Blog | Lalamove Malaysia

5 Tips Untuk Ambil Job Open House Raya 2026

Written by Lalamove Malaysia | Apr 10, 2026 10:00:00 AM

Raya kan sebulan, jadi open house pun mestilah sebulan!

Dengan permintaan penghantaran yang meningkat terutama musim open house ni, masa ni lah peluang terbaik untuk anda menjana pendapatan lebih sebagai rakan pemandu Lalamove.

Ini lima tips untuk bantu anda ambil job open house raya dengan lebih lancar.

 

1. Rancang Kawasan Anda

Semasa musim raya, sesetengah kawasan perumahan biasanya akan ada lebih banyak open house.

Tak kisah kawasan rumah landed atau high-rise, confirm semua akan berpusu-pusu untuk buat open house atau menghadirinya!

Anda boleh cuba untuk bersedia di kawasan-kawasan ini untuk tingkatkan peluang dapatkan job.

 

2. Kenal Pasti Jenis Pesanan

 

Sebelum anda menerima pesanan, pastikan untuk menyemak jenis pesanan yang akan anda hantar sama ada Keutamaan, Biasa atau Pengumpulan.

  • Pesanan Keutamaan: Utamakan job ini dan hantar dengan pantas kepada pelanggan.
  • Pesanan Biasa: Hantar kepada pelanggan selepas terima pesanan.
  • Pesanan Pengumpulan: Hantar kepada pelanggan dalam masa empat hingga enam jam.

Tip: Jika ada sebarang isu terhadap pesanan, anda boleh hubungi Pusat Khidmat Pelanggan di dalam aplikasi Lalamove.

 

3. Sahkan Jenis Barang

 

Pesanan open house raya selalunya melibatkan makanan seperti lemang, rendang, kuih raya atau dulang hidangan.

Pastikan anda mengesahkan terlebih dahulu dengan pelanggan jenis barang yang bakal diambil, sama ada ia besar atau kecil.

Ini penting supaya anda boleh siapkan kenderaan anda dan berikan servis terbaik kepada pelanggan.

 

4. Jaga Kualiti Penghantaran

 

Pastikan anda memandu dengan cermat, tidak kira apa jenis barang yang anda hantar.

Kalau bawa lauk berkuah seperti rendang, kari ayam, atau sayur lodeh, letakkan di tempat yang stabil supaya tidak tumpah.

Sikap teliti ini bukan sahaja dapat menjaga kepuasan pelanggan, tetapi juga boleh membantu anda mendapatkan rating yang lebih baik.

 

5. Komunikasi Itu Penting

Komunikasi yang jelas boleh elakkan masalah.

Hubungi pelanggan jika ada kelewatan semasa pick-up dan drop-off atau jika lokasi sukar dicari.

Pelanggan pasti akan menghargai usaha anda untuk memastikan penghantaran berjalan dengan lancar.

 

Rebut Peluang Job Musim Raya Sekarang

Musim raya adalah peluang keemasan untuk rakan pemandu Lalamove tambahkan pendapatan, lagi-lagi lepas semua perbelanjaan raya yang telah dikeluarkan.

 

Nak pendapatan lebih padu?

Jom sertai peraduan Misi Poket Penuh untuk bawa pulang hadiah sehingga RM25,000! 50 pemandu yang melengkapkan job paling banyak sehingga 30 April bakal menang!

Jom daftar di laman web Misi Poket Penuh sekarang!