Blog | Lalamove Malaysia

Lalamove Park Tepi Jap!: Di Sebalik Tabir Driver & Helper Lalamove

Written by Lalamove Malaysia | Aug 21, 2026, 9:00:00 AM

Bila tiba masa nak pindah rumah atau hantar barang besar, kita selalu fikir tentang satu benda: “Macam mana nak angkut semuanya dengan mudah?”.

Dalam siri podcast Lalamove Park Tepi Jap!, kita bongkar cerita di sebalik tabir tentang peranan rakan pemandu dan kerjasama pembantu dalam memastikan setiap penghantaran berjalan dengan lancar.

Episod kali ini kami sempat berborak dengan dua rakan pemandu Lalamove iaitu Shahrizal dan Hafizie.

Walaupun mereka berdua berasal daripada latar belakang dan pengalaman yang berbeza, tetapi akhirnya mereka bersatu demi mencari rezeki.

Jom kita layari kisah mereka sebagai seorang rakan pemandu Lalamove dan pembantu rakan pemandu.

 

Segalanya Bermula Di Media Sosial

 

 

Perkenalan antara Shahrizal dan Hafizie bermula dengan satu hantaran di Facebook apabila Shahrizal mencari pembantu untuk bekerja dengannya dalam urusan mengangkat barang.

Pada mulanya, Hafizie hanya ingin mencuba selama beberapa hari, tetapi dari satu pesanan ke pesanan yang lain, mereka akhirnya menjadi pasangan kerja yang serasi.

Hafizie, yang juga merupakan rakan pemandu motosikal, percaya bahawa pekerjaan ini memberikan ruang untuk dirinya membina disiplin diri.

Apabila dua orang boleh bekerjasama dengan baik, kerja yang berat pun terasa lebih ringan.

 

Kerjasama Beri Hasil Luar Biasa

Dengan kerjasama dan usaha yang konsisten, mereka menyasarkan pendapatan sehingga RM500 sehari dengan melengkapkan sekurang-kurangnya lapan pesanan.

Berbeza dengan pekerjaan sebelum ini yang dilakukan oleh Shahrizal, sekarang dia dapat menjana pendapatan tanpa mengganggu masa untuk diri sendiri dan bersama keluarga.

 

@lalamove_my

Podcast kali ini lain sikit sebab kami panggil Shahrizal (driver van) dengan Hafizie (rider & helper) untuk share pengalaman jadi driver dan helper! Dulu kerja company e-commerce, tapi kenapa Shahrizal pilih nak bawa Lalamove pulak? Jom layan video ni sampai habis! ☕🔥 #ParkTepiJap #LalamoveDriver #Podcast

♬ original sound - Lalamove Malaysia - Lalamove Malaysia

 

Lalamove Buat Keluarga Lebih Rapat

Bagi Shahrizal, keputusan untuk menjadi rakan pemandu Lalamove bermula daripada satu perkara yang cukup penting, iaitu masa bersama keluarga.

Sebelum ini, dia bekerja dalam sektor penghantaran e-dagang yang memerlukan sehingga 200-300 penghantaran sehari.

“Dulu, awal pagi lagi saya dah keluar rumah. Anak-anak pun belum bangun, jadi saya kuranglah bercakap dengan mereka,” kata Shahrizal.

Dengan jadual kerja sebelum ini yang padat, masa untuk bersama keluarga menjadi semakin terhad.

Kini, sebagai rakan pemandu Lalamove yang memandu Van Besar 9-kaki, Shahrizal dapat mengurus pesanan mengikut rutinnya sendiri.

Apa yang lebih penting, fleksibiliti ini membolehkan dia mempunyai lebih banyak masa untuk isteri dan anak-anaknya.

Dulu, bila balik kerja, anak-anak mungkin sudah tidur.

Sekarang, kalau ada masa lapang, bolehlah bawa mereka keluar makan, pergi ke taman atau sekadar meluangkan masa bersama di rumah.

@lalamove_my

Benda paling best bila join Lalamove ni sebenarnya bukan pasal duit je, tapi kebebasan masa. Yang penting ada masa untuk family! 👨‍👧‍👦✨ Nak rasa kebebasan macam Shahrizal & Hafizie? Daftar jadi rakan pemandu Lalamove & jadi bos sendiri! Download app Lalamove Driver untuk mendaftar sekarang! #LalamoveParkTepiJap #LalamoveMalaysia #PodcastMalaysia #Lalamove

♬ original sound - Lalamove Malaysia - Lalamove Malaysia

 

Kerja Fleksibel Menanti Anda

Nak ambil pesanan awal pagi? Boleh. Nak berehat sekejap? Boleh. Nak meluangkan masa dengan keluarga seperti Shahrizal? Boleh juga!

Kisah Shahrizal dan Hafizie ini boleh dijadikan inspirasi untuk anda yang masih tercari-cari kerja yang memberikan pendapatan harian dan fleksibel.

✅ Kerja ikut masa sendiri

✅ Jana pendapatan harian

✅Nikmati faedah seperti insurans kemalangan percuma, penyelenggaran kenderaan percuma dan macam-macam lagi

Ikuti siri penuh podcast Lalamove Park Tepi Jap! di laman media sosial Instagram atau TikTok rasmi Lalamove.

Jom ikut jejak langkah mereka!