Blog | Lalamove Malaysia

#TipsRakanLala: 5 Cara Elak Kesesakan Trafik Pada Hari Malaysia

Written by Lalamove Malaysia | Sep 8, 2026, 10:00:02β€―AM

Hari Malaysia merupakan antara sambutan yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia.

Dan ia bermakna, lebih banyak kenderaan akan berada di atas jalan raya yang menyebabkan jalan raya lebih sesak daripada biasa.

Sebagai rakan pemandu Lalamove, anda boleh mengelakkan diri daripada terperangkap dalam kesesakan ini dengan cara-cara seperti di bawah:

 

1. Semak Pengumuman Penutupan Jalan

 

 

Sebelum anda mula mengambil job, pastikan untuk menyemak sama ada terdapat penutupan jalan di kawasan sekitar.

Penutupan jalan sementara boleh menyebabkan laluan biasa berubah secara tiba-tiba.

Jalan yang biasanya lancar mungkin menjadi sesak kerana kenderaan dialihkan ke laluan alternatif.

Bagi rakan pemandu Lalamove, anda boleh ikuti saluran rasmi Lalamove untuk info-info penutupan jalan.

 

Channel WhatsApp

πŸ‘‰ Lalamove Driver Malaysia

πŸ‘‰ Lalamove Sticker Malaysia

πŸ‘‰ Lalamove Ride Malaysia

 

Channel Telegram

πŸ‘‰ Kuala Lumpur - Lalamove Driver Official

πŸ‘‰ Penang - Lalamove Driver Official

πŸ‘‰ Johor Bahru - Lalamove Driver Official

πŸ‘‰ Sarawak - Lalamove Driver Official

πŸ‘‰ Pantai Timur - Lalamove Driver Official

 

2. Rancang Waktu Memandu

Merancang waktu memandu sangat penting pada hari cuti umum.

Jika boleh, elakkan waktu yang dijangka paling sibuk, terutamanya sebelum acara-acara bermula dan selepas acara tamat.

Ramai orang akan bergerak pada waktu yang hampir sama, menyebabkan jalan-jalan utama menjadi lebih sesak.

 

3. Aktifkan Peta Haba

 


Untuk mengurangkan waktu menunggu job masuk, semak Peta Haba untuk melihat kawasan yang mempunyai permintaan tinggi.

Pada hari sambutan Hari Malaysia, kawasan berhampiran lokasi acara, pusat bandar, pusat beli-belah atau tempat tarikan popular berkemungkinan menjadi lebih sibuk daripada biasa.

Tetapi, anda boleh membuat pertimbangan sama ada kawasan tersebut berbaloi untuk dimasuki atau lebih baik dielakkan kerana kemungkinan trafik yang perlahan.

 

4. Guna Aplikasi Navigasi

 

 

Pada hari cuti umum seperti ini, jangan hanya bergantung kepada laluan biasa.

Gunakan aplikasi navigasi seperti Google Maps atau Waze untuk menyemak keadaan trafik semasa.

Aplikasi navigasi boleh membantu anda untuk mengenal pasti:

βœ… Jalan yang mengalami kesesakan

βœ… Kemalangan jalan raya

βœ… Jalan yang ditutup

βœ… Laluan alternatif

βœ… Anggaran masa perjalanan

 

5. Gunakan Ciri Penapis Pesanan

 

 

Salah satu cara untuk mengambil job dengan tenang adalah menggunakan ciri Penapis Pesanan.

Terdapat beberapa perkara yang anda boleh tapis di dalam aplikasi Lalamove Driver seperti:

  • Jenis Perkhidmatan: Tetapkan jenis kenderaan yang anda ingin fokuskan.
  • Masa Pengambilan: Utamakan pesanan yang anda inginkan, sama ada on-demand atau pesanan berjadual.
  • Lokasi: Tetapkan di mana lokasi pengambilan yang anda inginkan.

Dengan menggunakan ciri penapis ini, anda boleh melihat job yang masuk dengan mudah pada tab β€˜Lain-lain’.

Nota: Anda masih boleh menerima pesanan yang lain seperti biasa pada tab β€˜Laman Utama’.

 

Pandu Dengan Tenang Pada Hari Malaysia 2026

Dengan strategi yang betul, anda boleh mengurangkan masalah atau tekanan akibat trafik pada Hari Malaysia.

Yang paling penting, rancang sebelum memandu, ikut peraturan jalan raya dan sentiasa utamakan keselamatan sepanjang anda bekerja.

Selamat memandu dan selamat menyambut Hari Malaysia kepada semua rakan pemandu Lalamove!