Kalau cakap pasal Malaysia, apa yang terlintas dalam fikiran anda?
Mesti tentang makanan kan?
Ya, Malaysia memang kaya dan terkenal dengan pelbagai jenis makanan. Dari yang manis, pedas, lemak dan masin, semuanya lengkap.
Sempena Hari Malaysia yang bakal tiba tak lama lagi, jom kita lihat 34 jenis kuih tradisional yang mungkin anda tak pernah tahu tentang kewujudannya.
Tanda (✔) kalau anda pernah makan kuih-kuih ini 🤤
(Jangan lupa baca sampai bawah untuk dapatkan kod kupon penghantaran!)
Source: Sirap Limau
Haa, mesti anda ingat ini Kuih Tepung Pelita kan? Jangan sampai tersalah beli.
Bentuknya sahaja yang sama tapi rasanya sedikit berbeza kerana kuih ini diperbuat daripada tepung gandum.
Negeri Asal: Perak
Source: Cookpad
Salah satu kuih yang resipinya berasal dari komuniti Banjar.
Nama kuih ini diambil dari bahasa Banjar, ‘Wadai’ yang bermaksud kuih dan ‘Kipeng’ bermaksud benda yang ditekan.
Negeri Asal: Johor
Source: Khairulaming Fans Club
Kuih Sopang berbentuk seakan-akan Koci.
Apa yang membuat kuih ini unik adalah dari segi bahannya iaitu menggunakan Gula Anau.
Gula Anau dihasilkan daripada air nira yang diambil dari pokok Anau dan perlu dimasak selama enam jam.
Negeri Asal: Negeri Sembilan
Source: Fried Chillies
Kuih ini pasti amat disukai oleh penggemar kuih bertekstur keras.
Untuk membut kuih ini, anda hanya memerlukan empat bahan iaitu tepung beras, gula, air dan juga minyak.
Negeri Asal: Kedah
Jom tengok cara-cara nak buat kuih ini:
Source: Jackie M
Bahan utama untuk membuat kuih ini adalah kelapa parut putih.
Jadi, kalau anda seorang penggemar makanan yang berasaskan kelapa, anda patut cuba kuih ini!
Negeri Asal: Perlis
Source: Amal Sweet Moment
Kuih Beka mungkin hanya dikenali di utara Semenanjung Malaysia.
Kuih ini bentuknya sama seperti Lepat kerana dibalut dengan daun pisang.
Negeri Asal: Penang
Source: Cookpad
Anda pernah dengar tak tentang kuih ini?
Kuih Tepung Puli ini berbentuk seakan-akan laksam, yang membezakannya adalah dari segi rasanya yang manis dan berlemak.
Negeri Asal: Melaka
Kuih ini sedikit unik kerana ada tahi minyak yang ditabur di atas kuih.
Cara untuk mendapat tahi minyak adalah dengan memasak santan dan garam di atas api yang perlahan.
Negeri Asal: Johor
Berminat untuk cuba kuih ini? Jom tengok resipi ini:
Source: Kuih Tradisional Pahang
Anda orang Pahang? Mesti anda pernah makan kuih ini kan?
Rasanya yang berlemak dan manis amat sesuai untuk dimakan ketika minum petang.
Negeri Asal: Pahang
Antara salah satu kuih yang popular di Sabah, Kuih Cincin ini mempunyai tekstur yang rangup.
Negeri Asal: Sabah
Source: AdibS_98
Gelaran kuih ini berbeza-beza mengikut daerah di Sarawak, ada yang memanggil Kuih Bongkol dan ada juga yang memanggil Kuih Tongkol.
Negeri Asal: Sarawak
Source: Our Malay Kuih
Pernahkah anda makan karipap yang intinya selain kentang atau sardin?
Haa, epok-epok juga merupakan sejenis karipap tetapi bezanya adalah pada intinya kerana ia dibuat dengan inti sayur.
Negeri Asal: Johor
Jom buat kuih ini dirumah?
Source: Lensa Pekan
Apa yang unik tentang kuih Apam Baghdad ini adalah ianya dimakan bersama seri kaya yang diletakkan diatasnya.
Jangan tertipu, kuih ini bukan berasal daripada Baghdad pun.
Negeri Asal: Pahang
Source: Cookpad
Cara membuat kuih ini adalah dengan mengacau kesemua bahan supaya menjadi adunan, sebab itu namanya Kacau Keledek!
Negeri Asal: Johor
Kuih ini juga dikenali sebagai Kuih Lidah Buaya, Kuih Kertas, Kerepek Layang dan macam-macam lagi.
Walau mempunyai banyak nama, kuihnya tetap sama.
Negeri Asal: Sabah
Kuih ini juga dikenali sebagai Penyaram atau Cucur Jawa disesetengah tempat.
Negeri Asal: Sarawak
Anda juga boleh cuba buat kuih ini dirumah:
Source: Buat Orang Lapo
Ada orang cakap rupa kuih ini seperti sekumpulan badak yang tengah berendam. Betul ke?
Negeri Asal: Kelantan dan Terengganu
Kuih ini juga mempunyai nama yang unik dan ekstrim.
Berasal dari negeri Kelantan, Kuih Lompat Tikam mempunyai gabungan dari pelbagai warna seperti hijau, pink, putih dan coklat.
Negeri Asal: Kelantan
Source: Rezeki Dapur Kita
Kuih Nekbat Sira ini katanya telah wujud pada zaman Awang Selamat dan Puteri Saadong. Dan ia mempunyai kisah unik disebalik namanya, jom baca di sini.
Negeri Asal: Kelantan
Source: Zulfaza Loves Cooking
Berbeza dengan buah melaka, kuih ini berbentuk sedikit panjang seperti ulat bulu dan juga intinya diperbuat daripada kacang merah.
Negeri Asal: Kelantan
Anda boleh cuba resipi ini:
Source: Rasa
Kalau tengok dari nama, macam tak kena kan?
Kuih ini diberi nama sebegini kerana bentuk dan warnanya yang menyerupai tahi itik, putih dan bertempek-tempek.
Negeri Asal: Kelantan
Kuih Tepung Gomak ini juga dikenali sebagai Kuih Abuk-Abuk, kuihnya disalut dengan tepung supaya tidak melekat antara satu sama lain.
Bagi negeri Johor, inti Tepung Gomak diperbuat dari kacang hijau, manakala bagi negeri Kelantan dan Terengganu intinya diperbuat daripada kelapa manis.
Negeri Asal: Johor, Kelantan dan Terengganu
Source: The Patriots
Kuih ini dahulu kala hanya dihidangkan untuk hidangan istana. Namun sekarang kuih ini sering dibuat untuk hantaran perkahwinan.
Negeri Asal: Kelantan
Jom cuba resipi kuih tradisional ini dirumah:
Source: Dapur Variasari
Seram betul dengar nama kuih ni kan?
Nama kuih ini diambil berdasarkan teksturnya yang berbentuk seakan kulit buaya.
Negeri Asal: Kelantan
Source: Makanan Tradisional Kelantan
Kuih Sema atau Kuih Gula Tarik ini mendapat nama dari proses membuatnya dimana gula perlu ditarik berulang kali.
Negeri Asal: Kelantan
Source: Rezeki Dapur Kita
Anda tahu tak pokok nilin?
Kuih ini diperbuat daripada daun nilin, daunnya dikisar dan patinya diambil untuk diadun bersama tepung beras.
Negeri Asal: Kelantan
Salah satu kuih tradisional Cina yang ada di Malaysia. Kuih ini juga dikenali sebagai Kuih Kura-Kura Merah oleh masyarakat Tionghua dan Baba Nyonya.
Kerbau Guling ke Kuba Guling? Dua-dua sama saja. Kuba Guling disebut didalam dialek Kelantan.
Yang unik dari kuih ini adalah ianya diperbuat daripada air tempurung bakar atau arang.
Negeri Asal: Kelantan
Source: Rezeki Dapur Kita
Amboi bukan main nama kuih ini.
Kalau anda ke Terengganu, jangan lupa cari kuih ni okay?
Negeri Asal: Terengganu
Source: Cookpad
Kuih ini katanya enak dimakan ketika sejuk. Anda pernah cuba tak?
Negeri Asal: Perak
Source: Lensa Pekan
Lebih kurang macam Kuih Badak Berendam.
Negeri Asal: Pahang
Jom buat Kuih Badak Kubang dirumah:
Kuih ini warnanya macam Onde-Onde tetapi rasanya berbeza kerana diperbuat daripada pulut yang dikukus.
Negeri Asal: Johor
Pulut Tai Tai atau dikenali sebagai Kuih Pulut Tekan adalah manisan yang popular dikalangan masyarakat Baba Nyonya di Malaysia.
Negeri Asal: Melaka
Source: Azah Kumasi
Rupa kuih ini mungkin boleh membuat golongan yang fobia dengan lubang-lubang kecil berasa mual.
Negeri Asal: Kelantan
Haa, antara 34 jenis kuih tradisional diatas, berapa jenis kuih yang anda pernah cuba?
Kalau anda bercadang nak buat majlis sempena Hari Malaysia, apa kata anda sajikan tetamu anda dengan kuih-kuih tradisional ini.
Lagi menarik, anda boleh dapatkan diskaun sehingga 20% bila anda hantar dengan Lalamove.
Jom hantar kuih pilihan anda dengan Lalamove sekarang.