Blog | Lalamove Malaysia

3 Tips Untuk Bawa Pulang Lebih Pendapatan (Tanpa Kerja Lebih Masa)

Written by Lalamove Malaysia | Nov 6, 2025 10:00:00 AM

Hi hero Lalamove!

Nak pendapatan lebih tapi tak nak kerja lebih masa?

Jom kami kongsikan tiga tips berbaloi untuk anda menjana lebih banyak pendapatan hanya dengan menjadi rakan pemandu Lalamove.

 

1. Sertai Peraduan Dan Bawa Pulang RM12,000

 


Perkenalkan peraduan terbaru dari Lalamove!

Lalamove Jom Move Challenge menawarkan SEMUA rakan pemandu untuk memenangi wang tunai hanya dengan menghantar pesanan.

Daftar dalam laman web peraduan dan setiap pesanan yang diselesaikan sekarang  sehingga 12 Disember dikira sebagai satu penyertaan.

Apa yang paling best?

Enam pemenang dengan pesanan terbanyak dari setiap kategori akan dipilih untuk membawa pulang hadiah sehingga RM12,000!

 

2. Jemput Rakan Dan Dapat Ganjaran Sehingga RM1,000

 


Anda dah menikmati kerja fleksibel dengan Lalamove, bagaimana pula rakan anda?

Jom sebarkan peluang ini kepada rakan-rakan lain!

Hanya dengan merujuk rakan untuk jadi pemandu Lalamove, anda dan rakan boleh menikmati ganjaran sehingga RM1,000!

Jom lihat cara-cara Program Rujukan Pemandu Lalamove berfungsi:

Langkah 1:

Kongsi kod rujukan unik kepada rakan-rakan yang belum mendaftar sebagai rakan pemandu Lalamove.

Langkah 2:

Pastikan rakan anda menggunakan kod rujukan anda semasa proses mendaftar.

Langkah 3:

Tunggu mereka selesaikan misi pesanan dan anda akan menerima ganjaran:

 


Nota: Gambar di atas menunjukkan misi pesanan dan ganjaran untuk bulan November 2025. Sila lihat kemas kini terkini di dalam aplikasi Lalamove Driver untuk maklumat lanjut.

 

3. Nikmati Komisen 99% Dengan Pesanan Ride

 

 

Kereta dah ada, jadi rakan pemandu Lalamove pun dah. Apa lagi yang anda boleh buat?

Kalau anda di Lembah Klang, kini anda boleh jadi rakan pemandu Lalamove Ride!

Jika ada yang masih belum tahu, Lalamove hanya mengambil 1% komisen dari setiap tambang pesanan Ride! Maksudnya anda boleh membawa pulang 99% tambang dari hasil titik peluh anda.

Sebagai contoh:

Jika jumlah tambang Ride adalah RM30, anda boleh membawa pulang RM29. Berbaloi kan?

Bukan itu sahaja! Rakan pemandu Lalamove Ride yang baru juga akan dapat misi pesanan istimewa. 

Anda perlu melengkapkan 2 pesanan Ride untuk menerima ganjaran sehingga RM50.

✅ Pesanan Ride pertama = RM25

✅ Pesanan Ride kedua = RM25

 

Tingkatkan Pendapatan Harian Anda Sekarang

Dengan Lalamove, anda boleh menjana lebih pendapatan dengan pelbagai cara selain dari melengkapkan pesanan!

Dari menjemput rakan untuk menyertai Lalamove atau menyertai Lalamove Jom Move Challenge, ada macam-macam cara untuk anda menjana sambil menikmati kebebasan dalam bekerja.

Jom terus maju bersama Lalamove!