Lalamove menyediakan tiga jenis pilihan penghantaran untuk anda.
Antaranya adalah penghantaran Biasa, Pengumpulan dan Keutamaan. Ketiga-tiga jenis penghantaran ini dibuat untuk memenuhi keperluan dan kesegeraan pengguna.
Dengan memilih jenis penghantaran yang betul, ia dapat memberikan pengalaman yang berbeza. Tetapi, bagaimanakah nak tahu jenis penghantaran apa yang sesuai mengikut keperluan anda?
Jom kami terangkan:
Jika anda inginkan penghantaran yang mudah, penghantaran Biasa adalah jawapannya.
Jenis penghantaran ini amat sesuai untuk keperluan harian jika anda perlu menghantar barang secara serta-merta atau berjadual.
Dengan penghantaran Biasa, anda digalakkan untuk menghantar barangan seperti:
Anda inginkan penghantaran yang lebih santai dan jimat?
Anda boleh cuba penghantaran Pengumpulan!
Pernah tak anda tertanya-tanya kenapa ia dipanggil ‘Pengumpulan’?
Ini kerana pemandu akan mengambil beberapa pesanan penghantaran yang melalui satu jalan yang sama. Penghantaran ini dapat menjimatkan kos, tetapi ini juga bermakna anda harus menunggu lebih lama.
Semua penghantaran Pengumpulan akan dihantar dalam masa 4 hingga ke 6 jam bergantung kepada laluan.
Penghantaran Pengumpulan berbaloi untuk barang yang tidak diperlukan segera, jadi pengguna dan pemandu boleh berkomunikasi untuk mengesahkan waktu penghantaran dengan persetujuan dua belah pihak.
Kami menasihatkan anda untuk tidak menggunakan penghantaran Pengumpulan jika anda memerlukan barang dengan segera.
Penghantaran Pengumpulan tidak sesuai untuk pesanan ‘last-minute’.
Penghantaran jenis ini sesuai untuk barangan seperti:
Tertinggal barang yang penting dirumah kawan? Anda memerlukan barang itu dengan segera?
Penghantaran Keutamaan adalah HERO yang anda perlukan!
Dengan padanan pemandu yang lebih pantas dan masa penghantaran yang lebih cepat, pilihan penghantaran ini amat sesuai untuk waktu yang mendesak.
Ianya sangat berbeza dengan penghantaran Pengumpulan!
Penghantaran Keutamaan sesuai dipilih untuk barangan seperti:
Sama ada penghantaran Biasa, Pengumpulan atau Keutamaan, anda boleh pilih jenis penghantaran terbaik yang mengikut keperluan anda.
Lalamove sentiasa ada penyelesaian untuk menjadikan pengalaman penghantaran anda mudah dan berbaloi.
Yang penting, pastikan anda memilih jenis penghantaran yang betul bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar buat anda dan buat rakan pemandu kami.