Kenderaan tersadai, peluang pun terlepas!
Apa kata manfaatkan kenderaan Pikap 4x4, Van atau Lori yang ada untuk menjana pendapatan tambahan bersama Lalamove.
Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, mempunyai sumber pendapatan tambahan sememangnya boleh membantu meringankan beban kewangan.
Jom baca bagaimana anda boleh menjana pendapatan dengan kenderaan besar bersama Lalamove!
Kalau anda sudah mempunyai Pikap 4x4, Van atau Lori, anda sebenarnya sudah memiliki sebuah aset penting untuk memulakan perjalanan sebagai rakan pemandu Lalamove.
Selain daripada menggunakan kenderaan untuk urusan peribadi atau perniagaan sendiri, anda boleh memanfaatkannya untuk mengambil pesanan penghantaran.
Kenderaan yang anda miliki ini bukan sekadar untuk anda bergerak dari satu tempat ke tempat lain, ia juga boleh menjadi salah satu sumber pendapatan.
Salah satu kelebihan mempunyai kenderaan besar ialah anda berpeluang untuk menerima pelbagai pesanan penghantaran yang memerlukan ruang muatan lebih besar.
Antara jenis penghantaran yang boleh anda lakukan adalah seperti:
✅ Penghantaran perabot: Sofa, meja makan, almari atau katil
✅ Penghantaran barangan perniagaan: Stok produk, kotak barangan dan bekalan untuk kedai
✅ Penghantaran pukal: Stok bahan mentah
Setiap kenderaan mempunyai kelebihan tersendiri.
Jadi, anda perlu memahami jenis kenderaan yang anda miliki supaya dapat memilih pesanan yang bersesuaian.
Had muatan: 250kg
Had saiz: 1.2m x 0.9m x 0.9m
Had muatan: 500kg
Had saiz: 1.7m x 1.0m x 1.2m
Had muatan: 800kg
Had saiz: 2.7m x 1.3m x 1.2m
Pastikan anda menyemak spesifikasi kenderaan, had muatan dan jenis pesanan yang tersedia sebelum menerima penghantaran.
Had muatan: 1000kg
Had saiz: 2.9m x 1.5m x 1.5m
Had muatan: 1000kg
Had saiz: 2.9m x 1.5m x 1.5m
Had muatan: 2500kg
Had saiz: 4.2m x 2.0m x 2.1m
Had muatan: 2500kg
Had saiz: 4.2m x 2.0m x 2.1m
Had muatan: 4000kg
Had saiz: 5.1m x 2.0m x 2.1m
Had muatan: 4000kg
Had saiz: 5.1m x 2.0m x 2.1m
Had muatan: 5000kg
Had saiz: 6.0m x 2.0m x 2.1m
Bukan semua orang nak bekerja mengikut jadual tetap.
Ada yang mempunyai pekerjaan sepenuh masa, menguruskan perniagaan sendiri atau mempunyai komitmen keluarga.
Tapi jangan risau, kami ada berita baik untuk anda!
Sebagai rakan pemandu Lalamove, anda ada fleksibiliti untuk menguruskan masa kerja anda sendiri.
Sebagai contoh:
Situasi A: Jika anda mempunyai masa lapang pada hujung minggu, anda boleh melakukan penghantaran pada waktu ini.
Situasi B: Jika anda sibuk dengan perniagaan sendiri pada waktu pagi, anda boleh mengambil pesanan pada sebelah petang atau bila-bila masa yang anda inginkan.
Kerja penghantaran jadi lebih ringan dan mudah apabila ada yang membantu!
Jika ada pelanggan yang ingin menggunakan perkhidmatan tambahan seperti pembantu, anda boleh membawa rakan atau ahli keluarga untuk membantu sepanjang penghantaran dilakukan.
Melalui aplikasi Lalamove Driver, anda boleh melihat pesanan penghantaran yang tersedia.
Sebelum itu, kami ada beberapa tips untuk membantu anda menguruskan pesanan dengan lebih baik:
✅ Semak maklumat pesanan: Pastikan jenis barangan, lokasi pengambilan dan penghantaran jelas
✅️ Rancang laluan perjalanan: Gunakan aplikasi navigasi untuk merancang perjalanan
✅️ Manfaatkan ciri aplikasi: Gunakan ciri-ciri seperti Penapis Pesanan, Peta Haba dan banyak lagi.
Pengurusan penghantaran yang lebih teratur akan memberikan anda pengalaman penghantaran yang lancar.
Muat turun aplikasi Lalamove Driver dan jana pendapatan tambahan dengan kenderaan yang anda miliki sekarang!