7 Aktiviti Hari Raya Pertama Anda Perlu Buat (No.5 Boleh Dapat Duit Raya!)

featured image

Selamat Hari Raya!

Kalau anda dah dalam mood Raya, maksudnya persiapan pun dah ready kan?

Kami nak kongsikan 8 aktiviti wajib pada hari raya pertama yang bukan sahaja buat sambutan lebih meriah, malah boleh bawa masuk rezeki!

 

1. Solat Raya

 

freepik__malay-muslim-men-walking-into-a-mosque-in-malaysia__58196 (1)

 

Mulakan hari dengan solat raya bersama keluarga. Selain pahala, ia juga merupakan satu cara untuk “reset” fikiran sebelum hari yang sibuk.

Tahukah anda? Berjalan kaki ke masjid pada hari raya adalah sunnah kerana perjalanan ini semata-mata untuk melaksanakan solat hari raya.

Perjalanan pulang pula boleh bercampur dengan urusan lain seperti makan atau ziarah, jadi ia tidak lagi semata-mata ibadah, tetapi tetap penuh keberkatan.

 

2. Bersalaman Bersama Keluarga

 

freepik__muslim-family-in-living-room-like-in-img1-parents-__58197 (1)

 

Tak lengkap Raya tanpa bersalaman dan bermaafan dengan semua ahli keluarga.

Tradisi ini mengajar makna sebenar Syawal: merapatkan silaturahim dan membersihkan hati.

 

3. Nikmati Juadah Raya

 

freepik__topdown-view-of-traditional-hari-raya-dishes-on-a-__58192

 

Dah berpuasa sebulan, mestilah nak raikan kemenangan dengan juadah raya!

Dari ketupat, rendang, kuih-muih hingga biskut raya, suapan pertama juadah Raya memang tak boleh dilepaskan. Ambil masa untuk makan bersama keluarga dan nikmati setiap rasa.

 

4. Beraya Rumah Saudara Mara

 

freepik__malay-family-visiting-relatives-at-home-during-har__58193

 

Lawat rumah saudara mara, hulur salam dan kongsi juadah.

Aktiviti ini menguatkan silaturahim dan memberi peluang untuk jumpa saudara yang lama tak berjumpa.

Tip: Jangan lupa cuba semua kuih raya tau! Setiap rumah ada speciality masing-masing!

 

5. Ambil Job Lalamove

Hari raya pertama ramai yang perlukan penghantaran kuih, hampers, atau barang raya. Jika anda ada masa lapang, ini peluang untuk bawa masuk rezeki atau duit raya tambahan!

Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, malah boleh tambah duit raya dengan lebih mudah!

job lalamove masuk dalam aplikasi lalamove driver

 

Fakta menarik: Lalamove menawarkan rakan pemandu baru untuk sertai Lalamove tanpa deposit dan sticker sehingga 23 Mac. Anda hanya perlu daftar dan terus mula bekerja!

Daftar Jadi Pemandu Sekarang

 

6. Tonton Rancangan Raya di TV


freepik__close-up-of-tv-during-hari-raya-relaxed-and-happy-__58195

Selepas penat beraya, tonton rancangan Raya di TV untuk hiburan ringan.

Aktiviti ini sering dilakukan seisi keluarga. Sambil ketawa bersama, sambil makan kuih, mood Raya makin meriah!

 

7. Rehat

 

freepik__two-malay-men-resting-on-a-living-room-sofa-after-__58194

 

Hari raya pertama memang padat dengan aktiviti. Jangan lupa berehat supaya esok terus bertenaga untuk sambungan ziarah dan kunjung-mengunjung.

 

Jadikan 1 Syawal Anda Lebih Berkat

Solat, bermaafan, berziarah, nikmati juadah dan jangan lupa ambil peluang untuk dapat duit raya juga!

Semoga pagi raya pertama anda penuh kegembiraan, kemeriahan dan rezeki melimpah.

Selamat Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2026!

Read more