Blog | Lalamove Malaysia

Lalamove Park Tepi Jap!: Betul Ke Ini Realiti Rider Full-Time vs Part-Time?

Written by Lalamove Malaysia | Jul 13, 2026 9:00:00 AM

Berada di atas jalan raya selama sepuluh hingga dua belas jam memang bukan perkara yang asing lagi bagi rakan pemandu Lalamove.

Hujan, panas, siang dan malam, semuanya di redah demi mencari rezeki.

Kali ini, kami bawa dua pemandu yang sangat berdedikasi dalam kerja mereka untuk berkongsi kisah secara santai dalam siri podcast terbaru Park Tepi Jap! Lalamove.

Nak tahu lebih lanjut tentang tips apa yang mereka kongsikan? Jom baca blog ini.

 

Rakan Pemandu Lalamove Part-Time vs Full-Time

 

 

Syahriz Izzad Sharifuddin, atau lebih mesra dipanggil Izzad, sudah bergiat dalam bidang gig ini sejak tahun 2018.

Bermula sebagai rakan pemandu Lalamove sambilan dan bertukar kepada sepenuh masa, Izzad banyak berkongsi pengalaman sepanjang penggambaran.

Bagi Mohamad Ashrul atau dikenali sebagai Ashrul pula, dia menceburi bidang gig ini secara sambilan sejak tahun lepas.

Walaupun seorang rakan pemandu otai dan rakan pemandu baru bertemu, semangat berkawan dan membantu antara mereka dapat dirasakan tidak kira berapa lama mereka sudah menjadi rakan pemandu Lalamove.

 

Usaha Membuahkan Hasil

 

 

Bagi yang minat, bekerja sebagai rakan pemandu memang seronok.

Dapat mengurus masa sendiri, meluangkan lebih masa dengan yang tersayang dan menetapkan sendiri target yang ingin dibawa pulang.

Ada yang pernah bertanya kepada Izzad,

“Kau bawa Lalamove ni boleh tampung perbelanjaan ke? Nak bayar kereta, motor, rumah dan macam-macam lagi”.

Izzad tidak cepat melatah. Walaupun ramai berfikiran begitu, dia percaya bahawa apa-apa kerja yang dibuat sekalipun akan membuahkan hasil jika dibuat dengan bersungguh-sungguh.

Lebih banyak job Lalamove yang diambil, lebih banyak hasil yang dibawa pulang.

 

Kerja Yang Fleksibel, Kerja Yang Seronok

 

 

Bagi Ashrul pula, meskipun dia hanya memandu Lalamove secara sambilan, dia juga bersetuju dengan apa yang diperkatakan Izzad.

Ashrul lebih kepada mencari keseronokan dalam bekerja.

Dengan Lalamove, dia dapat berjumpa lebih ramai kawan-kawan seperjuangan tidak kira di atas jalan raya atau di kedai-kedai mamak.

Dia tak perlu terikat dengan mana-mana pihak.

Bukan itu sahaja, Ashrul juga mendapat kepuasan apabila dia menyampaikan barang pelanggan dengan selamat.

“Bila saya keluar ambil job Lalamove, saya punya misi nak hantar barang kepada pelanggan dengan selamat. Bila pelanggan happy dengan servis saya, saya pun turut happy. Itu yang saya rasa bila sertai Lalamove”, tambah Ashrul.

 

Pentingnya Caruman PERKESO

 

Sumber: Beautifulnara

 

Sebagai rakan pemandu yang dikira otai, Izzad tidak pernah terlepas untuk mencarum PERKESO dari dulu.

“Ada orang kata bidang gig ini tak menjamin apa-apa, tapi bagi saya sekarang tak macam dulu,” kata Izzad.

Sekarang sudah banyak kemudahan yang disediakan kepada mereka yang bekerja di dalam bidang gig seperti perlindungan PERKESO termasuk rawatan perubatan, faedah hilang upaya dan pencen tanggungan.

“Sebab kita atas jalan ini, risiko dia tinggi,” tambah Izzad.

Jadi, skim perlindungan daripada badan-badan yang berkenaan amat penting untuk mereka yang bekerja dan sentiasa berada di jalan raya.

 

Peluang Anda Untuk Bekerja Macam Mereka

 

 

Daripada cerita Izzad dan Ashrul, tidak semestinya menjadi rakan pemandu anda tak boleh menikmati kehidupan seharian.

Anda boleh berjumpa kawan-kawan, tetapkan target pendapatan yang diingini dan macam-macam lagi.

Izzad dan Ashrul ada lebih banyak cerita nak dikongsikan.

Jangan lupa untuk mengikuti sambungan siri podcast Park Tepi Jap!

Anda berminat nak jadi macam Izzad dan Ashrul? Tekan butang di bawah untuk mendaftar!