Ini 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Jadi Penghantar Lalamove

featured image

Nak kerja rakan penghantar ni, mesti ramai ingat tak banyak benefit macam kerja lain. 

Mungkin anda tak pasti jika berbaloi masa dan tenaga untuk kerja delivery. Ya lah, anda mungkin tertanya, “Apa kelebihan jadi rakan penghantar?”

Di Lalamove, lain ceritanya!

Bukan setakat boleh jana pendapatan mudah dan cepat, benefit seperti diskaun eksklusif dan passive income pun boleh dapat!

Kalau masih tertanya-tanya apa kelebihan yang anda dapat kalau jadi rakan penghantar Lalamove, jom, kami beri 5 sebab kenapa jadi rakan penghantar Lalamove ni best!

 

1. Waktu Fleksibel

 

Kenapa nak kerja 9-5 kalau kita boleh tentukan waktu kerja sendiri?

Dengan Lalamove, anda boleh tentukan bila-bila masa anda nak kerja. Pagi atau malam, nak cari duit lebih waktu public holiday pun boleh! 

Dah tak perlu risau masuk kerja lewat, atau waktu kerja anda clash dengan urusan penting. 

Nak ada masa untuk family tapi nak cari pendapatan yang stabil?

Anda nak cari rezeki lebih dengan kerja part-time?

Jadilah rakan penghantar Lalamove!

 

2. Pendapatan Lebih

 

Semua orang memang suka kalau dapat offer untuk cari pendapatan lebih. Lebih-lebih lagi bila sedang hujung bulan. 

Mungkin anda nak kumpul duit untuk buka bisnes satu hari nanti?

Mungkin anda student nak cari duit lebih untuk bayar yuran semester?

Atau anda memang bercita-cita nak cari makan dengan kerja delivery full-time?

Dengan Lalamove, nak capai target kewangan anda jadi lebih mudah. 

Bak kata salah seorang rider kami, sehari boleh dapat RM20/sejam kalau rajin bekerja.

Tak kisah kalau anda nak join Lalamove sepenuh atau separuh masa, memang berbaloi kalau nak cari pendapatan lebih!

 

3. Pekerjaan Untuk Semua

 

 

Dengan Lalamove, syarat nak jadi rakan penghantar ni teramatlah mudah.

Asalkan anda ada lesen memandu/GDL dan warganegara Malaysia dan anda lulus latihan rakan penghantar, sudah cukup untuk anda mula mendaftar. Tak kira umur, bangsa atau jantina, semua dialu-alukan jadi rakan penghantar kami!

Jadi, jangan terkejut kalau tengok rakan penghantar kami datang dari pelbagai latar belakang. 

Ada yang dah pencen, ada pelajar yang cari rezeki semasa cuti semester, ada suri rumah nak cari duit lebih, ada juga warga OKU. 

Sebagai contoh:

 

pemandu lalamove tan (2)

 

Salah seorang rakan penghantar kami bernama Tan, 61 tahun, adalah seorang OKU. Menurut Tan, dia tak rasa kekurangannya sebagai cabaran untuk jana pendapatan sambil berkhidmat untuk orang ramai.

Erni adalah seorang Youtuber yang aktif berkongsi pengalamannya sebagai rakan penghantar Lalamove di laman Youtubenya. 

Kata Erni, menghantar untuk Lalamove merupakan jalan praktikal dan selamat untuk menjana pendapatan tambahan, lebih-lebih lagi untuk rakan penghantar wanita.

Di Lalamove, kami mengamalkan prinsip peluang sama rata untuk rakan penghantar kami. Tiada diskriminasi di sini!

 

4. Pelbagai Insentif dan Ganjaran

Jadi rakan penghantar Lalamove ni memang banyak kelebihan. 

Memang rasa special kalau lihat pelbagai ganjaran yang ditawarkan! 

Sangat mudah nak jana pendapatan, sampai passive income pun boleh dapat! Tak percaya?

Kalau anda sertai Program Sticker Lalamove, anda boleh dapat RM70 untuk Kereta dan RM100 untuk Pikap 4x4, Van dan Lori sebulan hanya dengan menampal sticker Lalamove di kenderaan empat roda anda!

Syarat untuk dapat insentif ini mudah: Anda hanya perlu hantar gambar sticker kenderaan setiap bulan. 

Ya, memang semudah itu nak dapat pendapatan bulanan! 

 

lalamove delivery partner sticker application

 

Rakan penghantarLalamove pun boleh dapat macam-macam ganjaran dan diskaun. Nak beli kereta baru? Nak servis motor? Nak isi minyak? Semua ada diskaun hanya untuk rakan penghantar Lalamove!

 

5. Berkhidmat Untuk Masyarakat

 

deliver care with lalamove-1

 

Dengan Lalamove, rakan penghantar kami bukan sahaja menghantar barang untuk customers, malah dapat berkhidmat untuk masyarakat juga!

Apatah lagi bila musim pandemik ini, rakan penghantar adalah frontliners yang menghubungkan rakyat Malaysia dengan satu sama lain. 

Malah, rakan penghantar Lalamove juga berkhidmat untuk masyarakat dengan menghantar barangan asas kepada golongan yang memerlukan!

Anda mesti kenal Uncle Kentang kan? 

Lalamove pernah bekerjasama dengan Uncle Kentang untuk menghantar barangan keperluan asas kepada golongan kurang bernasib baik dan para frontliners. Secara tidak langsung, rakan penghantar Lalamove juga dapat berbakti kepada masyarakat. 

Jangan Tunggu Lama, Sertai Keluarga Lalamove Sekarang!

Menarik kan benefits yang anda boleh dapat bila sertai Lalamove?

Kalau anda menetap di Kuala Lumpur, Johor, Melaka dan Pulau Pinang, ini lah masanya untuk anda sertai Lalamove!

Kami menerima permohonan dari pemilik motosikal, kereta, van 7-kaki, van besar 9-kaki, pikap 4 x 4, lori 10-kaki, lori 14-kaki dan lori 17-kaki. Asalkan anda ada lesen memandu/GDL yang sah, anda dialu-alukan untuk jadi rakan penghantar kami.

Jangan lupa untuk membaca pengalaman-pengalaman rakan penghantar kami. Dari kisah kenapa mereka menyertai Lalamove sehinggalah kehidupan yang berubah, semuanya dipaparkan dalam artikel tersebut!

Langkah anda sebagai rakan penghantar Lalamove bermula hari ini. Jom sertai kami!

Saya Nak Jadi Rakan Penghantar Lalamove

Read more