Terma & Syarat

  1. Tafsiran
    1. Dalam Terma dan Syarat ini melainkan konteks memerlukan sebaliknya ungkapan berikut akan mempunyai makna-makna seperti berikut:
      1. “Pemandu” atau “Pemandu-Pemandu” bermakna pemandu pihak ketiga bebas atau rider yang telah menerima tempahan daripada anda dan membekalkan perkhidmatan pengangkutan, logistik dan/atau penghantaran melalui Platform;
      2. “Lalamove” bermakna Lalamove Malaysia Sdn Bhd, sebuah syarikat yang diberpadankan di Malaysia dengan pejabat berdaftar di No 32, Jalan 16/1, Seksyen 16, 46350 Petaling Jaya, Selangor;
      3. “Platform” bermakna platform teknologi dalam apa-apa bentuk yang Lalamove boleh dari semasa ke semasa menentukan di mana seorang pengguna boleh mengurus dan/atau menjadual perkhidmatan pengangkutan, logistik dan/atau penghantaran barang-barang;
      4. “Perkhidmatan” bermakna perkhidmatan seperti yang dinyatakan dalam perenggan 4(1);
      5. “Terma dan Syarat” bermakna Terma dan Syarat ini seperti yang boleh dipinda dari semasa ke semasa menurut kepada perenggan 2.2.
    2. Melainkan konteks memerlukan sebaliknya, rujukan kepada mana-mana perenggan adalah kepada perenggan dalam Terma dan Syarat ini.

  2. Terma & Syarat
    1. Penggunaan laman web, laman web mobil (secara kolektif dirujuk sebagai “Laman Web”), Platform dan Perkhidmatan anda adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat ini dan anda dengan ini bersetuju bahawa penggunaan Laman Web, Platform dan Perkhidmatan akan membentuk persetujuan anda untuk diikat oleh Terma dan Syarat ini.
    2. Lalamove boleh atas budi bicaranya meminda Terma dan Syarat ini dari semasa ke semasa seperti yang difikirkan perlu, dan pindaan Terma dan Syarat sedemikian berkuatkuasa dan mengikat anda semasa Lalamove menyiarkan pindaan tersebut pada Laman Web dan Platform.
    3. Akses dan/atau penggunaan berterusan Laman Web, Platform dan Perkhidmatan oleh anda akan difahamkan dan secara automatik dianggap sebagai pengiktirafan dan persetujuan untuk diikat kepada pindaan atau Terma dan Syarat tambahan sedemikian.
    4. Penggunaan Laman Web, Platform dan Perkhidmatan oleh anda dalam Malaysia adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat. Penggunaan Laman Web, Platform dan Perkhidmatan anda di tempat lain adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat semasa di tempat tersebut.

  3. Lesen Perisian
    1. Lalamove memberikan anda satu lesen yang boleh dibatalkan, terhad, tidak eksklusif, tidak boleh diserahkan dan tidak boleh dilesenkan untuk memasang dan menggunakan sesalinan Platform pada peranti mudah alih untuk kegunaan anda dan tertakluk kepada Terma dan Syarat ini.
    2. Dalam penggunaan Platform oleh anda, anda tidak boleh:
      1. sewa, pajak, melesenkan, mengedar atau memindah salinan Platform atau lesen untuk penggunaan Platform kepada mana-mana pihak ketiga atau mengeksploit Platform secara komersial selain daripada untuk mengurus dan/atau menjadual perkhidmatan pengangkutan, logistik dan/atau penghantaran;
      2. ubahsuai, menyesuaikan, menjurutera terbalikkan, menyahhimpun, membongkar, menterjemah Platform atau membuat kerja-kerja derivatif berdasarkan Platform;
      3. dalam apa-apa cara: (a) mengganggu prestasi/operasi biasa Platform, atau menggunakan sebarang cara untuk mengeksport atau mengubahsuai kod sumber Platform; (b) menyebabkan atau memudahkan akses tanpa kebenaran atau menafikan akses yang dibenarkan kepada sebarang perisian, perkakasan, rangkaian, perkhidmatan, sistem atau data;
      4. memuatnaik atau mengedar sebarang virus komputer, aturcara cecacing, perisian trojan, atau kod berniat jahat;
      5. menyiar, mengedar atau menghasilkan semula dalam sebarang cara bahan hak cipta, cap dagangan, atau maklumat hak milik lain tanpa mendapatkan kebenaran pemilik bahan hak cipta atau maklumat tersebut terlebih dahulu;
      6. menyiar, mengedar atau menghasilkan semula sebarang maklumat atau bahan pada Platform yang menyinggung perasaan, memfitnah, libel, menjengkelkan, cabul, mengancam ataupun menyalahi undang-undang.
      7. terlibat dalam aktiviti spamming dan phishing;
      8. menggunakan Platform dalam sebarang cara untuk menjejak, menangkai, mengganggu atau menyakitkan mana-mana orang; atau
      9. terlibat dalam sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang atau haram yang bertentangan dengan mana-mana undang-undang dan peraturan-peraturan yang terpakai.
    3. Anda tidak boleh memasang dan/atau menjalankan Platform tersebut pada mana-mana peranti lain selain daripada peranti mudah alih yang menjalankan sistem operasi yang disahkan oleh Lalamove.
    4. Selain daripada lesen untuk menggunakan Platform yang diberi dalam perenggan 3(1), tiada lesen atau hak diberikan kepada anda.

  4. Perkhidmatan
    1. Perkhidmatan yang Lalamove membekalkan adalah penyediaan Platform yang membentuk satu platform teknologi yang membolehkan anda untuk mengatur dan/atau menjadual perkhidmatan pengangkutan, logistik dan/atau penghantaran barang-barang, di mana Platform akan memudahkan dan menyambungkan anda dengan seorang Pemandu yang akan memberikan anda perkhidmatan pengangkutan, logistik dan/atau penghantaran sedemikian.
    2. Jenis-jenis perkhidmatan pengangkutan, logistik dan/atau penghantaran yang seorang Pemandu boleh memberi kepada anda boleh didapatkan pada Laman Web dan Platform.
    3. Anda bersetuju dan mengakui bahawa Lalamove bukan ejen anda atau ejen Pemandu-Pemandu dan bahawa: (a) Lalamove dan Pemandu-Pemandu tidak berhak untuk mengikat satu sama lain, dan (b) Lalamove bukan pihak kepada kontrak untuk pengupahan Pemandu-Pemandu.

  5. Akaun Pengguna
    1. Anda perlu melindungi sebarang nama daftar masuk dan kata laluan yang Lalamove akan beri kepada anda berhubung dengan Platform dan Perkhidmatan dan anda merepresentasi dan menjamin bahawa anda tidak akan: (i) mendedahkan butir-butir dan maklumat anda kepada pihak ketiga; atau (ii) membenarkan mana-mana pihak ketiga untuk menggunakan akaun anda dengan Lalamove atau menyamar anda dalam penggunaan akaun anda.
    2. Lalamove akan menganggap bahawa sesiapa yang menggunakan peranti mudah alih anda, nama daftar masuk dan kata laluan anda adalah anda atau sesiapa yang dibenarkan oleh anda.
    3. Lalamove mempunyai hak untuk mengehadkan, menggantungkan atau menamatkan akaun anda dan penggunaan Laman Web, Platform dan Perkhidmatan anda jika anda memungkiri mana-mana Terma dan Syarat di sini.

  6. Pembayaran untuk Perkhidmatan
    1. Kadar bagi perkhidmatan pengangkutan, logistik dan/atau penghantaran di Platform bersama dengan sebarang caj tambahan dan/atau fi adalah dinyatakan di portal harga rasmi kami: https://www.lalamove.com/malaysia/kualalumpur/en/pricing.
    2. Jumlah pembayaran yang disebut adalah dalam mata wang Malaysia dan merangkumi Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) Malaysia, di mana berkenaan.
    3. Lalamove mempunyai hak mutlak untuk meminda kadar, caj dan/atau fi tanpa memberi notis terdahulu kepada anda dan kadar, caj dan/atau fi yang dipinda akan mengikat anda selepas pemindaan sedemikian.
    4. Lalamove mempunyai hak untuk mengenakan fi pembatalan, seperti berikut:
      1. Bagi perkhidmatan “Dijadualkan (>30 min)”, tambang asas akan dikenakan jika anda membatal selepas pemandu sampai di lokasi pengambilan.
      2. Bagi perkhidmatan “Hantar Sekarang”, tambang asas akan dikenakan jika anda membatal 5 minit selepas dipadankan dengan pemandu dan/atau selepas Pemandu sampai di lokasi pengambilan.
      3. Bagi Pemandu yang sedang menuju ke lokasi pengambilan: Pemandu akan menelefon anda untuk mengesahkan pesanan tersebut sebelum bertolak. Jika penghantaran disahkan dengan Pemandu dan pembatalan berlaku selepas masa yang dijadualkan, 50% fi pesanan akan dikenakan atas pelanggan. Lalamove akan membantu dalam berkomunikasi tentang caj kepada pelanggan bagi pihak pemandu.
      4. Setelah sejenis kenderaan dan tempat permulaan/akhir dimasukkan dalam Platform, ia akan memberi anda harga penghantaran. Dengan mengesahkan permintaan penghantaran, anda bersetuju untuk membayar harga penghantaran yang disebut dan caj tambahan yang akan dikenakan berdasarkan portal harga seperti yang disebutkan dalam perenggan 6.1.
      5. Anda perlu membayar Pemandu-Pemandu semua jumlah dalam tunai dengan segera apabila tiba masanya seperti yang ditunjukkan dalam App. Jika mana-mana pihak tidak bersetuju dengan caj, khidmat pelanggan Lalamove mesti dihubungi sebelum pembayaran kepada pemandu.
      6. Pembayaran bagi Perkhidmatan tersebut boleh dibuat dalam cara-cara berikut:
        1. secara tunai, yang perlu dibayar kepada Pemandu dengan segera atas penyelesaian pesanan; dan
        2. secara menolak kredit daripada e-wallet Lalamove dengan segera atas penyelesaian pesanan;
    5. Lalamove akan memproses permohonan/permintaan untuk tambah nilai selepas pembayaran Pengguna diluluskan oleh bank yang dilantik oleh Lalamove dan atas kelulusan oleh Lalamove.
    6. Lalamove berhak untuk membayar balik kepada anda jumlah bersamaan jumlah yang dibayar oleh anda jika Lalamove atas sebarang alasan tidak dapat memproses permohonan/permintaan anda untuk Perkhidmatan.
    7. Kredit yang dijual adalah tidak boleh ditukar ganti, tidak boleh dikembalikan ataupun dibayar balik.
    8. Dokumen salinan resit tidak akan diberikan kepada anda. Satu resit elektronik akan diberi secara automatik selepas penyelesaian pesanan, dihantar kepada alamat emel yang diberi oleh anda tertakluk kepada pengaktifan toggel “E-Resit” anda di Platform.
    9. Jika anda telah memasukkan kredit penghantaran dalam e-dompet Lalamove, anda tidak dibenarkan untuk mengeluarkan kredit tersebut di bawah apa-apa keadaan.

  7. Penafian
    1. Platform ini disampaikan kepada anda atas asas “sedia ada” dan walaupun Lalamove telah menggunakan usaha terbaik untuk memastikan bahawa Platform akan berfungsi dengan betul pada peranti anda, Lalamove tidak menjamin prestasi Platform ataupun kesesuaian Platform pada peranti mudah alih anda.
    2. Platform juga disampaikan kepada anda atas asas “seperti yang ada” dan Lalamove tidak menjamin ketersediaan Perkhidmatan, ketersediaan Pemandu-Pemandu melalui penggunaan Perkhidmatan, ketepatan data atau maklumat yang diberikan sebagai sebahagian daripada Perkhidmatan.
    3. Lalamove tidak membuat sebarang representasi atau waranti berkenaan dengan kualiti atau ketepatan masa atas perkhidmatan pengangkutan, logistik dan/atau penghantaran yang diberikan oleh Pemandu-Pemandu. Anda bersetuju bahawa anda akan menanggung risiko yang timbul daripada penggunaan Perkhidmatan dan sebarang perkhidmatan yang diberi oleh Pemandu-Pemandu dan anda tidak boleh menuntut terhadap Lalamove.
    4. Lalamove tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian, gantirugi, kos melibatkan kerosakan termasuk tetapi tidak terhad kepada tidak langsung atau kebetulan, tidak sengaja, khas, teladan, punitif atau berikutan, termasuk kerugian keuntungan, kecederaan atau kerosakan harta benda berkaitan dengan, berhubung dengan, atau disebabkan oleh penggunaan Platform.
    5. Anda mengiktiraf dan bersetuju bahawa Lalamove tiada tanggungjawab atau liabiliti terhadap anda atau mana-mana pihak ketiga berkaitan dengan sebarang barang-barang yang bertujuan untuk diangkut dan/atau dihantar oleh seorang Pemandu.
    6. Pembatasan dan pengecualian di atas tergunapakai setakat mana dibenarkan oleh undang-undang.

  8. Kewajipan Pengguna
    1. Anda menjamin bahawa anda adalah pemilik atau wakil yang diberi kuasa oleh pemilik barang-barang, dan anda diberi kuasa untuk menerima dan sedang menerima Terma dan Syarat ini untuk anda sendiri atau sebagai wakil untuk dan bagi pihak pemilik barang-barang.
    2. Anda merepresentasi dan menjamin bahawa anda akan mematuhi semua undang-undang dan peraturan-peraturan yang terpakai berhubung dengan sifat, keadaan, pembungkusan, pengendalian, penyimpanan dan pengangkutan barang-barang dan bahawa barang-barang adalah tidak dalam apa jua cara atau keadaan yang dilarang oleh undang-undang, bahaya atau merbahaya atau sangat mudah rosak.
    3. Anda menjamin bahawa barang-barang yang perlu dihantar oleh Pemandu tidak mengandungi atau membentuk:
      1. Haiwan yang diburu; bahagian haiwan seperti gading, sirip jerung atau barang-barang lain yang dibuat atau diproses daripada bahagian haiwan, termasuk barang-barang lain yang bukan untuk penggunaan manusia dan barang-barang dilarang menurut kepada perjanjian antarabangsa dan/atau undang-undang antarabangsa yang terpakai;
      2. Organ, abu, tulang manusia;
      3. Senjata api, peluru, bahan letupan, semua jenis peralatan pencucuhan seperti serbuk letupan, etc.;
      4. Barang-barang haram termasuk tetapi tidak terhad kepada produk palsu atau cetak rompak, dadah atau bahan ketagihan haram, harta benda haram atau sebarang bahan yang melanggar undang-undang, perturan-peraturan atau kaedah-kaedah terpakai yang ditetapkan oleh pihak berkuasa persekutuan, negeri atau tempatan, termasuk bahan-bahan yang pengguna mempunyai hak milik yang sah tetapi tidak dibenarkan untuk menggerakkan atau menghantar secara sebahagian atau keseluruhannya kepada tempat lain;
      5. Objek tajam atau berbahaya termasuk tetapi tidak terhad kepada pisau, pedang, lembing, keris;
      6. Semua jenis bahan mudah terbakar seperti LPG, NGV, etc.
    4. Anda merepresentasi dan menjamin bahawa setiap bungkusan barang-barang yang perlu dihantar oleh Pemandu beratnya tidak kurang daripada dua (2) kilogram bagi setiap bungkusan.
    5. Lalamove dan/atau Pemandu-Pemandu mempunyai hak untuk membuka dan menyemak barang-barang tanpa notis terdahulu kepada anda di mana Lalamove dan/atau Pemandu-Pemandu mempunyai sebarang kecurigaan yang munasabah bahawa barang-barang tersebut mengandungi atau membentuk barang-barang haram, menyalahi undang-undang atau dilarang seperti yang dirujuk dalam peruntukan di atas dan Lalamove dan/atau Pemandu-Pemandu merezabkan hak untuk menolak penerimaan dan penghantaran barang-barang sedemikian.
    6. Anda perlu pada setiap masa bertanggungjawab untuk memastikan bahawa anda memberi Lalamove dan/atau Pemandu-Pemandu butir-butir yang tepat dan cukup untuk mebolehkan Pemandu-Pemandu untuk menyelesaikan penerimaan dan penghantaran barang-barang anda.

  9. Tanggung Rugi
    1. Anda bersetuju untuk menanggung rugi dan melindungi Lalamove dan pegawai-pegawainya, pengarah-pengarahnya, pekerja-pekerjanya dan ejen-ejennya daripada segala tuntutan, kerosakan, kerugian, liabiliti, dan perbelanjaan yang timbul daripada atau berhubung dengan:
      1. kemungkiran atau pelanggaran anda atas mana-mana Terma dan Syarat;
      2. pelanggaran hak pihak ketiga oleh anda, termasuk Pemandu.

  10. Data Peribadi dan Privasi
    1. Anda perlu menyerahkan maklumat peribadi anda kepada Lalamove untuk menggunakan Platform dan Perkhidmatan.
    2. Anda bersetuju kepada Lalamove menggunakan data peribadi (termasuk tetapi tidak terhad kepada nama anda, alamat pengambilan dan penghantaran dan nombor telefon) seperti yang diberi oleh anda kepada Lalamove dari semasa ke semasa apabila anda menggunakan Perisian untuk tujuan memberikan Perkhidmatan.
    3. Anda bersetuju kepada Lalamove mengumpul, mengguna, menyimpan dan mengemas kini data peribadi anda sepertimana dan sejauh mana, untuk dan pada tempoh masa yang perlu bila Lalamove memberikan Perkhidmatan kepada anda, dan anda mengesahkan bahawa data peribadi yang diberikan oleh anda adalah benar dan betul dan terkini.
    4. Anda selanjutnya secara tersurat bersetuju bahawa Lalamove adalah berhak untuk mendedahkan data peribadi anda kepada kenderaan yang mengambil bahagian seperti yang mungkin perlu termasuk, tanpa had, kepada tujuan mendapatkan tempahan untuk diterima oleh seorang pemandu kenderaan, pengesahan/penjelasan maklumat tempahan antara anda dan pemandu kenderaan, dan penjejakan kenderaan yang ditempah apabila Lalamove memberi Perkhidmatan kepada anda.
    5. Anda bersetuju bahawa pengumpulan, penggunaan, penyimpanan dan pindahan data peribadi anda adalah tertakluk kepada dasar privasi Lalamove di mana versi terkini adalah di “www.Lalamove.com”, dan anda mengiktiraf bahawa anda telah membaca dan memahami dasar tersebut sebelum bersetuju kepada Terma dan Syarat ini dan bahawa terma Dasar Privasi adalah digabungkan ke dalam Terma dan Syarat ini.
    6. Lalamove boleh mendedahkan kepada anda data peribadi seorang Pemandu semasa pemberian Perkhidmatan. Anda merepresentasi dan menjamin bahawa anda tidak akan menggunakan data peribadi Pemandu tersebut untuk apa-apa tujuan selain daripada tujuan penggunaan Perkhidmatan.

  11. Harta Intelektual
    1. Terma dan Syarat ini tidak memberi anda sebarang hak dalam atau kepada harta intelektual yang dimiliki oleh Lalamove. Lalamove dan/atau syarikat berkaitannya (di mana terpakai) adalah pada setiap masa memiliki semua hak, hakmilik dan kepentingan dan kepada Laman Web, Platform, Perkhidmatan, nama Lalamove, logo, cap dagangan, tanda khidmat, reka bentuk, bahan berhak cipta dan semua hak harta intelektual lain Lalamove.

  12. Undang-Undang Tadbir
    1. Terma dan Syarat ini ditadbir oleh dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia.
    2. Anda akur kepada bidang kuasa tidak eksklusif mahkamah Malaysia.

  13. Promosi
    1. Promosi Lalamove adalah diperkenalkan dari semasa ke semasa. Semua promosi yang diberikan adalah tertakluk kepada keperluan peraturan-peraturan dan undang-undang sedia ada. Lalamove merezabkan hak untuk meminda, menggantung atau menamatkan keperluan-keperluan ini atau Terma dan Syarat pada bila-bila masa dan Lalamove boleh menarik balik tawaran promosinya atas budi bicaranya tanpa notis terdahulu.

  14. Tuntutan Kerosakan
    1. Anda mengiktiraf dan bersetuju bahawa akses dan penggunaan Platform oleh anda dan perolehan sebarang perkhidmatan pengangkutan, logistik dan/atau penghantaran adalah atas risiko anda sendiri dan Lalamove adalah tidak bertanggungjawab untuk sebarang kehilangan, pencurian, kerosakan atau kemusnahan barang-barang. Anda dengan ini bersetuju bahawa jika anda ingin menginsuranskan barang-barang anda, anda perlu memperolehi perlindungan insurans anda sendiri.
    2. Tanpa menyimpang daripada perenggan-perenggan 7 dan 14.1 di atas, di mana anda melantik untuk tidak menggunakan mana-mana perkhidmatan insurans, Lalamove akan tetap membayar balik kepada anda kos untuk sebarang kehilangan, pencurian, kerosakan atau kemusnahan barang-barang yang diangkut oleh Pemandu tertakluk kepada jumlah maksima sebanyak RM100.00 (bagi pelanggan bukan korporat) atau sebanyak RM400.00 (bagi pelanggan korporat yang mempunyai akaun korporat dengan Lalamove) setiap penghantaran, tertakluk kepada penyediaan bukti yang memuaskan Lalamove seperti resit-resit, invois-invois dan foto-foto barang-barang yang dirosakkan.

  15. Penyerahhakkan
    1. Anda tidak boleh menyerahhakkan atau memindah mana-mana hak, kepentingan atau kewajipan anda di bawah Terma dan Syarat ini, secara keseluruhan atau sebahagian, tanpa kebenaran bertulis Lalamove terdahulu.
    2. Lalamove boleh atas budi bicaranya dan seperti yang difikirkan sesuai dan/atau perlu, menyerahhakkan atau memindah mana-mana hak, kepentingan atau kewajipannya di bawah Terma dan Syarat, secara keseluruhan atau sebahagian, kepada:
      1. subsidiari atau syarikat berkaitan;
      2. pemeroleh ekuiti, perniagaan dan/atau aset Syarikat; atau
      3. pengganti secara penyatuan atau pengambilalihan.

  16. Penepian
    1. Sebarang kegagalan atau kelewatan oleh Lalamove dalam menguatkuasakan atau melaksanakan sebarang hak, kuasa atau remedi di sini tidak dianggap sebagai penepian oleh Lalamove untuk menguatkuaskan atau melaksanakan hak, kuasa atau remedi sedemikian pada masa depan atau sebarang hak, kuasa atau remedi lain di bawah Terma dan Syarat ini.

  17. Kebolehasingan
    1. Jika mana-mana peruntukan Terma dan Syarat ini diputuskan sebagai haram, tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan di bawah mana-mana undang-undang, peruntukan tersebut atau bahagian tersebut adalah setakat itu dianggap sebagai tidak membentuk sebahagian kepada Perjanjian ini, tetapi kesahan dan penguatkuasaan peruntukan lain Terma dan Syarat ini adalah tidak terganggu.

  18. Seluruh Perjanjian
    1. Terma dan Syarat ini membentuk keseluruhan perjanjian dan persefahaman antara anda dan Lalamove berkenaan dengan perkaranya dan menggantikan semua perjanjian terdahulu atau semasa atau akujanji berkaitan dengan perkara sedemikian.