cabaran 30 hari lalamove untuk pengguna baru dengan kenderaan seperti motosikal, lori dan van.

Selamat Datang ke Cabaran 30 Hari Lalamove!

Siapa kata anda hanya boleh membuat penghantaran dengan Lalamove?

Untuk 30 hari yang seterusnya, anda hanya perlu melengkapkan misi menarik dan jana kupon penghantaran bila anda membuat pesanan dengan kami!

Lebih banyak misi anda lengkapkan, lebih banyak kupon anda boleh nikmati!😉

Sertai Cabaran 30 Hari Sekarang

Lengkapkan Misi Berikut Untuk Menerima Ganjaran

Table_FTU-AE_APRIL_bm

Bagaimana Untuk Sertai?

1_2
1
Mula
Klik sepanduk carousel, laman berita, sepanduk pop-up dan sepanduk bahagian tepi “Cabaran 30 Hari” dalam aplikasi smartphone Lalamove. Jika anda belum memiliki aplikasi Lalamove, sila muat turun di App Store atau Google Play Store
2_2
2
Lengkapkan Misi
Lengkapkan misi dalam tempoh 30 hari untuk menerima ganjaran
4_4
3
Klik “Tebus Hadiah”
Butang bagi setiap kad misi akan berubah ke "Tebus Hadiah" bila anda telah berjaya melengkapkan misi
5_4
4
Tebus Kupon
Klik “Tebus Sekarang” untuk menyimpan kupon Lalamove dalam dompet anda. Sistem akan mengambil masa sehingga 10-15 minit untuk sistem memasukkan kupon ke dalam "Ganjaran Saya"
1
Mula
Klik sepanduk carousel, laman berita, sepanduk pop-up dan sepanduk bahagian tepi “Cabaran 30 Hari” dalam aplikasi smartphone Lalamove. Jika anda belum memiliki aplikasi Lalamove, sila muat turun di App Store atau Google Play Store
2
Lengkapkan Misi
Lengkapkan misi dalam tempoh 30 hari untuk menerima ganjaran
3
Klik “Tebus Hadiah”
Butang bagi setiap kad misi akan berubah ke "Tebus Hadiah" bila anda telah berjaya melengkapkan misi
4
Tebus Kupon
Klik “Tebus Sekarang” untuk menyimpan kupon Lalamove dalam dompet anda. Sistem akan mengambil masa sehingga 10-15 minit untuk sistem memasukkan kupon ke dalam "Ganjaran Saya"

*Kandungan tangkap layar adalah untuk rujukan sahaja

Buat Pesanan Pertama Untuk Cabaran 30 Hari

Soalan Lazim

img-about-us
Berapakah tempoh kempen ini berlangsung?
Kempen akan bermula sehari selepas pengguna menyelesaikan pesanan pertama mereka, dan ia akan berlangsung selama 30 hari. Sebagai contoh, jika Pengguna A menyelesaikan pesanan pada 1 Mac 2023, mereka akan layak untuk "Cabaran 30 Hari" pada 2 Mac 2023. Tempoh kempen bagi Pengguna A akan bermula dari 2 Mac 2023 hingga 31 Mac 2023.
Mengapa pesanan/tambah nilai yang saya telah selesaikan tidak dikira untuk misi?
Semua pesanan dan tambah nilai yang dibuat sebelum menyertai kempen tidak akan dikira untuk misi. Hanya pesanan dan tambah nilai yang dibuat selepas menyertai kempen akan dikira.
Bagaimana saya boleh mengesan bilangan pesanan yang dibuat untuk menyelesaikan misi?
Pengguna boleh mengesan bilangan misi dengan melihat meter setiap misi di halaman aktiviti "Cabaran 30 Hari".
Bilakah saya boleh memenangi ganjaran?
Pengguna boleh menuntut hadiah mereka sebaik sahaja menyelesaikan misi tertentu dengan menekan butang "Tuntut Hadiah" pada kad misi.
Apa yang berlaku kepada hadiah saya jika tidak dituntut menjelang akhir kempen?
Selepas tempoh kempen (30 hari), pengguna tidak lagi layak untuk "Cabaran 30 Hari" dan mereka tidak akan dapat menuntut hadiah mereka.
Terma dan Syarat
  1. Sila baca terma dan syarat dengan teliti, dengan mengakses platform LALAMOVE, menggunakan mana-mana perkhidmatan yang disediakan oleh LALAMOVE dan/atau menebus kod kupon LALAMOVE, pengguna mengesahkan dan bersetuju dengan Terma dan Syarat serta Polisi Privasi LALAMOVE dan Terma dan Syarat Kempen "Cabaran 30 Hari Lalamove".
  2. Pengguna perlu log masuk ke akaun peribadi LALAMOVE mereka dan klik pada halaman Kempen "Cabaran 30 Hari Lalamove" yang ditetapkan di dalam aplikasi LALAMOVE terlebih dahulu untuk menyertai Kempen ini. Dengan menyelesaikan setiap misi yang disenaraikan pada halaman Kempen, dari "hari selepas pengguna menyelesaikan pesanan pertama" 00:00 hingga "30 hari selepas hari selepas pengguna menyelesaikan pesanan pertama" ("Tempoh Kempen"), pengguna akan diberikan ganjaran tertentu mengikut misi yang ditetapkan semasa Tempoh Kempen. Misi-misi tersebut adalah seperti berikut:
    1. Layak untuk semua pengguna: Semak halaman Kempen dalam aplikasi semasa Tempoh Kempen (Semak 1 kali untuk mendapat ganjaran maksimum 1);
    2. Layak untuk semua pengguna: Selesaikan 2 pesanan semasa Tempoh Kempen, tanpa sekatan nilai pesanan atau jenis perkhidmatan;
    3. Layak untuk semua pengguna: Selesaikan 6 pesanan semasa Tempoh Kempen, tanpa sekatan nilai pesanan atau jenis perkhidmatan;
    4. Layak untuk pengguna yang belum pernah membuat pesanan Motosikal: Selesaikan pesanan Motosikal pertama pengguna semasa Tempoh Kempen;
    5. Layak untuk pengguna yang belum pernah membuat pesanan Kereta: Selesaikan pesanan Kereta pertama pengguna semasa Tempoh Kempen;
    6. Layak untuk pengguna yang belum pernah membuat pesanan Pikap 4x4, Van atau Lori: Selesaikan pesanan Pikap 4x4, Van atau Lori pertama pengguna semasa Tempoh Kempen;
    7. Layak untuk pengguna yang belum pernah membuat pesanan Jarak Jauh: Selesaikan pesanan Jarak Jauh pertama pengguna semasa Tempoh Kempen;
    8. Layak untuk semua pengguna: Tambah nilai ke dalam dompet Lalamove dengan RM200 (berdasarkan jumlah transaksi pengisian semula RM200)
    9. Layak untuk pengguna yang belum pernah menambah nilai dompet: Tambah nilai dompet Lalamove untuk kali pertama.
      *Pesanan pertama yang ditempatkan oleh pengguna dianggap menyelesaikan misi keempat, kelima, keenam dan ketujuh serta dianggap sebagai menyelesaikan misi kedua dan ketiga.
  3. Pengguna yang menyelesaikan misi yang ditetapkan akan memenangi hadiah yang telah ditetapkan dengan klik butang "Tebus Hadiah" di halaman Kempen "Cabaran 30 Hari Lalamove":
    1. Lengkapkan daftar masuk:
      1x Diskaun 10% untuk mana-mana kenderaan, terhad pada RM10, sah selama 14 hari
    2. Lengkapkan dua pesanan:
      1x Diskaun 10% untuk mana-mana kenderaan, terhad pada RM10, sah selama 14 hari
      1x Diskaun 25% untuk Pikap 4x4, Van atau Lori, terhad pada RM20, sah selama 14 hari
    3. Lengkapkan enam pesanan:
      1x Diskaun 10% untuk mana-mana kenderaan, terhad pada RM10, sah selama 14 hari
      2x Diskaun 25% untuk Pikap 4x4, Van atau Lori, terhad pada RM20, sah selama 14 hari
    4. Lengkapkan pesanan pertama motosikal:
      1x Diskaun 10% untuk mana-mana kenderaan, terhad pada RM10, sah selama 14 hari
      1x Diskaun 25% untuk Kereta, Pikap 4x4, Van atau Lori, terhad pada RM15, sah selama 14 hari
    5. Lengkapkan pesanan pertama Kereta:
      1x Diskaun 25% untuk Kereta, Pikap 4x4, Van atau Lori, terhad pada RM15, sah selama 14 hari
    6. Lengkapkan pesanan pertama Pikap 4x4, Van, Lori:
      1x Diskaun 30% untuk pesanan Pikap 4x4, Van atau Lori, terhad pada RM20, sah selama 14 hari
    7. Lengkapkan pesanan penghantaran Jarak Jauh pertama:
      1x Diskaun 30% untuk penghantaran Pikap 4x4, Van, Lori dan Jarak Jauh, terhad pada RM30, sah selama 14 hari
    8. Lengkapkan top up pertama ke dalam dompet Lalamove:
      1x Diskaun 10% untuk mana-mana kenderaan, terhad pada RM10, sah selama 14 hari
    9. Lengkapkan top up RM200 ke dalam dompet Lalamove:
      2x Diskaun 10% untuk mana-mana kenderaan, terhad pada RM10, sah selama 14 hari
      2x Diskaun 25% untuk penghantaran Pikap 4x4, Van dan Lori, terhad pada RM20, sah selama 14 hari
  4. Berikut adalah terma dan syarat yang terpakai pada Kupon LALAMOVE untuk semua hadiah:
    1. Sila baca terma dan syarat dengan teliti, dengan mengakses platform LALAMOVE, menggunakan mana-mana perkhidmatan yang disediakan oleh LALAMOVE, dan/atau menebus kod kupon, pelanggan mengesahkan dan bersetuju dengan Terma dan Syarat serta Polisi Privasi LALAMOVE dan Terma dan Syarat Kod Kupon;
    2. Kupon akan sah selama 14 hari dari tarikh penerbitan kupon, dan berakhir pada jam 23:59 pada hari ke-14 setelah menerima kupon. Kupon-kupon tersebut akan menjadi tidak sah selepas tarikh tamat tempoh dan tidak akan dikeluarkan semula atau dilanjutkan;
    3. Kupon tidak terpakai pada 14 Mei 2023 dan 16 September 2023 sehingga 18 September 2023;
    4. Tawaran hanya terpakai untuk akaun peribadi yang meletakkan pesanan melalui aplikasi mudah alih dan laman web LALAMOVE;
    5. Pengguna mesti memilih kupon ketika meletakkan pesanan penghantaran, untuk menikmati diskaun segera;
    6. Setiap kupon mempunyai jumlah deduksi maksimum, dan diskaun hanya terpakai pada tambang asas pesanan, tidak termasuk caj tambahan;
    7. Kupon mungkin mempunyai sekatan jenis kenderaan dan perkhidmatan kurier;
    8. Pengguna hanya boleh menggunakan satu kupon untuk setiap pesanan;
    9. Kupon tidak boleh dipertukarkan, dikembalikan atau dipindahkan;
    10. Penipuan dan penyalahgunaan akan menyebabkan kehilangan kelayakan pelanggan untuk menyertai promosi. LALAMOVE juga berhak membatalkan kupon yang dianugerahkan di bawah promosi ini dari dompet pengguna tanpa notis terlebih dahulu;
    11. Dalam kes pertikaian, LALAMOVE berhak membuat keputusan akhir;
    12. Terma dan Syarat ini tertakluk kepada keperluan pengawalseliaan yang sedia ada.