Blog | Lalamove Malaysia

Panduan Lengkap Program Sticker Lalamove

Written by Lalamove Malaysia | Aug 23, 2022 7:36:15 AM

Anda mesti pernah nampak kenderaan yang bersticker Lalamove di jalan raya kan?

Tertanya-tanya apakah kelebihan dan bagaimana untuk memasang sticker Lalamove pada kenderaan anda?

Jom kita baca lebih lanjut tentang Program Sticker Lalamove ini!

Dalam panduan ini, kami akan berkongsi segala-galanya yang anda perlu tahu tentang program ini dan pelbagai kelebihan yang menanti anda.

 

Apakah Itu Program Sticker Lalamove?

 

 

Dengan lebih 10,000 kenderaan yang menyertai program ini, Program Sticker Lalamove membantu rakan pemandu Lalamove untuk menerima kelebihan-kelebihan yang menarik.

Lalamove Sticker Team akan menampal sticker di bahagian tepi dan belakang kenderaan anda. Jangan risau, kenderaan anda akan dijaga dengan baik. Sticker kami menggunakan pelekat mesra cat yang melindungi kenderaan anda.

Jika sticker anda koyak atau pudar, kami akan gantikannya untuk anda…. secara PERCUMA!

Jom kami tunjukkan anda bagaimana program ini boleh membantu anda:

 

Apakah Kelebihan Program Sticker Lalamove?

 

1. Pendapatan Pasif Bulanan Yang Menarik

 

 

Bayangkan menjana pendapatan mudah hanya dengan menampal sticker pada kenderaan anda. Dengan Program Sticker Lalamove, anda boleh menjadikan angan-angan ini satu realiti!

Tak hairanlah jika rakan penghantar kami percaya insentif ini sangat berbaloi. Siapa yang tak nak jana pendapatan pasif semudah ini kan?

 

2. Perlindungan Insurans Percuma

 

Selain dari pendapatan pasif yang menguntungkan, kami juga akan menyediakan perlindungan insurans kemalangan percuma kepada anda.

Insurans ini sedikit sebanyak dapat membantu jika anda mengalami kemalangan ketika mengambil dan menghantar barang kepada pelanggan.

 

3. Keutamaan Bagi Projek Khas

 

Sebagai rakan pemandu yang menyertai Program Sticker Lalamove, anda akan diberikan keutamaan untuk menyertai projek penjenamaan dan pemasaran.

Dan berpeluang untuk membawa pulang ganjaran tunai tambahan sebagai tanda penghargaan!

Berbaloi kan?

 

4. Ganjaran Eksklusif

 

Diskaun makanan dan minuman?

Diskaun penyelenggaraan kereta?

Semua akan disediakan bagi rakan pemandu yang menyertai Program Sticker Lalamove.

Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang ganjaran eksklusif Lalamove.

 

Ingin Mula Menikmati Kelebihan Sticker? Jadualkan Slot Pemasangan Sticker Anda Hari Ini!

Jom ikuti langkah-langkah ini untuk menjadualkan slot pemasangan sticker anda:

 

 

Untuk memudahkan anda, rujuk alamat-alamat Driver Centre berikut untuk lokasi pemasangan sticker:

Lalamove Driver Centre
69, Jalan Tpk 2/8, Taman Perindustrian Kinrara, 47100 Puchong, Selangor
Isnin - Jumaat: 10am - 5pm
Sabtu: 10am - 3pm
Ahad dan Cuti Umum: Tutup

Lalamove Johor
G-100, Jalan Permas 15/1, Bandar Baru Permas Jaya,
81750 Masai, Johor
Isnin - Jumaat: 10am - 5pm
Sabtu: 10am - 3pm
Ahad dan Cuti Umum: Tutup

Lalamove Pulau Pinang
No 1314 (GF, Jln Nagasari 1, Taman Nagasari, 13600 Perai, Pulau Pinang
Isnin - Jumaat: 10 am - 5 pm
Sabtu: 10am - 3pm
Ahad dan Cuti Umum: Tutup

Lalamove Melaka
20, Jln Lagenda 5, Taman 1 Lagenda, 75400 Melaka
Isnin - Jumaat: 10am - 5pm
Sabtu: 10am - 3pm
Ahad dan Cuti Umum: Tutup

 

Lalamove Kuching

SL 11, Lot 9588, T Chin Kin Commercial Centre, Jalan Pending, Poh Hua Park, 93450 Kuching, Sarawak

Isnin - Jumaat: 10am - 5pm

Sabtu, Ahad dan Cuti Umum: Tutup

 

Bagaimana Anda Boleh Menerima Kelebihan Sticker Lalamove?

Nak sertai program ini mudah, nak dapatkan kelebihan juga sangatlah mudah!

Anda hanya perlu menghantar gambar Sticker Lalamove anda pada minggu pertama setiap bulan untuk menerima kelebihan sticker!

Ikuti langkah-langkah berikut untuk menghantar gambar sticker anda:

 

 

Insentif sticker insentif akan dikreditkan dalam dompet Lalamove anda apabila gambar anda telah diluluskan. Jika anda menghantar gambar yang salah, anda diberi tempoh 36 jam untuk menghantar semula gambar baru.

Perlukan bantuan? Jangan risau, anda cuma perlu hubungi kami melalui Perbualan Secara Langsung dalam aplikasi. Agen Perkhidmatan Pelanggan kami yang mesra sentiasa bersedia untuk membantu anda.

Dah bersedia nak nikmati kelebihan sticker?