Selamat Hari Raya!
Kalau anda dah dalam mood Raya, maksudnya persiapan pun dah ready kan?
Kami nak kongsikan 8 aktiviti wajib pada hari raya pertama yang bukan sahaja buat sambutan lebih meriah, malah boleh bawa masuk rezeki!
Mulakan hari dengan solat raya bersama keluarga. Selain pahala, ia juga merupakan satu cara untuk “reset” fikiran sebelum hari yang sibuk.
Tahukah anda? Berjalan kaki ke masjid pada hari raya adalah sunnah kerana perjalanan ini semata-mata untuk melaksanakan solat hari raya.
Perjalanan pulang pula boleh bercampur dengan urusan lain seperti makan atau ziarah, jadi ia tidak lagi semata-mata ibadah, tetapi tetap penuh keberkatan.
Tak lengkap Raya tanpa bersalaman dan bermaafan dengan semua ahli keluarga.
Tradisi ini mengajar makna sebenar Syawal: merapatkan silaturahim dan membersihkan hati.
Dah berpuasa sebulan, mestilah nak raikan kemenangan dengan juadah raya!
Dari ketupat, rendang, kuih-muih hingga biskut raya, suapan pertama juadah Raya memang tak boleh dilepaskan. Ambil masa untuk makan bersama keluarga dan nikmati setiap rasa.
Lawat rumah saudara mara, hulur salam dan kongsi juadah.
Aktiviti ini menguatkan silaturahim dan memberi peluang untuk jumpa saudara yang lama tak berjumpa.
Tip: Jangan lupa cuba semua kuih raya tau! Setiap rumah ada speciality masing-masing!
Hari raya pertama ramai yang perlukan penghantaran kuih, hampers, atau barang raya. Jika anda ada masa lapang, ini peluang untuk bawa masuk rezeki atau duit raya tambahan!
Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, malah boleh tambah duit raya dengan lebih mudah!
Fakta menarik: Lalamove menawarkan rakan pemandu baru untuk sertai Lalamove tanpa deposit dan sticker sehingga 23 Mac. Anda hanya perlu daftar dan terus mula bekerja!
Selepas penat beraya, tonton rancangan Raya di TV untuk hiburan ringan.
Aktiviti ini sering dilakukan seisi keluarga. Sambil ketawa bersama, sambil makan kuih, mood Raya makin meriah!
Hari raya pertama memang padat dengan aktiviti. Jangan lupa berehat supaya esok terus bertenaga untuk sambungan ziarah dan kunjung-mengunjung.
Solat, bermaafan, berziarah, nikmati juadah dan jangan lupa ambil peluang untuk dapat duit raya juga!
Semoga pagi raya pertama anda penuh kegembiraan, kemeriahan dan rezeki melimpah.
Selamat Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2026!