Kalau anda selalu menggunakan Lalamove, anda mungkin perasan yang anda boleh menebus kupon di dalam aplikasi Lalamove pada bahagian Ganjaran.
Dan kupon-kupon ini boleh membantu anda berjimat untuk pesanan penghantaran atau ride yang seterusnya. Jom baca cara-cara mudah untuk menebus kupon ini.
Cari bahagian Ganjaran pada menu tepi di dalam aplikasi Lalamove.
Anda akan jumpa semua kupon dan e-baucar yang anda boleh tebus menggunakan LalaPoints.
Klik pada bahagian Kupon Lalamove.
Di sini anda akan jumpa senarai kupon yang tersedia untuk ditebus.
Selepas anda dah jumpa kupon yang nak ditebus, klik Tuntut.
Tahniah! Anda sudah menebus kupon dari halaman Ganjaran.
Ini untuk memastikan kupon anda disimpan dan sedia untuk digunakan pada pesanan seterusnya.
Kupon yang ditebus akan muncul pada Rekod Ganjaran anda.
Anda boleh menyemak kupon yang telah ditebus di sini.
Kembali ke halaman utama dan klik Dompet.
Di bahagian Dompet, pilih Kupon.
Kemudian, skrol ke bawah untuk melihat kupon yang sudah ditebus.
Semak di dua tempat ini jika anda tidak menjumpai kupon yang ditebus:
Dengan langkah mudah ini, anda boleh menebus kupon dan memanfaatkan ganjaran yang ada sebaik mungkin!
Anda belum menyertai Ganjaran Lalamove? Sertai sekarang untuk mengumpul 1 LalaPoint dengan setiap RM1 yang dibayar untuk pesanan penghantaran atau ride.
Jom berjimat dengan Ganjaran Lalamove!