Hai rakan Lala!
Sebagai rakan pemandu Lalamove yang berdedikasi, anda mesti nak setiap pesanan berjalan lancar kan?
Namun, ada situasi luar jangka boleh berlaku. Sebab tu anda kena sentiasa peka dan ambil job dengan lebih bijak!
Jom tengok enam panduan mudah untuk kekal selamat dan yakin semasa ambil pesanan!
Ada pihak yang ingin ambil kesempatan dengan meminta anda membayar dahulu barang yang nak dihantar.
Ini adalah salah satu taktik scammer untuk menipu anda.
Tip: Hubungi pelanggan untuk sahkan status barangan. Rakan pemandu tidak perlu membuat bayaran bagi pihak pelanggan.
Jika pesanan melibatkan bayaran luar biasa seperti bil atau yuran tambahan, sila abaikan.
Servis ini tidak sah dalam platform Lalamove.
Jika anda ternampak pesanan di mana anda perlu membeli barang untuk pelanggan, sila abaikan.
Servis ini tidak sah dalam platform Lalamove.
Tips yang lumayan memang seronok!
Tapi kalau tip itu disertakan dengan permintaan untuk anda keluarkan duit sendiri dulu, lebih baik pertimbangkan semula.
Untuk keselamatan dan kemudahan anda, terimalah tip melalui aplikasi Lalamove sahaja.
Bagi setiap pesanan yang dihantar, kami nasihatkan anda untuk ambil gambar barang semasa pengambilan dan penghantaran dilakukan.
Ini bukan sekadar untuk keselamatan, tetapi ia juga boleh menjadi bukti yang kukuh jika ada sebarang isu ketika sebelum, semasa dan selepas penghantaran.
Tip: Ambil gambar barang yang dihantar dengan jelas.
Sila ikuti langkah ini:
Dengan langkah berjaga-jaga yang betul, setiap perjalanan anda akan lebih lancar, selamat, dan memuaskan!