Rider Semasa Bulan Puasa: Bagaimana Dapat Banyak Job Penghantaran?

featured image

Menjadi rider semasa bulan puasa bukanlah suatu perkara yang mudah. Memang pelbagai cabaran yang akan dihadapi, terutama dari segi fizikal dan mental.

Tapi kalau anda nak tahu, bulan puasa tak bermaksud pesanan Lalamove akan makin berkurangan. Malah, pendapatan rider kami semakin bertambah pada bulan mulia ini!

Eh, betul ke ni?

Mestilah betul! Kami berborak dengan rakan penghantar kami tentang pengalaman mereka menjadi rider Lalamove di bulan puasa.

Kalau anda baru mula nak berjinak sebagai rakan penghantar Lalamove, anda wajib baca artikel ini untuk dapatkan tips nak jana lebih pendapatan di bulan puasa dari rider Lalamove sendiri!

 

Muhd Azriq

muhd azriq rider lalamove (1)

Sebagai rakan penghantar motosikal Lalamove selama 3 tahun, Azriq sememangnya sudah biasa dengan cabaran bulan puasa.

Menurut Azriq, menjadi rider Lalamove semasa bulan puasa memang berbaloi kerana pesanan Lalamove pada bulan puasa jauh lebih banyak berbanding bulan-bulan lain.

“Pada pengalaman saya, waktu terbaik untuk menerima banyak pesanan adalah dari pukul 11 pagi hingga 8 malam kerana Lalamove banyak menerima penghantaran barang-barang lain juga. Tidak semestinya menghantar makanan saja di bulan Ramadhan.”

Sebagai seorang rakan penghantar, Azriq berkata sangat penting untuk beliau kekal cergas sepanjang hari. Ini untuk memastikan agar beliau mempunyai tenaga untuk melengkapkan banyak pesanan.

“Menu kegemaran saya semasa bersahur adalah nasi berlauk, tiga biji kurma dan segelas kopi panas dan air suam. Selepas sahur, saya akan berehat dan mula mengambil pesanan sekitar 11 pagi.”

muhd azriq rider lalamove (2)

Azriq juga berkata cabaran utama sebagai rider di bulan Ramadhan adalah menahan lapar dan dahaga sebelum waktu berbuka.

“Jika saya masih ada pesanan untuk dihantar, kebiasaannya saya akan sediakan makanan yang ringkas seperti kurma, roti john serta minuman terlebih dahulu. Saya akan berhenti sekejap di bahu jalan untuk berbuka puasa.”

Azriq juga berkata waktu bekerja yang singkat tidak bermakna dia tak dapat menjana pendapatan yang tinggi. 

Malah, dia berpendapat bulan puasa adalah bulan yang rider harus menjadi lebih rajin untuk mengambil pesanan.

 

Idzuan Shah

idzuan shah rider lalamove (2)

Bagi Idzuan yang telah menjadi rakan penghantar Lalamove selama sembilan bulan, bulan puasa adalah antara bulan kemuncak untuk menjadi rider Lalamove.

“Ya, bulan puasa adalah bulan paling best nak jadi rider Lalamove. Kita mungkin fikir tak banyak pesanan masuk sebab ramai pelanggan berpuasa.”

“Tapi job penghantaran sebenarnya lagi banyak pada bulan puasa sebab ramai pelanggan memerlukan kita. “

Idzuan mementingkan juadah sahur yang ringan untuk memastikan dia lebih bersemangat untuk melengkapkan pesanan.

“Untuk sahur, saya akan mengambil nasi dan lauk yang tidak berat. Ini untuk memastikan saya tidak akan terlalu mengantuk untuk mula menghantar pada waktu pagi nanti.

“Saya akan mula mengambil pesanan bermula tengah hari sehingga waktu berbuka puasa.

“Bila dah nak masuk waktu berbuka, saya akan pergi ke kawasan hotspot seperti Setia Alam, Gombak dan Wangsa Maju untuk menerima banyak pesanan.” 

idzuan shah rider lalamove (1)

 

Sebagai peminat murtabak dan nasi berlauk untuk juadah berbuka puasa, Idzuan akan memastikan beliau dapat berbuka puasa secukupnya sebelum meneruskan menghantar pesanan selepas waktu berbuka. 

Idzuan juga berkata amat penting untuk rider Lalamove kekal tenang dan bersabar semasa menghantar pesanan pelanggan.

“Bagi saya, jadi rider semasa bulan puasa ini mencabar dari segi fizikal sebab badan kita akan mudah penat. Jadi, kita kena rileks untuk mengambil dan menghantar pesanan.

 

Muhd Ikbal

muhd ikbal rider lalamove

Menurut Ikbal yang baru saja menyertai kempen Lalamove dan Sama-Sama Lokal baru-baru ini, waktu terbaik untuk mengambil pesanan adalah waktu berbuka puasa. 

“Waktu yang boleh dapat banyak job penghantaran adalah waktu sebelum berbuka, lebih kurang 5 hingga 7 petang. Selalu sangat saya tak dapat berbuka tepat pada waktu sebab saya sibuk menghantar pesanan.”

“Saya sukakan makanan seperti nasi kandar untuk berbuka. Tapi disebabkan selalu tak sempat nak berbuka di rumah, jadi saya akan selalu beli makanan sedikit dan berbuka di atas motor. Selepas itu saya akan teruskan kerja penghantaran.”

Ikbal juga menasihati rider Lalamove yang lain untuk sentiasa bersabar semasa menghantar pesanan.

“Perkara paling mencabar saya pernah lalui semasa bulan puasa adalah bila menghantar pesanan semasa waktu berbuka dan terpaksa redah hujan. 

“Tapi bagi saya, di bulan puasa inilah kita kena banyak bersabar. Kalau kita terlalu rushing nak hantar pesanan, kita akan jadi lagi penat.” 

 

Jamal Awang

jamal rider lalamove

Jamal juga adalah antara otai rider Lalamove. Beliau juga bersetuju bahawa pesanan lebih meningkat di bulan puasa berbanding bulan lain.

“Kalau bulan lain, pesanan akan banyak waktu pagi. Tapi di bulan puasa, pesanan lagi banyak bila masuk waktu petang.

“Saya tidak akan membuat penghantaran bila hampir waktu berbuka kerana saya lebih suka berbuka di rumah dengan keluarga. Walaupun saya tak ambil pesanan semasa waktu berbuka, saya masih dapat jana pendapatan yang lumayan.”

Jamal juga berkata sangat penting untuk rider Lalamove, terutama yang beragama Islam, untuk kuatkan semangat dan iman di bulan puasa.

“Perkara paling mencabar jadi rider bulan puasa ini adalah bila kita bekerja pada waktu tengah hari. Memang akan sangat haus sebab cuaca panas.

“Tapi saya nasihatkan semua rider beragama Islam untuk kuatkan iman dan banyak bersabar. Kalau kita banyak bersabar di bulan puasa, insya Allah kita akan dapat ganjaran yang lebih banyak.”

 

Muhd Aizad

aizad rider lalamove

Bagi Aizad, bulan puasa memang bulan istimewa untuk menjadi rider Lalamove. Beliau juga mempunyai strategi tersendiri untuk kekal cergas semasa bulan puasa. 

“Saya nasihatkan rider Lalamove baru untuk dapatkan tidur dan rehat secukupnya. Pastikan anda ambil makanan yang seimbang semasa berbuka dan sahur.

“Saya akan agihkan masa bekerja saya kepada dua atau tiga sesi iaitu pagi, petang dan malam. Kita tak boleh bekerja berterusan sebab kita akan jadi lebih letih dan dahaga.” 

“Waktu terbaik untuk mula mengambil pesanan semasa bulan puasa adalah pukul tiga petang ke atas. Kalau rajin ambil pesanan semasa waktu ini, memang banyak pesanan kita dapat terima.”

Aizad yang telah menjadi rider Lalamove sejak April 2020 berkata rezeki bekerja di bulan puasa juga lebih murah berbanding bulan-bulan lain.

“Sewaktu bulan puasa, saya akan berhenti mengambil pesanan selama 1 jam untuk berbuka puasa. Jika keadaan mengizinkan, saya akan sambung mengambil pesanan selepas solat Isyak.”

 

Dah Bersedia Nak Ambil Pesanan Di Bulan Puasa?

Selepas mendengar nasihat dan tips dari rakan penghantar kami, pasti anda dah tak sabar nak mula mengambil pesanan di bulan puasa ini kan?

Sama anda adalah rider yang akan ambil pesanan untuk pertama kali ataupun anda adalah rider otai seperti rider kami di atas, kami harap anda dapat tips bermakna untuk jana lebih pendapatan bersama Lalamove di bulan puasa ini!

Jom mula mengambil pesanan bersama Lalamove!

Ambil Pesanan Lalamove Sekarang (iOS)Ambil Pesanan Lalamove Sekarang (Android)

 

Khas buat rakan penghantar Lalamove di Lembah Klang:

Nak tau bagaimana anda boleh menang hadiah wang tunai berjumlah RM5,000? Mudah saja! 

Anda perlu rujuk sekurang-kurangnya 5 orang rakan untuk menjadi rakan penghantar Lalamove dan pastikan mereka melengkapkan 10 pesanan bersama Lalamove sebelum 7 Mei 2022. 

Kami akan mengumumkan pemenang pada 16 Mei 2022. Jangan lepaskan peluang untuk menang wang tunai dengan Lalamove!

Selamat berjaya!

Rujuk Rakan Untuk Daftar Sebagai Rakan Penghantar

Read more