Pernah tak anda tertanya-tanya, “Nak tunggu pesanan dekat mana ya?”
Atau mungkin anda dah habiskan masa berpuluh minit di satu kawasan, tetapi masih tiada pesanan yang masuk?
Jangan risau!
Kini aplikasi Lalamove Driver telah dikemas kini dengan satu ciri baru yang boleh membantu anda, iaitu ciri Peta Haba.
Ciri terbaru ini akan memaparkan kawasan berdasarkan tahap permintaan pesanan secara masa nyata.
Melalui paparan warna pada peta lokasi, rakan pemandu Lalamove boleh mengenal pasti kawasan yang sedang mempunyai banyak permintaan pesanan.
Ini membolehkan anda merancang masa dan perjalanan dengan lebih baik dan memilih lokasi yang berpotensi untuk mendapatkan pesanan dengan lebih cepat.
Maksudnya, akan ada peluang yang lebih tinggi untuk anda menerima pesanan seterusnya!
Banyak kelebihan yang rakan pemandu boleh dapat jika menggunakan ciri Peta Haba seperti:
Mengurangkan Masa Menunggu Pesanan: Dengan ciri ini, rakan pemandu boleh terus menuju ke kawasan yang mempunyai permintaan pesanan lebih tinggi berbanding terus menunggu di lokasi yang kurang aktif.
Mengenal Pasti Kawasan Banyak Permintaan: Peta Haba membantu anda melihat lokasi yang mempunyai permintaan pesanan yang lebih tinggi hanya melalui paparan lokasi berwarna.
Meningkatkan Jumlah Pesanan: Semakin banyak pesanan yang anda selesaikan, semakin tinggi pendapatan yang boleh anda bawa pulang.
Untuk memudahkan anda membaca Peta Haba, berikut ialah maksud bagi setiap warna:
🟠 Oren Pekat: Kawasan ini mempunyai permintaan pesanan yang tinggi. Peluang untuk menerima pesanan lebih tinggi.
🟡 Kuning Cair: Kawasan ini mempunyai permintaan pesanan yang lebih rendah berbanding kawasan berwarna oren. Anda masih boleh menerima pesanan, tetapi mungkin perlu menunggu lebih lama.
Ikuti langkah-langkah berikut jika anda ingin menggunakan ciri Peta Haba:
Pergi ke halaman pesanan di dalam aplikasi Lalamove Driver. Kemudian, klik pada ikon Peta Haba seperti yang tertera.
Seret ikon pin lokasi ke kawasan yang anda inginkan.
Selepas lokasi dipin, klik pada ikon navigasi untuk terus menuju ke kawasan yang telah ditanda.
Sebagai rakan pemandu Lalamove, setiap minit di jalan raya sangat berharga.
Sebab itu Peta Haba direka untuk membantu anda mencari kawasan yang mempunyai permintaan pesanan lebih tinggi dengan mudah.
Jangan lupa untuk mengemas kini aplikasi Lalamove Driver anda dan memanfaatkan ciri Peta Haba ini!
Selamat maju jaya dari kami!