Menjadi rakan pemandu Lalamove Ride memang fleksibel dan best sebab anda boleh bawa pulang 99% pendapatan dari setiap pesanan.
Tapi dengan isu semasa ini, kita semua tahu bahawa kos harian seperti minyak, makan dan penyelenggaraan kenderaan makin meningkat.
Sebab itu kami nak cadangkan lima cara ini untuk anda untung lebih banyak sambil berjimat!
Mungkin ada segelintir rakan pemandu Lalamove yang tidak tahu bahawa mereka layak menikmati subsidi BUDI95 berdasarkan jumlah jarak perjalanan bulanan.
Ini memang peluang yang baik untuk anda mengurangkan kos minyak:
🚗 Perjalanan kurang dari 2,000km sebulan = 300 liter
🚗 Perjalanan antara 2,000km - 5,000km sebulan = 600 liter
🚗 Perjalanan melebihi 5,000km sebulan = 800 liter
Pastikan anda memanfaatkan sepenuhnya subsidi ini supaya setiap perjalanan lebih berbaloi dan poket pun lebih terjaga!
Satu peringatan penting:
Jangan tunggu kenderaan rosak baru nak servis! Servis berkala boleh elakkan kos pembaikan besar yang tak dijangka.
Ikuti jadual servis yang disyorkan untuk kenderaan anda seperti tukar minyak hitam, periksa tayar dan pastikan enjin sentiasa dalam keadaan baik.
Kenderaan yang dijaga dengan baik bukan sahaja dapat menjimatkan kos, tetapi juga lebih selamat untuk dipandu setiap hari.
Ini yang paling menarik! Selain berjimat, anda juga boleh tambah pendapatan dengan menyertai peraduan Misi Poket Penuh.
Dengan hadiah terkumpul sebanyak RM25,000, seramai 50 pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah pesanan tertinggi dari beberapa kategori kenderaan:
Jadi, bagi anda yang memandu Lalamove Ride, ini adalah peluang anda untuk membawa pulang wang tunai sehingga RM2,500.
Lagi banyak pesanan yang anda lengkapkan, lagi tinggi peluang untuk anda menang!
📆 Tarikh tamat peraduan: 30 April 2026
Anda belum mendaftar? Jom daftar sekarang sebelum terlambat!
Nampak macam benda kecil, tapi sebenarnya dapat memberi impak besar dalam perbelanjaan harian.
Bayangkan jika anda membeli makanan di luar setiap hari, kosnya boleh cecah ratusan ringgit sebulan!
Dengan membawa bekal, anda boleh:
💰 Jimat banyak duit
💪 Makan makanan yang lebih sihat
Jangan lupa untuk membawa air mineral secukupnya lagi-lagi ketika musim panas ini.
Pemanduan agresif bukan sahaja membawa bahaya, malah dapat meningkatkan penggunaan minyak dan risiko kemalangan.
Anda boleh amalkan panduan berhemah seperti:
✅ Elakkan brek mengejut
✅ Kekalkan kelajuan stabil
✅ Rancang laluan dengan bijak
Ini bukan sahaja menjimatkan kos, tetapi juga membantu anda kekal selamat sepanjang bekerja.
Kalau anda gabungkan semua tips ini, anda mungkin boleh jimat lebih banyak daripada yang anda sangka.
Yang penting, jangan lupa sertai peraduan Misi Poket Penuh sebelum terlambat ya!
Anda belum mendaftar sebagai rakan pemandu Lalamove Ride?
Jom daftar sekarang untuk membawa pulang 99% pendapatan dari setiap pesanan!