Lebih dari sekadar penghantaran dengan motosikal dan kereta, Lalamove menyediakan perkhidmatan lori sewa untuk berpindah rumah dan penghantaran perniagaan.
Kami juga menyediakan perkhidmatan penghantaran dengan lori sejuk beku, van dan trak 4 x 4 pada harga mampu milik.
- Aplikasi Lalamove yang mudah digunakan. Pilih kenderaan, masukkan lokasi dan dapatkan harga dengan segera
- Kadar lori sewa, van dan trak 4 x 4 yang berpatutan. Dapatkan penjimatan untuk urusan berpindah atau penghantaran perniagaan dengan harga yang bermula dari RM60 untuk 10km pertama dengan lori sewa kami.
- Perkhidmatan tambahan. Tambah pembantu mengangkat melalui aplikasi kami. Atau tempah lori sejuk beku kami untuk menghantar ubat-ubatan atau makanan segar.
- Liputan penghantaran yang luas. Gunakan Lalamove untuk penghantaran di Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang. Hantar ke negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia dari tiga lokasi ini.
Peringatan: Lori Besar 17-kaki hanya ditawarkan di Lembah Klang sahaja buat masa ini
Peringatan: Van Besar 9-kaki hanya ditawarkan di Lembah Klang sahaja buat masa ini
Perlukan anggaran harga untuk penghantaran dengan lori sewa kami di sekitar Lembah Klang? Klik pautan-pautan di bawah ini untuk melihat harga kasar untuk penghantaran dengan Lori Besar 17-kaki, Lori Sederhana 14-kaki, Lori Kecil 10-kaki, Van Besar 9-kaki, Van 7-kaki, dan Pikap 4 x 4.
Liputan penghantaran kami tidak terhad kepada kawasan-kawasan di atas. Perkhidmatan penghantaran kami meliputi seluruh Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang. Kami juga boleh menghantar dari Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang ke seluruh Semenanjung Malaysia.
Muat turun aplikasi Lalamove sekarang untuk mendapatkan harga penghantaran dengan lori sewa kami ke lokasi-lokasi lain.
Tambahkan lokasi-lokasi pengambilan/penghantaran di antara lokasi pengambilan pertama dan destinasi terakhir. Tekan butang '+' di dalam aplikasi Lalamove untuk tambahkan perhentian
Pilih lori sejuk beku untuk penghantaran barang-barang yang sensitif terhadap perubahan suhu seperti bahan makanan mentah, makanan beku, ubat-ubatan dan lain-lain.
Peringatan: Lori sejuk beku hanya ditawarkan di Lembah Klang sahaja buat masa ini
Pemandu akan memindahkan barang dari kenderaan ke premis dan sebaliknya. Bayaran Pintu-Ke-Pintu bergantung kepada Kereta, Van, 4 x 4 dan Lori. Kos tambahan akan dikira untuk penambahan pembantu.
Pemandu dan 2 pembantu yang lengkap dengan peralatan akan memberikan perkhidmatan membuka dan memasang perabot. Pemandu dan pembantu akan mengangkat perabot dan barang-barang ke premis.
Peringatan: Perkhidmatan Membuka dan Memasang hanya ditawarkan di Lembah Klang sahaja buat masa ini
© Lalamove 2021. All rights Reserved