Penyelesaian API Lalamove
Perkhidmatan percuma integrasi API untuk membuat pesanan dengan lebih lancar
Mengenai Penyelesaian API Lalamove
Penyelesaian API kami membolehkan pelanggan mengintegrasikan sistem mereka dengan sistem Lalamove secara langsung untuk membuat pesanan secara automatik tanpa input manual dalam aplikasi kami.
Kembangkan perniagaan anda dengan Penyelesaian API Lalamove untuk menjimatkan masa dan tenaga!
Kebolehan API Yang Digemari Pelanggan Kami
Buat pesanan dengan lebih lancar dari sistem anda ke sistem kami
Menyokong pesanan pelbagai hentian
Buat pesanan segera atau jadualkan masa pengambilan sehingga 30 hari lebih awal
Dapatkan sebut harga penghantaran dengan segera
Menyokong pembatalan pesanan
Dapatkan status penghantaran automatik dengan mudah dan segera melalui Webhook
Pemadanan segera dengan rakan penghantar
Dapatkan lokasi rakan penghantar pada masa nyata
Pendaftaran mudah dengan API kami
Bagaimana Hendak Mulakan
1
Semak dan kaji dokumentasi API kami dengan pihak pembangun dalaman anda
2
Daftar sebagai rakan API melalui Portal Rakan API kami
3
Bertukar kepada persekitaran Sandbox untuk jalankan ujian. Kunci API Sandbox disediakan.
4
Beralih kepada persekitaran Pengeluaran untuk membuat pesanan API secara langsung. Anda perlu menambah wang sebenar sebagai kredit untuk menjana Kunci API Pengeluaran
1
Semak dan kaji dokumentasi API kami dengan pihak pembangun dalaman anda
2
Daftar sebagai rakan API melalui Portal Rakan API kami
3
Bertukar kepada persekitaran Sandbox untuk jalankan ujian. Kunci API Sandbox disediakan.
4
Beralih kepada persekitaran Pengeluaran untuk membuat pesanan API secara langsung. Anda perlu menambah wang sebenar sebagai kredit untuk menjana Kunci API Pengeluaran
Soalan Lazim
Apakah ciri-ciri yang disediakan dengan integrasi API?
Ciri-ciri integrasi API kami termasuk:
- Sebut harga penghantaran
- Buat pesanan
- Batalkan pesanan
- Butiran pemandu & lokasi
- Dapatkan status pesanan (ASSIGNING_DRIVER, ON_GOING, dll)
- Tambah Tips (dikenali sebagai "Yuran Keutamaan" dalam API)
- Terima status penghantaran automatik dengan mudah dan segera melalui Webhook
Adakah API Lalamove boleh mengendalikan pesanan pelbagai hentian?
Ya, pelanggan boleh membuat pesanan pelbagai hentian menerusi API. Sila ambil maklum bahawa rakan penghantar akan mengikut susunan lokasi penghantaran yang anda berikan. Pengoptimuman perjalanan masih belum tersedia.
Adakah saya akan dimaklumkan apabila terdapat sebarang penukaran status pesanan melalui API?
Ya, API kami dapat menyediakan status terkini secara proaktif dengan Webhook.
Siapakah yang boleh saya hubungi untuk sokongan teknikal?
Kami memahami pihak anda mungkin mempunyai soalan semasa mengkaji dokumentasi dan juga semasa proses integrasi. Anda boleh menghubungi kami pada bila-bila masa di partner.support@lalamove.com untuk mendapatkan sokongan teknikal dan pakar API kami akan membantu secepat mungkin.