Khas untuk mereka yang ingin mendaftar sebagai rakan pemandu Lalamove!
Ini masa terbaik untuk anda merebut ganjaran menarik. Bermula 7 Mei hingga 19 Jun 2026, Lalamove ada peraduan baru iaitu Lala-Goal Challenge.
Cara nak sertai mudah je!
Anda hanya perlu mendaftar sebagai rakan pemandu dan menyertai peraduan dengan melengkapkan misi pesanan yang diberikan.
Lagi banyak misi berjaya diselesaikan, lagi tinggi peluang anda untuk memenangi hadiah seperti:
🛵 1 unit motor EV bernilai RM5,000
💵 50 hadiah wang tunai bernilai RM200
Jom bayangkan apa anda boleh buat kalau anda menang peraduan ini!
Selain untuk kegunaan sendiri, anda juga boleh hadiahkan motor EV kepada orang tersayang.
Hari jadi isteri dah nak dekat? Atau anak mendapat keputusan yang baik dalam SPM?
Anda boleh hadiahkan motor EV ini kepada mereka! Boleh lah mereka guna untuk kegunaan harian.
Dengan hadiah wang tunai RM200, anda boleh guna untuk tambah keperluan rumah seperti beli barang basah, keperluan mandian atau bayar bil utiliti.
Kadang-kadang benda kecil macam ni yang paling membantu untuk mengurangkan beban bulanan.
Dah penat buat job dan lengkapkan misi pesanan, apa salahnya belanja keluarga untuk makan sedap. Betul tak?
Lepas dapat hadiah dari peraduan Lala-Goal Challenge, boleh la ajak keluarga pergi makan steamboat, shell out atau nasi kandar padu.
Momen macam ni memang syok kalau dapat kongsi dengan orang tersayang!
Ramai orang selalu lupa tentang pentingnya dana kecemasan. Kalau menang RM200, anda boleh mula simpan sedikit demi sedikit.
Rakan pemandu yang bijak bukan sekadar rajin buat job, tetapi juga pandai mengurus kewangan.
Sebagai rakan pemandu, telefon memang nyawa kedua anda.
Nak tengok GPS, nak hubungi pelanggan, nak tengok aplikasi, semuanya memerlukan telefon.
Anda boleh naik taraf aksesori telefon seperti:
Aksesori seperti ini sebenarnya boleh membuat pengalaman job anda lebih lancar dan selesa.
Bukan senang nak kekalkan semangat but job setiap hari.
Cuaca panas, hujan tiba-tiba, jalan sesak… semua rakan pemandu mesti faham perjuangan ini.
Jadi bila menang, tak salah pun nak hadiahkan diri sendiri dengan kasut, baju hujan atau helmet baru.
Rakan pemandu yang bijak tahu bahawa setiap wang ringgit boleh jadi modal untuk jana lebih banyak pendapatan.
Hadiah wang tunai itu anda boleh buat untuk:
Bekerja memang penting, tetapi rehat dan hiburan juga penting. Lagi seronok kerja bila mental terjaga.
Anda boleh gunakan hadiah wang tunai untuk:
Kalau anda baru mendaftar sebagai rakan pemandu Lalamove pada 1 Mei 2026, anda layak untuk menyertai peraduan Lala-Goal Challenge!
⏳ Tempoh peraduan: 7 Mei hingga 19 Jun 2026
📝 Cara untuk menyertai:
1️⃣ Daftar sebagai rakan pemandu Lalamove
3️⃣ Daftar peraduan Lala-Goal dan tunggu pengesahan
4️⃣ Lengkapkan misi pesanan berdasarkan jenis kenderaan anda
🎁 Hadiah menarik yang menanti anda:
🛵 1x unit motosikal EV jenama YADEA GT20 bernilai sehingga RM5,000
💵 50x pemenang wang tunai RM200
Sambil buat job, anda boleh bawa pulang hadiah menarik.
Anda dah bersedia nak kejar goal pertama anda bersama Lalamove? Jom daftar sekarang!