Sebagai rakan pemandu Lalamove, setiap hari anda bekerja keras untuk menghantar pesanan kepada pelanggan dengan selamat.
Pekerjaan ini memberikan anda fleksibiliti untuk mengurus masa dan kewangan anda, tetapi pernahkah anda terfikir tentang simpanan persaraan?
Kami ada berita baik buat anda!
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperkenalkan i-Saraan untuk membantu para pekerja sektor gig seperti rakan pemandu Lalamove.
Jom ketahui bagaimana program ini boleh memberi manfaat kepada rakan pemandu Lalamove.
Sumber: KWSP
KWSP i-Saraan ialah inisiatif caruman sukarela bagi pekerja sektor gig atau yang bekerja sendiri untuk membina simpanan persaraan sambil menikmati insentif tambahan daripada kerajaan.
Setiap caruman yang dibuat bukan sahaja membantu anda membina simpanan persaraan, tetapi juga dapat memberi anda peluang menerima manfaat tambahan.
➡️ Terbuka kepada individu yang bekerja sendiri atau pekerja sektor gig
➡️ Sesuai untuk peniaga kecil, petani, nelayan atau pekerja ekonomi gig yang tidak mempunyai pendapatan tetap
➡️ Insentif 20% daripada jumlah caruman (maksimum sehingga RM500 setahun)
Jika anda adalah salah seorang rakan pemandu Lalamove, i-Saraan boleh menjadi permulaan untuk anda menabung untuk simpanan persaraan.
Sumber: KWSP
Selain membantu menyediakan simpanan persaraan, rakan pemandu juga boleh menikmati beberapa manfaat lain seperti:
Peserta i-Saraan layak menerima insentif khas daripada kerajaan sebanyak 20% daripada jumlah caruman sukarela dan had maksimum adalah sehingga RM500 setahun.
Nota: Had insentif seumur hidup ialah RM5,000 atau sehingga peserta mencapai umur 60 tahun.
Anda boleh menikmati dividen tahunan KWSP dengan caruman sukarela ini.
Secara tidak langsung, anda boleh membantu simpanan berkembang dari semasa ke semasa.
Anda juga layak menerima bantuan kematian, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh KWSP.
Caruman yang dibuat juga boleh menikmati pelepasan cukai, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Bagi rakan pemandu Lalamove yang berminat dengan i-Saraan, ini adalah syarat-syarat yang perlu anda tahu:
✅ Warganegara Malaysia
✅ Berumur 60 tahun ke bawah
✅ Individu yang bekerja sendiri
✅ Berdaftar sebagai ahli KWSP
Had caruman bagi i-Saraan adalah seperti berikut:
➡️ Minimum: RM1 (Tertakluk kepada had minimum saluran pembayaran)
➡️ Maksimum: RM100,000 setahun
Had maksimum ini merangkumi keseluruhan caruman sukarela seperti i-Simpan, i-Saraan, i-Saraan Plus, i-Suri dan Caruman Penambahan Simpanan Akaun Persaraan melalui semua saluran pembayaran.
Proses untuk menyertai program ini adalah sangat mudah, anda hanya pelu ikuti langkah-langkah seperti di bawah:
Muat turun aplikasi KWSP i-Akaun melalui App Store, Google PlayStore atau Huawei AppGallery.
Bagi rakan pemandu Lalamove yang belum mendaftar sebagai ahli KWSP, anda perlu mendaftar dahulu.
Selepas berjaya mendaftar sebagai ahli, klik pada laman utama dan skrol ke bawah.
Klik daftar sekarang pada sepanduk 'Anda bekerja sendiri? i-Saraan ialah pilihan simpanan terbaik.'
Kemudian, klik pada Daftar i-Saraan.
Langkah 5
Pilih profesion anda. Bagi rakan pemandu Lalamove, anda perlu memilih Pekerja Gig.
Baca dan fahami Terma dan Syarat yang tertera dan klik Setuju.
Langkah 7
Selepas pendaftaran berjaya, anda boleh terus membuat caruman.
Nota: Pendaftaran i-Saraan juga boleh dilakukan melalui Self-Service Terminal (SST) atau dengan hadir ke pejabat KWSP yang berdekatan dengan anda.
Walaupun caruman sukarela bermula dari serendah RM1, ia sebenarnya mampu memberi kesan yang besar jika dilakukan secara konsisten.
Dengan KWSP i-Saraan, setiap caruman bukan sahaja membantu rakan pemandu Lalamove membina simpanan hari tua, malah dapat memberi manfaat yang lain seperti insentif kerajaan, dividen tahunan dan macam-macam lagi.
Sedikit demi sedikit, lama-kelamaan simpanan anda akan bertambah dan memberikan lebih ketenangan apabila tiba waktu anda perlu bersara.
Jom manfaatkan peluang ini!