Blog | Lalamove Malaysia

Kemas Kini Ciri Penapis Pesanan Terbaru: Cari Job Lebih Mudah & Cepat

Written by Lalamove Malaysia | Jul 16, 2026 12:00:00 PM

Hai rakan pemandu Lalamove!

Anda ada ternampak ciri terbaru dalam aplikasi Lalamove Driver?

Ya! Kini aplikasi Lalamove Driver menampilkan kemas kini terbaru pada ciri “Penapis Pesanan” yang membolehkan anda mengawal dan memilih pesanan dengan lebih mudah.

Dengan ciri ini, anda boleh menapis pesanan mengikut keutamaan yang anda inginkan.

 

Kemas Kini Ciri Terbaru

Halaman pesanan kini lebih tersusun dan dilengkapi fungsi baharu supaya anda boleh mengambil job dengan lebih efisien.

Jom lihat apa kemas kini terbaru yang ada di dalam aplikasi Lalamove Driver:

 

1. Paparan Lebih Kemas Dengan Multi-Tab

Terdapat beberapa tab pada halaman pesanan seperti:

 

Tab Laman Utama

Paparan utama dengan semua pesanan yang ada.

 

 

Tab Jarak Jauh (Pesanan melebihi 50km)

Khas untuk pesanan jarak jauh.

Anda boleh melihat pada tab ini jika anda ingin mengambil pesanan jarak jauh atau pesanan ke negeri lain.

 

 

Tab Lain-Lain

Tab ini hanya akan muncul apabila anda menetapkan penapis pesanan.

Semua pesanan yang anda ingin fokuskan akan berada di tab ini.

 

 

2. Tetapkan Jenis Pesanan

Rakan pemandu juga boleh menapis jenis pesanan seperti jenis perkhidmatan atau masa pengambilan.

 

 

Jenis Perkhidmatan

Bergantung kepada kenderaan yang anda bawa seperti Motosikal, Kereta, Pikap 4x4, Van atau Lori.

 

Masa Pengambilan

Anda boleh tetapkan masa pengambilan yang anda ingin utamakan sama ada pesanan sekarang, kemudian atau 30 hari akan datang.

Nota: Anda akan tetap menerima notifikasi untuk semua job yang masuk.

 

Tips Menggunakan Penapis Pesanan

Kalau anda seorang rakan pemandu yang suka menukar strategi mengikut waktu, ciri terbaru ini memang sangat membantu untuk memudahkan anda melihat job yang masuk.

 

 

Ini adalah beberapa tips untuk memaksimumkan pendapatan harian anda:

 

Pagi

Jika anda telah mendaftar sebagai rakan pemandu Lalamove Ride, anda boleh menapis untuk pesanan Ride pada waktu pagi.

 

Petang

Pada waktu petang pula anda boleh utamakan untuk mengambil pesanan penghantaran sahaja.

 

Hujung Minggu

Jika anda ada waktu terluang pada hujung minggu, anda boleh tapis dan fokus pada pesanan jarak jauh.

 

Kawal Pendapatan Anda Dengan Lebih Baik

Ciri penapis pesanan ini memberi anda lebih kawalan untuk:

  • Pilih job yang sesuai dengan anda
  • Kurangkan terlepas dan masa menunggu pesanan
  • Tingkatkan peluang pendapatan

Jadi lepas ni anda dah tak perlu nak scroll pesanan sampai bawah untuk cari job yang sesuai.

Sekarang lebih mudah dan cepat untuk anda memaksimumkan pendapatan harian.

Jangan lupa kemas kini aplikasi Lalamove Driver anda untuk menikmati ciri penapis pesanan terbaru kami!