Tentang Lalamove

icn_banner_about-01

Penghantaran Lebih Pantas Dan Selamat Dengan Lalamove

Ditubuhkan di Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong pada tahun 2013, Lalamove ialah sebuah platform penghantaran atas permintaan yang lahir dengan misi untuk memperkasakan komuniti dengan menjadikan penghantaran lebih pantas, mudah dan mampu milik. Dengan hanya satu klik, individu, perniagaan kecil dan syarikat korporat boleh mengakses pelbagai jenis kenderaan penghantaran yang dikendalikan oleh rakan pemandu profesional.

Dipacu oleh teknologi, kami menghubungkan orang ramai, kenderaan, barangan dan jalan raya secara lancar dengan menggerakkan barangan penting serta membawa manfaat kepada komuniti tempatan di 17 pasaran merentasi Asia, Amerika dan EMEA. Lalamove memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2018.

Ingin menghubungi kami?