Seperti yang semua sudah tahu, musim La Niña dijangka melanda Malaysia pada hujung tahun 2025 sehingga ke awal tahun hadapan.
Sebagai rakan pemandu Lalamove, anda boleh membuat persediaan awal agar dapat terus bekerja dan menjana pendapatan dengan selamat walaupun dengan keadaan cuaca yang tidak menentu.
La Niña adalah fenomena iklim yang terjadi apabila suhu permukaan laut di wilayah tengah dan timur Laut Pasifik menjadi lebih sejuk berbanding dari biasa.
Fenomena La Niña ini dijangka mempengaruhi corak taburan hujan di rantau Asia Tenggara, termasuk Malaysia.
Jom kita lihat apa persediaan awal yang anda boleh buat.
Hujan lebat dan jalan yang licin boleh menjejaskan pemanduan dan prestasi kenderaan anda.
Untuk mengelakkan hal yang tidak diingini berlaku semasa anda mengambil atau menghantar barang atau penumpang, pastikan kenderaan yang dinaiki diperiksa secara berkala.
Periksa beberapa perkara seperti:
Tayar: Pastikan bunga tayar masih dalam keadaan tebal
Lampu: Pastikan lampu hadapan, belakang dan signal berfungsi dengan baik
Wiper: Gantikan wiper yang sudah keras atau rosak
Brek: Uji brek anda sebelum memulakan perjalanan
Sebelum anda memulakan job, semak ramalan cuaca melalui aplikasi seperti aplikasi myCuaca atau Clime.
Dengan adanya info seperti ini, anda boleh memilih masa yang sesuai untuk keluar mengambil job dan memilih laluan yang lebih selamat.
Bagi rakan pemandu Lalamove yang membawa motosikal, sediakan jaket hujan dan kasut yang sesuai untuk melindungi anda dari basah kuyup terkena hujan.
Manakala, bagi rakan pemandu kereta, pikap 4x4, van atau lori, anda boleh menyimpan payung, tuala kecil dan selipar di dalam kenderaan untuk persediaan.
Mengutamakan keselamatan di jalan raya adalah sangat penting, tidak kira masa, cuaca dan tempat.
Tetapi, ketika waktu hujan, anda perlu lebih berhati-hati ketika memandu kerana keadaan jalan raya yang licin.
Jika anda memandu dalam keadaan seperti ini, sila pastikan:
Pandu dengan perlahan
Jaga jarak antara kenderaan anda dengan kenderaan orang lain
Elakkan membrek secara mengejut
Hidupkan lampu ketika hujan lebat walaupun anda memandu pada siang hari
Jika hujan terlampau lebat sehingga mengganggu pemandangan, cari tempat berteduh dan berhenti seketika sehingga hujan reda.
Walaupun dengan cuaca yang tidak menentu, anda masih boleh terus mengambil job dengan adanya persiapan awal.
Musim La Niña mungkin membawa hujan, tetapi ia juga boleh membawa peluang untuk anda meraih lebih pendapatan jika bersedia.
Jika anda masih mencari peluang untuk menjana pendapatan tambahan dengan masa yang fleksibel, menjadi rakan pemandu Lalamove adalah jawapannya!