Jemput Rakan Anda Untuk Menjadi Rakan Penghantar Lalamove
Anda ada rakan yang memandu 4x4 Pikap/Van/Lori?
Rujuk rakan anda untuk menyertai Lalamove dari 1 Jun 2023 hingga 30 Jun 2023. Anda boleh menjana sehingga RM1,000 dengan merujuk dua rakan yang memandu lori dan seorang rakan yang memandu van.
Tetapi, bukan itu saja..
Rakan-rakan anda juga boleh dapat ganjaran!
Untuk menerima ganjaran anda, rakan anda harus disahkan sebagai rakan penghantar Lalamove dan mencapai objektif berikut:
Bagaimana Caranya Merujuk Rakan?



Bagaimana Caranya Untuk Mendaftar Sebagai Rakan Rujukan?






Am
1. Tempoh rujukan akan berlangsung dari 1 Jun 2023 hingga 30 Jun 2023.
2. Lalamove berhak untuk menukar hadiah/ganjaran dengan nilai yang sama tanpa notis awal.
3. Keputusan Lalamove berkenaan mana-mana bahagian program rujukan adalah muktamad.
4. Langkah-langkah pengesahan harus dipatuhi.
5. Jika seseorang rakan rujukan dirujuk oleh dua perujuk, pautan pertama yang diklik oleh rakan rujukan akan dipilih untuk menyertai program.
6. Program rujukan ini terbuka kepada semua rakan-rakan penghantar Lalamove yang sah untuk merujuk rakan mereka yang memiliki 4x4 Pikap, Van 7-kaki, Van Besar 9-kaki, Lori Kecil 10-kaki, Lori Sederhana 14-kaki, Lori Besar 17-kaki dan Lori Besar 20-kaki.
Perujuk
1. Akaun perujuk harus bebas dari sebarang salah laku untuk layak berkongsi pautan.
2. Ganjaran akan ditunjukkan dalam dompet perujuk selepas rakan rujukan memenuhi kriteria.
3. Perujuk dibenarkan untuk merujuk rakan-rakan dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor dan Melaka. Jika anda menetap di Lembah Klang dan rakan anda menetap di Pulau Pinang/Johor/Melaka, anda masih layak untuk merujuk mereka untuk menyertai Lalamove.
Rakan Rujukan
1. Semua rakan rujukan wajib memenuhi semua kriteria untuk kelayakan ganjaran.
2. Setiap rakan rujukan hanya dibenarkan untuk menyertai program ini sekali saja. Jika rakan rujukan menerima cabaran dari program ini, dia tidak layak untuk menerima cabaran-cabaran lain dari program ini dalam apa jua keadaan (contoh: penukaran jenis kenderaan, tamat tempoh cabaran)
3. Setiap rujukan akan melalui pemeriksaan penipuan. Jika rujukan tersebut adalah tidak sah, rujukan tersebut akan hilang kelayakan dan ganjaran tidak akan diberi.
4. Selepas cabaran dilengkapkan, ganjaran akan ditunjukkan dalam dompet Lalamove rakan rujukan.
5. Ganjaran tidak akan diberikan jika rakan rujukan melengkapkan cabaran tanpa kenderaan yang tidak memenuhi kriteria cabaran.
6. Rakan rujukan harus mempunyai rating minimum sebanyak 4.0. Akaun rakan rujukan harus bebas dari sebarang salah laku.
7. Rakan rujukan tidak dibenarkan untuk membatalkan pesanan tanpa alasan yang sah semasa tempoh rujukan.
8. Rakan rujukan harus memenuhi pesanan di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor dan Melaka.
9. Jika rakan rujukan melengkapkan cabaran dan menerima ganjaran selepas lulus pemeriksaan penipuan, rakan rujukan boleh menjadi perujuk dan merujuk rakan mereka.