengesahkan pesanan sebelum menuju ke destinasi. Jika pesanan tersebut disahkan oleh pengguna tetapi dibatalkan selepas waktu yang ditetapkan, 50% dari harga penghantaran akan dicaj kepada pengguna. Lalamove akan membantu memaklumkan caj tersebut kepada pengguna bagi pihak penghantar
      4. Pengguna akan dimaklumkan dengan harga penghantaran oleh aplikasi/laman web setelah maklumat jenis kenderaan dan lokasi pengambilan/penghantaran dimasukkan ke dalam aplikasi/laman web. Pengesahan pesanan penghantaran bermaksud pengguna tersebut bersetuju dengan harga penghantaran yang dipaparkan dalam aplikasi/laman web. Pengguna juga harus mengambil maklum bahawa caj tambahan boleh dikenakan berdasarkan portal harga yang telah dinyatakan dalam perenggan 4.1
      5. Pengguna harus membuat bayaran dalam tunai kepada penghantar dengan kadar segera atau bila-bila masa atas budi bicara kedua-dua belah pihak. Jika tiada persetujuan atas harga oleh pengguna atau penghantar, Khidmat Pelanggan Lalamove harus dihubungi sebelum membuat bayaran kepada penghantar
    5. Lalamove berhak untuk mengubah sebarang harga pakej kredit atau had/jumlah kredit tanpa memberi notis awal
    6. Segala permohonan untuk sebarang khidmat penghantaran adalah tertakluk kepada sumber yang sedia ada. Jika terdapat situasi di mana pesanan penghantaran tidak dapat diproses dengan kadar segera, Lalamove akan memaklumkan pengguna melalui emel yang telah dinyatakan oleh pengguna
    7. Lalamove akan hanya memproses permohonan untuk tambah nilai selepas bank meluluskan pembayaran tambah nilai dan juga selepas kelulusan diberi oleh Lalamove
    8. Lalamove berhak untuk membuat pembayaran balik kepada pengguna dengan jumlah yang dibayar pada asalnya jika terdapat situasi di mana Lalamove tidak dapat memproses permohonan untuk pakej atau permohonan pembayaran yang terlibat dalam proses penghantaran terkena
    9. Kredit yang telah dijual tidak boleh bertukar milik atau dipulangkan
    10. Resit fizikal tidak akan diberikan. Resit elektronik akan diberikan atas permohonan selepas pesanan penghantaran telah dilengkapkan dan dihantar kepada alamat emel yang diberikan oleh pengguna dengan syarat butang “E-Receipt” telah diaktifkan dalam aplikasi.
  5. Pautan dan Pengiklanan
    1. Lalamove tidak bertanggungjawab untuk kandungan dan kesahihan Pengiklanan terbabit.
    2. Lalamove tidak akan bertanggungjawab untuk urus niaga anda dengan mana-mana pihak yang melakukan Pengiklanan terbabit.
  6. Penafian
    1. Perisian tersebut dihantar kepada anda atas dasar “sedia ada”. Walaupun Lalamove telah menggunakan usaha terbaiknya untuk memastikan Perisian tersebut akan berfungsi sebagaimana semestinya di peranti mobile anda, Lalamove tidak menjamin prestasi Perisian tersebut mahupun kesesuaian Perisian tersebut dengan peranti mobile anda.
    2. Lalamove tidak menjamin ketersediaan Perkhidmatan tersebut, ketersediaan kenderaan-kenderaan menerusi Perkhidmatan tersebut, ketepatan data atau maklumat yang disediakan menerusi Perkhidmatan tersebut atau kualiti perkhidmatan oleh Kenderaan Terbabit.
    3. Lalamove tidak akan bertanggungjawab kepada anda untuk sebarang gantirugi, tuntutan atau kos melibatkan kerosakan sama ada langsung, tidak langsung atau kebetulan; atau untuk sebarang kehilangan laba atau kerosakan ke atas peranti mobil anda akibat penggunaan Perkhidmatan tersebut atau pemasangan dan/atau penggunaan Perisian tersebut walaupun Lalamove atau wakilnya telah dinasihatkan akan kemungkinan berlakunya kerosakan, gantirugi atau tuntutan sebegitu.
    4. Lalamove tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kerugian atau gantirugi, termasuklah sebarang kecederaan yang mungkin anda alami akibat daripada perjalanan anda di dalam sebuah Kenderaan Terbabit yang diupah menerusi Perkhidmatan Lalamove; dan sebarang perkara yang melibatkan hak-hak anda berkaitan dengan kontrak upahan di antara anda dan Kenderaan Terbabit yang berkenaan adalah persoalan di antara anda dan Kenderaan Terbabit yang berkenaan.
    5. Pembatasan dan pengecualian yang telah disebut adalah tergunapakai setakat dibenarkan oleh undang-undang.
    6. Pihak Pengguna memberi jaminan bahawa beliau adalah Pemilik atau wakil yang diberi kuasa oleh Pemilik Barangan tersebut, serta diberi kuasa untuk menerima dan akan menerima Syarat Pengangkuatan bagi pihak dirinya dan sebagai wakil untuk, dan bagi pihak, Pemilik Barangan tersebut.
    7. Pihak Pengguna menggambarkan dan menjamin bahawa beliau mematuhi semua undang-undang dan peraturan berkaitan dengan sifat, keadaan, pembungkusan, penanganan, penyimpanan dan pengangkutan Barangan tersebut, dan bahawa Barangan tersebut tidak melanggar undang-undang, tidak berbahaya dari mana-mana aspek atau bersifat lekas rosak.
  7. Data Peribadi dan Privasi
    1. Anda mungkin diminta menyerahkan maklumat peribadi kepada Lalamove sebelum menggunakan fungsi-fungsi tertentu Perisian tersebut.
    2. Anda bersetuju bahawa Lalamove boleh menggunakan data peribadi anda (iaitu nama dan nombor telefon anda) seperti yang diberikan kepada Lalamove dari masa ke semasa apabila anda menggunakan Perisian tersebut bagi tujuan menyediakan Perkhidmatan itu.
    3. Anda bersetuju bahawa Lalamove berhak mengumpul, menggunakan, menyimpan dan mengemaskini data peribadi anda sepertimana dan sejauh mana yang perlu apabila Lalamove menyediakan Perkhidmatan tersebut kepada anda, dan anda mengesahkan bahawa data peribadi yang anda berikan adalah benar, sahih dan terkini.
    4. Anda juga dengan ini mengizinkan bahawa Lalamove berhak memindahkan data peribadi anda kepada Kenderaan Terbabit apabila perlu termasuklah, tanpa had, bagi tujuan memperoleh penerimaan pemandu kenderaan untuk tempahan, pengesahan/penjelasan tentang maklumat tempahan antara anda dan pemandu kenderaan berkenaan, dan pengesanan kenderaan yang ditempah apabila Lalamove menyediakan Perkhidmatan tersebut kepada anda.
    5. Anda juga bersetuju bahawa pengumpulan, penggunaan, penyimpanan dan pemindahan data peribadi anda adalah secara amnya tertakluk kepada dasar privasi dan pernyataan pengumpulan data peribadi Lalamove, yang mana versi terkininya boleh didapati di “www.lalamove.com”, dan anda mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami kedua-duanya sebelum mempersetujui Terma dan Syarat ini.
  8. Lain-lain
    1. Lalamove berhak dari masa ke semasa meminda kandungan Terma dna Syarat ini di “www.Lalamove.com” dan anda adalah oleh mana-mana pindaan yang dibuat sebaik sahaja dimuatnaik.
    2. Terma dan Syarat ini akan ditadbir oleh dan ditafsirkan berdasarkan undang-undang Malaysia.
    3. Anda akur kepada bidang kuasa tidak ekslusif Mahkamah Malaysia.
    4. Lalamove berhak meminda Terma dan Syarat di atas pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.
  9. Peraturan Penggunaan
    1. Anda tidak akan menggunakan Perisian tersebut untuk atau bagi mendorong sebarang tindakan yang melanggar undang-undang.
    2. Anda tidak akan menggunakan Perisian tersebut untuk menghasilkan sebarang e-mel bersifat iklan atau spam.
    3. Anda tidak akan menggunakan Perisian tersebut dengan apa juak cara untuk mengesan, menguntit (stalking), mengganggu atau menyakiti mana-mana individu.
    4. Anda tidak akan, dengan apa juak cara, mengganggu/memusnahkan operasi Perisian tersebut atau pelayan/rangkaian yang berkaitan dengan Perisian tersebut; Atau mencabuli syarat-syarat keperluan rangkaian, proses, atau terma dan syarat yang telah diketengahkan apabila menggunakan Perisian tersebut.
    5. Anda tidak akan menggunakan Perisian tersebut menggunakan identity orang lain.
  10. Promosi
    1. Lalamove menjalankan kempen promosi dari masa ke semasa. Semua promosi yang disediakan adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan dan undang-undang sedia ada. Lalamove berhak meminda, menggantung atau menamatkan keperluan-keperluan ini atau Terma dan Syarat berkenaan pada bila-bila masa dan Lalamove boleh menarik balik tawaran promosinya mengikut budi bicara tanpa notis.
  11. Tuntutan kerosakan
    1. Secara amnya, kami tidak dapat memberi pampasan kepada pelanggan untuk sebarang kerugian atau kerosakan yang berlaku akibat peristiwa atau keadaan di luar kawalan Lalamove yang termasuk tetapi tidak terhad kepada:
      1. Kemalangan jalan raya
      2. Barang yang dirosak selepas diambil oleh penerima
      3. Penalti peribadi/perniagaan yang dikenakan di antara penghantar dan penerima disebabkan pengambilan atau penghantaran lewat, atau pembatalan penghantaran oleh mana-mana pihak
      4. Kehilangan/kerugian dalam transaksi tunai/pertukaran barang-barang berharga di antara penghantar dan penerima yang tidak diiringi bukti kukuh mengenai transaksi/pertukaran tersebut
      5. Barang-barang yang tidak sah dan bahaya (contoh: dadah, senjata api, senjata tangan, bahan radioaktif)
      6. Barang rapuh yang dilihat tidak dibungkus dengan rapi dan tidak mempunyai label barang rapuh*
        *Lalamove berhak membuat keputusan terakhir mengenai kualiti pembungkusan barang rapuh
    2. Setiap insiden/permintaan pampasan perlu dilaporkan kepada Khidmat Pelanggan pada hari yang sama. Penyiasatan dalaman akan dijalankan dan diselesaikan oleh Lalamove dalam tempoh 5 hari bekerja selepas laporan dibuat. Hasil siasatan akan diberitahu dalam tempoh tidak lebih dari 7 hari bekerja selepas laporan dibuat.
    3. Tuntutan yang dilaporkan selepas 5 hari bekerja dari tarikh insiden tidak akan diproses untuk pampasan. Setiap tuntutan yang difailkan mesti disokong dengan bukti-bukti seperti resit, invois dan gambar barang yang rosak.
    4. Tempoh masa pampasan:
      1. Pampasan akan disalurkan melalui kredit ke dompet Lalamove pengguna dalam tempoh 3 hari bekerja selepas pampasan tersebut diluluskan.
    5. Hak pampasan:
      1. Pampasan sebanyak 100% dari nilai barang dengan had RM200 untuk setiap pampasan akan diberi kepada pengguna jika barang yang rosak dihantar segera ke pejabat Lalamove di bawah arahan Khidmat Pelanggan.
      2. Pampasan sebanyak 30% dari nilai barang dengan had RM200 untuk setiap pampasan akan diberi kepada pengguna jika pengguna memilih untuk tidak menghantar barang yang rosak tersebut ke pejabat Lalamove.
      3. Pampasan sebanyak 100% dari nilai barang dengan had RM200 untuk setiap pampasan akan diberi kepada pengguna jika makanan dan minuman yang dihantar sudah rosak dan tidak boleh dimakan.