Blog | Lalamove Malaysia

3 Cara Lalamove Boleh Bantu Anda  Gembirakan Anak-Anak

Written by Lalamove Malaysia | May 7, 2026 7:03:51 AM

Menjadi ibu bapa bukan sekadar menyediakan keperluan asas, tetapi juga memastikan anak-anak membesar dalam suasana bahagia dan selamat.

Sebagai rakan pemandu Lalamove, anda mungkin boleh wujudkan suasana ini dan luangkan lebih banyak masa berkualiti bersama keluarga.

Ini tiga cara Lalamove boleh bantu anda gembirakan anak-anak:

 

1. Kewangan Stabil, Jiwa Lebih Tenang

 

 

Dengan menjadi rakan pemandu Lalamove, anda berpeluang menjana pendapatan harian dan menetapkan target harian anda.

Apabila kewangan lebih terurus, fikiran juga akan jadi lebih tenang.

Fikiran yang tenang sangat penting untuk membantu mewujudkan suasana rumah yang lebih ceria dan harmoni.

Anak-anak juga akan dapat merasakan aura positif ini, sekaligus membuat mereka lebih gembira dan selesa berada di rumah.

 

2. Pendapatan Tambahan Untuk Senyuman Mereka

 

 

Pendapatan yang anda bawa pulang boleh digunakan untuk memenuhi keperluan anak-anak dari barang sekolah, pakaian hingga ke keperluan harian.

Bukan itu sahaja, anda boleh menggembirakan mereka dengan perkara kecil yang bermakna.

Sebagai contoh, anda boleh pulun ambil job untuk dapat duit segera dan gunakan untuk lawatan sekolah anak-anak atau bawa mereka pergi bercuti.

Untuk jaminan masa depan mereka, anda juga boleh sediakan tabung pendidikan.

Ini adalah salah satu pelaburan yang sangat berharga.

 

3. Masa Fleksibel Untuk Keluarga Tersayang

 

 

Salah satu kelebihan utama menjadi rakan pemandu Lalamove ialah fleksibiliti masa.

Dengan jadual kerja fleksibel, anda boleh melibatkan diri dalam kehidupan anak-anak seperti:

  • Mengambil dan menghantar mereka ke sekolah
  • Menghadiri hari sukan atau aktiviti sekolah anak-anak
  • Pulang ke rumah pada waktu makan tengah hari atau makan malam

Anda juga boleh tetapkan hari khas untuk anak-anak. Sebagai contoh, setiap hari Khamis anda pulang lebih awal untuk membawa mereka ke taman permainan atau keluar bersiar-siar.

Aktiviti sebegini bukan sahaja menggembirakan mereka, tetapi juga mengeratkan hubungan kekeluargaan.

 

Gembirakan Anak-Anak Dengan Mudah

Berita baik untuk anda yang belum mendaftar sebagai rakan pemandu Lalamove!

Peraduan Lala-Goal Challenge baru sahaja dilancarkan khas untuk mereka yang baru ingin mendaftar.

 

 

⏳ Tempoh peraduan: 7 Mei hingga 19 Jun 2026

 

📝 Cara untuk menyertai:

1️⃣ Daftar sebagai rakan pemandu Lalamove

3️⃣ Daftar peraduan Lala-Goal dan tunggu pengesahan

4️⃣ Lengkapkan misi pesanan berdasarkan jenis kenderaan anda

 

🎁 Hadiah menarik yang menanti anda:

🛵 1x unit motosikal EV jenama YADEA GT20 bernilai sehingga RM5,000

💵 50x pemenang wang tunai RM200

 

Ini peluang terbaik untuk anda menambah pendapatan sambil memberikan kehidupan lebih baik kepada keluarga.

Jom jadikan setiap usaha anda sebagai senyuman buat anak-anak!