Raya dah habis, kuih raya pun tinggal serpihan dalam balang dan rumah… nampak macam baru lepas buat “open house marathon”.
Kalau anda tengah pandang ruang tamu, bilik atau dapur sambil fikir “macam mana boleh ada banyak barang ni?”, jangan risau sebab anda tak keseorangan!
Jom kita tengok apa yang patut disimpan, diderma atau dibuang supaya rumah kembali kemas.
Kalau baju kurung atau baju melayu anda masih dalam keadaan baik, anda boleh simpan dan gunakan untuk majlis lain.
Gambar keluarga masa pagi raya, hiasan lama yang ada nilai kenangan atau barang pusaka, ini semua barang yang tidak ternilai.
Periuk, pengisar, papan pemotong atau alat memasak yang anda selalu guna.
Walaupun barang seperti pemutar skru, tukul, playar atau pita pengukur jarang digunakan, tetapi barang ini amat penting apabila diperlukan.
Simpan hiasan raya yang masih elok dan boleh digunakan di dalam kotak supaya senang untuk anda cari untuk raya tahun depan.
Kalau anda ada baju yang masih elok tapi dah tak sesuai dengan gaya atau saiz, anda boleh derma atau jual online.
Anda ada lima spatula tapi selalu guna 1 je? Ini masa untuk anda mengurangkan dan menyimpan yang perlu sahaja.
Terlalu banyak beg dan kasut yang anda jarang pakai? Jom let go barang-barang tu kepada orang yang memerlukan!
Mainan anak yang lama dah tak disentuh pun anda boleh derma atau jual.
Kalau anda setiap tahun beli hiasan raya baru sampai penuh stor, mungkin anda boleh kurangkan.
Simpan hiasan yang hanya akan digunakan dan jual atau derma yang selebihnya.
💡 Tip: Kalau banyak barang untuk didermakan atau dijual, anda boleh guna servis penghantaran Pikap 4x4, Van atau Lori Lalamove untuk hantar barang dengan mudah dan sekali harung!
Rempah lama, biskut, makanan kering atau makanan dalam tin yang dah tamat tempoh boleh anda buang.
Kemas dan buang pakaian yang ada kesan kotoran, koyak, zip atau butang rosak.
Pinggan dan cawan yang dah sumbing atau bekas makanan yang dah tiada penutup pun perlu dibuang.
Jangan simpan peralatan elektrik yang dah rosak seperti kabel, pengecas, cerek, pengisar dan macam-macam lagi.
Selain makan ruang, menggunakan peralatan elektrik yang sudah rosak juga boleh menjadi risiko keselamatan.
Anda boleh hantar peralatan elektrik yang rosak ke pusat kitar semula.
Mekap dah tamat tempoh, produk penjagaan kulit yang dah lama, semua ini anda dah boleh buang dan gantikan dengan yang baru.
Barang-barang seperti resit lama, surat khabar, majalah atau kad boleh dikitar semula jika sudah tidak diperlukan.
Setiap kali shopping, mesti anda akan simpan beg kertas tu kan? Kalau dah terlampau banyak, anda boleh hantar juga ke pusat kitar semula.
Mengemas selepas raya bukan sekadar membersihkan rumah, tetapi juga “reset” ruang hidup kita.
Bila barang berkurang, kita akan lebih menghargai apa yang ada di sekeliling.
Jom kita mulakan proses mengemas ini sedikit demi sedikit!
P/S: Gunakan kod kupon [LASTCHANCE] untuk dapatkan diskaun penghantaran 35%!