Dinakaran telah membawa pulang hadiah utama dalam Lala-Goal Challenge Lalamove: sebuah motosikal elektrik YADEA GT20 EV bernilai RM5,000!
Dengan melengkapkan 100+ pesanan dalam masa satu bulan sahaja, beliau telah melayakkan diri bersama 50 rakan pemandu teratas lain yang masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai.
Sambil mengimbangi penghantaran lewat malam dan proses pertukaran kerjaya, Dinakaran telah mengubah kerja sambilannya menjadi satu kejayaan yang amat bermakna.
Berikut adalah kisah Dinakaran dan tips-tips berguna dari beliau:
S: Boleh perkenalkan diri anda dan beritahu jenis kenderaan yang anda gunakan untuk Lalamove?
Nama saya Dinakaran. Untuk Lalamove, saya guna kereta Honda City saya buat part-time.
S: Apa yang terlintas di fikiran anda apabila menerima panggilan yang memaklumkan anda memenangi hadiah utama motosikal EV?
Jujur cakap, mula-mula saya ingat scam! Saya dapat panggilan dari Lalamove yang mengatakan, "Tahniah, anda pemenang Lalamove," lepas tu cakap nak hantar borang untuk saya isi.
Saya biarkan bluetick je mesej tu. Lepas tu saya mula tanya kawan-kawan driver Lalamove lain. Ada yang kata scam, ada yang kata betul. Dalam dua tiga hari lepas tu, saya cek akaun Instagram Lalamove dan nampak nama saya keluar.
Masa tu baru yakin. Memang tak sangka langsung boleh dapat YADEA GT20 EV, padahal baru buat part-time je!
S: Seberapa kerap anda memandu untuk menyiapkan misi pesanan dalam tempoh sebulan?
Dalam sebulan tu saya buat lebih 100 pesanan. Memang tak berhenti. Tiap-tiap hari lepas balik kerja pukul 5:30 petang, saya sambung drive sampai pukul 11:00 atau 12:00 malam. Hari Sabtu pulak saya drive full-time terus nak bagi maksimum order.
S: Apakah yang mendorong anda untuk mula memandu bersama Lalamove pada awalnya?
Nak cari side income je. Masa tu saya tengah dalam proses tukar kerja, jadi masa tempoh notis berhenti kerja tu memang selalu balik awal. Alang-alang ada masa terluang sebelah malam, saya guna untuk cari duit lebih. Sekarang dah masuk kerja baru pun saya tetap meneruskan part-time ni.
S: Apakah perancangan anda untuk motosikal YADEA GT20 EV baharu ini?
Saya guna untuk jalan-jalan dekat rumah je lah, macam nak pergi kedai beli barang dapur.
S: Adakah anda akan menyertai pertandingan Lalamove lagi pada masa akan datang?
Ya, sudah tentu!
S: Sejauh manakah kemudahan proses pendaftaran untuk anda sebagai pemandu baharu?
Prosesnya sangat lancar. Saya mendaftar pada hari pertama, dan keesokan harinya akaun saya telah diluluskan dan saya terus boleh mula menerima pesanan.
S: Adakah anda menghadapi sebarang cabaran semasa mula-mula memandu di jalan raya?
Sebab masa tu first time kan, jadi tak berapa tahu sangat pasal langkah-langkah dalam app. Order yang pertama tu saya main hantar je, tak ambil gambar bukti penghantaran pun! Lepas tu baru saya tahu kena tangkap gambar semua. Secara keseluruhannya memang pengalaman yang best!
Kisah Dinakaran membuktikan betapa berbaloinya memandu bersama Lalamove walaupun secara sambilan. Ini kerana Lalamove memudahkan anda untuk berjaya mengikut cara anda sendiri!
Mengapa perlu menyertai pasukan pemandu Lalamove?
Daftar sebagai rakan pemandu Lalamove sekarang dan mulakan perjalanan anda menuju kejayaan!