Blog | Lalamove Malaysia

Komisen Serendah 7%! Maksimumkan Pendapatan Anda Dengan Sticker Max

Written by Lalamove Malaysia | Aug 10, 2026, 6:03:05 AM

Berita baik untuk rakan pemandu Pikap 4x4, Van, dan Lori!

Bermula 10 Ogos 2026, anda boleh menikmati kadar komisen yang lebih rendah dan  lebih banyak daripada setiap pesanan yang layak dengan Sticker Max Lalamove.

Jom baca blog ini untuk ketahui lebih lanjut!

 

Apa Itu Sticker Max?

Sticker Max ialah kategori sticker Lalamove yang ber saiz lebih besar berbanding sticker biasa.

Kategori Sticker Max menawarkan kepada rakan pemandu pikap 4x4, van dan lori lebih banyak manfaat dengan kadar komisen yang lebih rendah bagi pesanan (job) yang layak.

Dengan Sticker Max, kadar komisen adalah serendah 7%, bermakna anda boleh membawa pulang sehingga 93% daripada nilai pesanan yang layak.

Jom lihat pecahan kadar komisen:

 

Siapa Yang Boleh Nikmati Kadar Komisen Ini?

Rakan pemandu Lalamove yang memandu kenderaan berikut layak menikmati kadar komisen yang lebih rendah:

Jika anda kerap mengambil pesanan penghantaran barangan besar seperti kelengkapan rumah, stok perniagaan atau barang pindah rumah, Sticker Max boleh membantu anda menikmati kadar komisen lebih rendah dan membawa pulang lebih banyak daripada pesanan yang layak.

 

Cara Untuk Menjadualkan Slot Pemasangan Sticker Lalamove

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk menjadualkan slot pemasangan Sticker Max Lalamove:

 

Langkah 1

Klik ‘Profil’ pada akaun Lalamove Driver anda. Kemudian, klik ‘Sticker’.

Langkah 2

Klik ‘Buat Temu Janji Pemasangan Sticker’.

Langkah 3

Pilih tarikh dan masa yang anda inginkan untuk pemasangan sticker Lalamove.

Langkah 4

Kemudian, klik ‘Sahkan’.

Langkah 5

Slot pemasangan sticker anda telah berjaya dijadualkan!

Nota: Bagi rakan pemandu yang ingin menaik taraf daripada Sticker Biasa kepada Sticker Max, anda juga boleh menjadualkan slot pemasangan terus melalui aplikasi Lalamove Driver dengan menekan butang di bawah.

 

Nak Maksimumkan Pendapatan? Pilih Sticker Max!

Kadar komisen terbaharu ini memberi peluang kepada rakan pemandu untuk menyimpan lebih banyak hasil titik peluh daripada setiap pesanan yang diselesaikan.

Jadi, bagi rakan pemandu Pikap 4x4, Van, atau Lori yang ingin memaksimumkan pendapatan, Sticker Max ialah pilihan terbaik anda!