Lalamove Malaysia

Bagaimana Hendak Mendapatkan Pembeli Peribadi Dengan Perkhidmatan Buy4U Lalamove

featured image

Jika anda tidak boleh keluar untuk membeli barangan keperluan walaupun sebentar saja, anda pasti akan menyukai perkhidmatan Buy4U Lalamove! Lebih dari sekadar penghantaran, rakan-rakan penghantar motosikal kami boleh menjadi pembeli peribadi anda!

Perkhidmatan pembeli peribadi ini adalah ideal untuk membantu anda mendapatkan barang-barang keperluan seperti barang-barang runcit, ubat dan apa-apa saja dari lokasi sekitar Lembah Klang.

Makanan kucing sudah tinggal sedikit? Kami boleh belikan makanan untuk si comel dari kedai haiwan peliharaan kegemaran anda. Anda mempunyai pakcik dan makcik yang sudah uzur dan tidak mampu membeli barang dari pasar raya? Kami boleh belikan dari pasar raya dan hantarkan barangan kepada mereka.

Anda hanya perlu memuat turun aplikasi Lalamove dan anda boleh mula membuat pesanan dengan kami selepas pendaftaran akaun Lalamove anda berjaya.

Adakah anda bersedia untuk mengalami pengalaman membeli-belah yang lebih mudah dengan kami?

Ikut saja 5 langkah yang mudah ini. Lalamove akan membelikan barangan dan menghantarkannya kepada anda dengan segera.

Langkah-langkah mendapatkan pembeli peribadi Buy4U Lalamove-1

Cubalah Perkhidmatan Buy4U Kami!

 

Soalan-Soalan Lazim Buy4U

Bolehkah saya membeli apa-apa saja dengan perkhidmatan Buy4U?

Ya, boleh! Anda boleh dapatkan apa-apa saja yang anda perlukan, asalkan anda mematuhi had pembelian sebanyak RM100 dengan penghantaran motosikal. Demi keselamatan, rakan penghantar kami berhak untuk menolak permintaan pembelian dan penghantaran barangan yang merbahaya.

Bolehkah saya menggunakan kredit dalam e-wallet Lalamove untuk membayar barangan yang dibeli?

Buat masa ini, anda tidak boleh menggunakan kredit dalam e-wallet Lalamove untuk membayar kos barangan yang dibeli. Kredit tersebut hanya boleh digunakan untuk membayar caj Buy4U dan penghantaran.

Bagaimana saya boleh membayar untuk barangan yang dibeli?

Anda perlu membayar balik dengan tunai kepada rakan penghantar kami apabila dia tiba di lokasi anda. Anda juga boleh menghubungi rakan penghantar kami untuk mendapatkan maklumat akaun bank dia untuk membuat pemindahan atas talian. Jangan lupa untuk meminta resit atau bukti pembelian untuk melihat jumlah yang perlu dibayar balik.

Berapa lamakah proses Buy4U ini?

Masa untuk melengkapkan pesanan Buy4U bergantung kepada faktor-faktor seperti jumlah barangan yang dipesan dan panjang barisan di kaunter kedai. Pembelian yang ringkas seperti minuman, roti dan snek boleh dilakukan dengan pantas. Pembelian barang-barang runcit mungkin akan mengambil masa yang lebih panjang sebelum kami boleh membayarnya dan hantarkan ke lokasi anda.

Bagaimana saya boleh memastikan rakan penghantar tidak membuat kesilapan dengan senarai pembelian saya?

Sila pastikan anda memasukkan maklumat yang secukupnya mengenai barangan anda untuk mengelakkan sebarang kekeliruan. Maklumat-maklumat seperti jenama, harga dan warna bungkusan dapat membantu rakan penghantar kami. Selain itu, anda boleh menghubungi rakan penghantar anda untuk memberikan gambar barangan yang diperlukan.

Read more

Anda sudah bersedia?

Muat turun aplikasi kami untuk penghantaran hari sama yang terpantas