Soalan-Soalan Lazim
- Perniagaan
- Am Am Am Akaun korporat Akaun korporat Akaun korporat Akaun korporat Akaun korporat Akaun korporat Membuat pesanan penghantaran Membuat pesanan penghantaran Membuat pesanan penghantaran Membuat pesanan penghantaran Bayaran Bayaran Bayaran
- Rakan penghantar
- Akaun rakan penghantar Akaun rakan penghantar Akaun rakan penghantar Akaun rakan penghantar Akaun rakan penghantar Akaun rakan penghantar Akaun rakan penghantar Akaun rakan penghantar Pesanan Pesanan Pesanan Pesanan Pesanan Dompet Lalamove Pesanan Pesanan Pesanan Dompet Lalamove Dompet Lalamove Insentif Insentif Insentif Insentif Rating Rating Rating
- Peribadi
- Am Am Am Membuat pesanan Membuat pesanan Membuat pesanan Membuat pesanan Membuat pesanan Membuat pesanan Membuat pesanan Membuat pesanan Bayaran Bayaran
Ya! Kami menyokong perniagaan pelbagai saiz dari pelbagai industri dengan penghantaran yang pantas dan mudah. Kami boleh menskalakan penghantaran mengikut keperluan anda pada musim biasa dan musim puncak. Dengan kelebihan ini, anda mampu berjimat pada musim biasa dan meningkatkan jumlah penghantaran dengan mudah semasa musim puncak
Hubungi kami hari ini. Bahagian Jualan kami sedia membantu anda!
Tiada kriteria tertentu. Asalkan anda mempunyai perniagaan dan sedang mencari penyelesaian penghantaran, sudah cukup bagus untuk mendaftar dengan kami!
Menjimatkan kos operasi:
Elakkan membayar kos yang tinggi untuk menguruskan flit sendiri. Dengan Lalamove, anda tidak akan terikat dengan komitmen penyelenggeraan kenderaan, perbelanjaan minyak, insurans dan gaji pekerja. Hanya gunakan perkhidmatan penghantaran kami bila anda perlukannya dan nikmati lebih penjimatan dengan kaedah ini.
Lebih penjimatan dengan pelbagai perhentian
Hantar ke 20 alamat berbeza dalam satu perjalanan. Ciri penghantaran pelbagai perhentian kami akan membantu anda menjimatkan kos dan masa.
Mudahkan kerja anda dengan API (Application Programming Interface)
Dengan API, kami akan menggabungkan sistem kami dengan sistem anda supaya urusan-urusan penghantaran boleh dilakukan secara automatik.
Kami akan memberikan anda kelebihan-kelebihan akaun korporat dan ganjaran jika anda menjadi klien korporat kami!
Klien korporat juga layak untuk menerima perkhidmatan pengurusan akaun, sokongan dari bahagian jualan, dan keutamaan untuk menghubungi perkhidmatan pelanggan.
Daftar dengan kami di sini untuk menjadi klien korporat kami.
Lebih dari 10 staf anda boleh menggunakan akaun korporat Lalamove yang sama. Ini bermakna semua staf anda boleh melihat rekod transaksi dalam akaun tersebut.
Boleh saja! Penyelesaian API kami boleh menggabungkan perisian kami dengan sistem anda untuk mengautomasikan penghantaran.
Ya, boleh! Klien-klien kami datang dari pelbagai industri, seperti makanan dan minuman, e-dagang, dan perabot. Kami juga boleh membantu perniagaan yang memerlukan lori sejuk beku. Pendek kata, kami boleh menghantar apa jua jenis barang untuk perniagaan anda.
Anda akan menerima e-resit dalam emel yang anda gunakan semasa mendaftar untuk aplikasi kami. Selain itu, kami akan memberikan penyata bulanan pada setiap penghujung bulan.
Ya! Ciri e-tandatangan kami merupakan bukti penerimaan. Anda akan diberitahu status penerimaan barang tersebut.
Dengan ciri penjejakan secara langsung kami, anda boleh menjejaki status penghantaran anda yang sedang berjalan. Anda boleh mengetahui lokasi rakan penghantar anda dalam masa nyata dan anda akan menerima pemberitahuan segera apabila penghantaran telah dilengkapkan.
Anda juga boleh memberi maklumat penjejakan ke pelanggan anda supaya mereka dapat mengagak waktu ketibaan penghantaran mereka.
Kami minta maaf jika anda menghadapi masalah dengan penghantaran anda. Sila kongsikan bukti kerosakan kepada perkhidmatan pelanggan kami. Jika kes anda memenuhi kriteria ganti rugi kami, kami akan membayar ganti rugi sebanyak RM400 ke dompet Lalamove anda.
Kami tidak boleh menghantar haiwan peliharaan, bahan-bahan kimia, bahan-bahan mudah terbakar, atau apa-apa saja barang yang boleh membahayakan rakan penghantar kami. Sila hubungi kami jika anda ingin mengetahui sama ada kami akan menghantar barang anda atau tidak.
Selain itu, kami boleh menghantar apa-apa saja yang anda perlukan!
Setiap pesanan dikira berdasarkan keperluan anda untuk pesanan tersebut, seperti jenis kenderaan, perkhidmatan tambahan, dan jarak dari lokasi pengambilan ke lokasi penghantaran.
Kami menerima tunai dan kredit. Tetapi, jika anda mendaftar untuk akaun korporat Lalamove, kami akan memberikan penyata bulanan di setiap penghujung bulan yang memaparkan semua bayaran kredit anda.
Kami tidak menyediakan perkhidmatan COD.
Pergi ke “Tetapan” dan log keluar. Klik “Lupa kata laluan?” di halaman log masuk aplikasi. Selepas anda mengesahkan nombor telefon anda, anda akan menerima pin 4 angka melalui SMS. Gunakan nombor pin ini untuk mengemas kini kata laluan anda.
Untuk mendaftar, klik borang di atas halaman ini atau klik di sini. Isikan maklumat anda dan anda akan diwajibkan untuk mengikuti Latihan Maya kami. Untuk mengaktifkan akaun anda, anda perlu lulus Latihan Maya kami. Markah minimum untuk latihan tersebut ialah 28 dan anda mempunyai 3 kali percubaan. Jika anda gagal dalam ketiga-tiga percubaan, anda perlu menghubungi Admin Operasi Pemandu di 011-25387688 atau 017-2617688 untuk membantu dengan permohonan anda.
Anda perlu mempunyai lesen memandu yang penuh atau sekurang-kurangnya lesen “P” untuk menghantar dengan motosikal, kereta atau 4 x 4. Jika anda ingin menghantar dengan van dan lori, anda juga perlu mempunyai lesen GDL. Kami tidak menerima pemandu dengan lesen memandu “L” atau lesen yang sudah tamat tarikh luput.
Sila isikan borang ini dan kepilkan gambar kenderaan anda dari depan atau belakang. Kami akan mengambil masa dua hari untuk mengemaskinikan maklumat ini dalam profil anda.
Pergi ke “Dompet” dalam aplikasi, dan klik “Maklumat bank”. Anda boleh mengemaskinikan maklumat bank di situ.
Anda boleh menghubungi Bahagian Operasi Pemandu melalui panggilan telefon atau WhatsApp di 017-8009518. Anda juga boleh mengunjungi kami di Lalamove Driver Centre @ The Earth, Bukit Jalil untuk urusan ini.
Jika anda belum memilih jadual latihan, klik “Jadual Sekarang” dalam aplikasi Lalamove Driver dan pilih di antara latihan di Bukit Jalil atau latihan maya. Jika anda ingin menghadiri latihan di Bukit Jalil, sila pilih tarikh dan masa yang bersesuaian dengan anda.
Walaupun begitu, kami tidak dapat menjalankan latihan di Bukit Jalil buat masa ini kerana PKP.
Jika anda memilih latihan maya, anda akan menerima SMS dengan pautan untuk membuka latihan maya. Anda perlu lulus latihan maya kami untuk tujuan pengesahan akaun. Markah minimum untuk lulus latihan tersebut ialah 28, dan anda mempunyai 3 percubaan dalam latihan tersebut. Jika anda gagal dalam ketiga-tiga percubaan, anda perlu menghubungi admin Bahagian Operasi kami di 011-25387688 atau 017-2617688 untuk bantuan dengan permohonan anda.
Jika anda ingin berhenti dari berkhidmat dengan kami, sila isikan borang ini dan klik “Submit”.
Harga dikira berdasarkan jarak dari lokasi pengambilan ke penghantaran dan juga jenis kenderaan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh lihat “Standard Bayaran” dalam aplikasi.
Anda tidak dibenarkan untuk mengambil lebih dari 1 penghantaran on-demand sekaligus, tetapi anda boleh mengambil beberapa pesanan berjadual dalam masa yang sama. Sila pastikan yang pesanan-pesanan berjadual tersebut tidak bertembung sesama sendiri.
Setelah anda menerima pesanan, anda boleh melihat alamat dan nombor telefon pelanggan untuk pesanan tersebut.
Apabila anda meleret butang “Slaid untuk mengambil pesanan”, pesanan tersebut akan diberikan kepada anda. Anda boleh melihat nombor telefon pelanggan dengan menekan ikon telefon. Jika anda klik ikon tersebut, telefon anda akan menghubungi pelanggan tersebut secara automatik. Anda juga boleh menghubungi pelanggan melalui teks dalam aplikasi.
Anda hanya boleh membatalkan pesanan dengan alasan yang munasabah. Jika alasan anda tidak dikira munasabah, kami akan menggantung akaun anda selama 2 hari. Jika anda ingin membatalkan pesanan, anda perlu menghubungi perkhidmatan pelanggan dengan ciri “Berbual secara langsung”.
Klik “Dompet” dan “Maklumat kad bank”. Isikan nombor akaun bank, nama bank dan nama penuh, dan klik “Simpan”. Anda akan diminta untuk isikan kata laluan akaun Lalamove, bukan kata laluan akaun bank anda. Klik “Sahkan”.
Selepas anda menyimpan maklumat bank anda, klik “Dompet” dan “Keluarkan wang”. Masukkan jumlah wang yang anda perlukan dan sahkan transaksi. Wang tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda.
Anda perlu menghubungi perkhidmatan pelanggan dengan ciri “Berbual secara langsung”.
Cuba padamkan aplikasi dahulu dan memasukkan semula aplikasi dalam telefon. Kemudian, log masuk ke dalam aplikasi seperti biasa. Jika masalah ini masih berlanjutan, sila hubungi Bahagian Operasi Pemandu kami.
Pergi ke “Rekod” dan lihat rekod anda melalui status “Dalam proses”, “Selesai”, dan “Telah dibatalkan”.
Klik “Dompet” dan “Tambah nilai”. Pilih nilai yang anda perlukan dan klik “Tambah Nilai Sekarang”. Seterusnya, klik “Pembayaran atas talian”. Isikan maklumat bank, alamat emel dan nombor telefon untuk menambah nilai.
Jika anda klik “Keluarkan wang” untuk permohonan keluarkan wang dari hari Isnin sehingga Rabu, wang tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun anda pada malam hari Khamis/pagi hari Jumaat. Jika permohonan dilakukan dari hari Khamis sehingga Ahad, anda akan terima wang tersebut dalam akaun anda pada malam hari Isnin/pagi hari Selasa. Secara purata, kami memerlukan masa 3 hari untuk memproseskan permohonan pengeluaran wang.
Ya, tetapi program insentif kami hanya disediakan untuk kereta dan motosikal saja. Anda boleh rujuk di sini untuk maklumat lanjut mengenai program insentif kami.
Ya, ada! Kami mempunyai program sticker untuk semua jenis kenderaan, kecuali motosikal. Kami akan membayar RM100 kepada anda sebulan jika anda melekatkan sticker Lalamove atas kenderaan anda. Ini adalah pendapatan pasif kerana anda tidak perlu melengkapkan sebarang pesanan penghantaran.
Jika anda berminat dengan program sticker kami, sila isi borang ini. Kami akan menghubungi anda untuk membuat temu janji pemasangan sticker.
Sticker kami selamat digunakan untuk semua jenis badan kenderaan. Kemungkinan cat kenderaan untuk rosak disebabkan sticker kami adalah sangat tipis. Jika anda ingin menanggalkan sticker tersebut, anda boleh melawat pejabat kami supaya kami dapat melakukannya untuk anda.
Anda perlu melawat kami di Lalamove Driver Centre, Bukit Jalil untuk membeli Lalabag dan Lalajacket. Kami hanya menerima pembayaran melalui pemindahan atas talian.
Klik “Profil” dan “Rating” untuk melihat rating purata anda. Perbaiki rating dengan memohon jasa baik dari pelanggan anda untuk memberikan anda rating 5 bintang jika dia berpuas hati dengan perkhidmatan anda.
Mudah saja. Berikan perkhidmatan yang cemerlang untuk semua pelanggan anda. Dalam masa yang singkat, anda akan mempunyai ramai “Peminat” yang telah memilih anda sebagai penghantar kegemaran mereka!
Selepas pesanan telah dilengkapkan, klik “Rekod”. Anda boleh menilai pelanggan anda berdasarkan maklumat penghantaran mereka.
Lalamove ialah aplikasi penghantaran on-demand 24/7 yang menyediakan penghantaran yang dipercayai dan efisien dengan harga berpatutan. Dengan aplikasi mobil dan web kami, kami menghubungkan pelanggan dan rakan penghantar Lalamove untuk menyediakan penghantaran yang lebih pantas dan mudah!
Kami boleh menghantar ke mana-mana saja di Lembah Klang. Jika anda ingin menghantar lebih jauh, anda boleh gunakan 4 x 4, van dan lori kami untuk menghantar dari Lembah Klang ke mana-mana saja di Semenanjung Malaysia. Nantikan berita terkini dari kami mengenai kawasan-kawasan liputan terbaru yang akan datang.
Kami beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Buka saja aplikasi kami pada bila-bila masa untuk memesan penghantaran on-demand atau berjadual.
Ya, anda boleh menjejaki pesanan anda dalam masa nyata. Anda juga boleh berkongsi maklumat penjejakan dengan penerima anda. Dengan Lalamove, anda dan penerima anda tidak akan teragak-agak untuk menjangkakan waktu ketibaan penghantaran.
Jika anda telah memberikan alamat emel anda semasa mendaftar untuk aplikasi kami, anda akan menerima e-resit secara automatik dalam emel anda selepas pesanan anda dilengkapkan.
Anda tidak perlukan e-resit? Nyahaktifkan ciri tersebut dalam “Tetapan”.
Ya, boleh! Anda hanya perlu menggunakan perkhidmatan 4 x 4 pikap, van dan lori kami.
Kami tidak boleh menghantar haiwan peliharaan, bahan-bahan kimia, bahan-bahan mudah terbakar, atau apa-apa saja barang yang boleh membahayakan rakan penghantar kami. Sila hubungi kami jika anda ingin mengetahui sama ada kami akan menghantar barang anda atau tidak.
Selain itu, kami boleh menghantar apa-apa saja yang anda perlukan!
Anda boleh membuat pesanan penghantaran dengan kami seawal 30 hari dari tarikh penghantaran.
Kami minta maaf jika anda menghadapi masalah dengan penghantaran anda. Sila kongsikan bukti kerosakan kepada perkhidmatan pelanggan kami. Jika kes anda memenuhi kriteria ganti rugi kami, kami akan membayar ganti rugi sebanyak RM100 ke dompet Lalamove anda.
Ya, kami boleh membantu anda dengan perkhidmatan Buy4U. Perkhidmatan ini ditawarkan dengan perkhidmatan motosikal dan kereta. Untuk maklumat lanjut, sila baca panduan perkhidmatan Buy4U kami.
Jika pembatalan dilakukan semasa rakan penghantar sedang berada dalam perjalanan ke lokasi pengambilan atau rakan penghantar sudah tiba di lokasi pengambilan, bayaran asas untuk penghantaran masih akan dikenakan.
Setiap pesanan dikira berdasarkan keperluan anda untuk pesanan tersebut, seperti jenis kenderaan, perkhidmatan tambahan, dan jarak dari lokasi pengambilan ke lokasi penghantaran.
Sila klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai kadar kami.
Anda boleh membayar dalam bentuk tunai selepas penghantaran dilengkapkan, atau anda boleh menggunakan kredit dalam dompet Lalamove untuk transaksi yang lebih mudah!