Blog | Lalamove Malaysia

Harga RON95 Turun Ke RM1.99 Seliter! Ini Yang Rakan Pemandu Lalamove Perlu Tahu

Written by Lalamove Malaysia | Sep 23, 2025 8:30:00 AM

Hai rakan pemandu Lalamove!

Pasti anda dah dengar berita gembira baru-baru ini kan?

Bermula pada 30 September 2025, semua warganegara Malaysia layak untuk menikmati harga subsidi RON95 daripada RM2.05 seliter ke RM1.99 seliter dengan had siling bulanan sebanyak 300 liter sebulan.

Inisiatif BUDI95 ini merupakan usaha kerajaan untuk memberi penghargaan kepada rakyat Malaysia, termasuklah anda sebagai rakan pemandu Lalamove.

Jom kita kupas sedikit info penting yang anda perlu tahu tentang subsidi ini.

 

Siapa Yang Layak Dapat Subsidi?

 

Semua warganegara Malaysia layak menikmati harga istimewa ini. 

Namun, anggota polis dan tentera serta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dapat menikmati subsidi ini sedikit lebih awal. 

Berikut adalah tarikh subsidi RON95 berkuat kuasa:

📆 Anggota polis dan tentera: 27 September 2025

📆 Penerima STR: 28 September 2025

📆 Semua rakyat Malaysia: 30 September 2025

Untuk yang bukan warganegara Malaysia dan syarikat-syarikat besar, golongan ini harus membayar harga RON95 tanpa subsidi, iaitu RM2.60 seliter.

 

Adakah Pemandu E-Hailing Layak Dapat Subsidi?

 


Untuk anda yang bekerja dalam bidang e-hailing, subsidi ini memang sangat membantu kerana anda juga layak untuk mendapatkan harga subsidi RON95 dengan RM1.99 seliter!

Dan apa yang menarik adalah, tiada had maksimum yang ditetapkan kerajaan bagi pekerja e-hailing.

Maksudnya, anda boleh mengambil peluang ini untuk mengambil banyak job dan membawa pulang lebih banyak pendapatan kerana kos operasi menurun.

Selain itu, rakan pemandu Lalamove yang menghantar barang dengan kenderaan motor atau kereta juga boleh menikmati harga subsidi ini.

 

Bagaimana Cara Tebus Harga Subsidi?

 

Untuk mendapatkan harga subsidi ini, anda wajib untuk mengemukakan MyKad dengan cip yang berfungsi.

Fungsi MyKad ini adalah untuk pengesahan identiti sebelum anda mengisi minyak yang bersubsidi.

Tetapi, apa anda perlu buat jika kad pengenalan tidak dapat dibaca?

Jangan risau, anda boleh terus pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang berdekatan untuk menukar MyKad kepada yang baru.

Tukar sekarang dan jangan tunggu saat-saat akhir ya!

 

Bagaimana Cara Membayar Minyak Harga Subsidi?

 

Terdapat beberapa cara untuk mendapatkan harga minyak subsidi seperti melalui pam minyak, kaunter atau aplikasi yang disediakan oleh stesen minyak.

Antara aplikasi yang disokong untuk mendapatkan harga minyak subsidi adalah Setel, Touch ‘n Go, CaltexGo atau Shell app.

 

Langkah membayar melalui mesin di pam minyak:

1️⃣ Masukkan MyKad di mesin yang disediakan

2️⃣ Masukkan kad debit atau kad kredit

3️⃣ Isi petrol RON95 seperti biasa

📌 Perlu sahkan MyKad setiap kali mengisi minyak

 

Langkah membayar melalui kaunter:

1️⃣ Berikan MyKad kepada juruwang

2️⃣ Bayar seperti biasa

3️⃣ Isi petrol RON95 seperti biasa

📌 Perlu sahkan MyKad setiap kali mengisi minyak

 

Langkah membayar melalui aplikasi:

1️⃣ Sahkan MyKad di dalam aplikasi

2️⃣ Isi petrol RON95 seperti biasa

📌 Perlu sahkan MyKad sekali sahaja

 

Masa Terbaik Untuk Ambil Job Lebih

Dengan penurunan harga minyak ini, ia adalah masa yang terbaik untuk anda tambah pendapatan sebagai rakan pemandu Lalamove.

Jangan lupa untuk kongsi info ini dengan rakan pemandu yang lain ya!