Kembali lagi dengan kemas kini terbaru aplikasi Lalamove Driver!
Selain ciri Penapis Pesanan dan Peta Haba, kini aplikasi Lalamove Driver juga telah ditambah baik dengan ciri baru, iaitu Laluan Sama.
Ciri Laluan Sama ini membantu rakan pemandu Lalamove untuk menapis pesanan yang sehaluan dengan jalan pergi atau pulang.
Ini bermaksud rakan pemandu Lalamove boleh maksimumkan pendapatan walau dimana jua anda berada!
Antara contoh situasi yang boleh rakan pemandu gunakan ciri Laluan Sama seperti:
Rakan pemandu A baru sahaja selesai melengkapkan pesanan jarak jauh dari Kuala Lumpur ke Penang dan ingin pulang semula ke Kuala Lumpur.
Pada tab Laluan Sama, rakan pemandu A boleh melihat pesanan dari kawasan Penang yang ingin dihantar ke Kuala Lumpur.
Rakan pemandu B ingin pulang ke rumah setelah selesai bekerja di Sentul, tetapi pada masa yang sama ingin mengambil job Lalamove yang sehaluan dengan jalan ke rumah di Kajang.
Pada tab Laluan Sama, rakan pemandu B boleh melihat pesanan dari Sentul yang ingin dihantar ke Kajang juga.
Buka aplikasi Lalamove Driver dan klik pada tab “Laluan Sama”.
Klik pada butang ‘Tetapkan Destinasi’.
Langkah 3
Tetapkan lokasi yang anda ingin tuju dan klik ‘Tetapkan Destinasi’.
Langkah 4
Bersedia untuk menerima pesanan laluan sama melalui tab ini.
Kami berharap kemas kini terbaru ini dapat memberikan pengalaman bekerja yang lebih baik kepada semua rakan pemandu Lalamove di seluruh Malaysia.
Jangan lupa untuk mengemas kini aplikasi Lalamove Driver anda untuk menikmati ciri terbaru ini.
Selamat bekerja!