Ada Kenderaan Besar? Ini Cara Untuk Menjana Pendapatan Dengan Lalamove!
Kenderaan tersadai, peluang pun terlepas!
Apa kata manfaatkan kenderaan Pikap 4x4, Van atau Lori yang ada untuk menjana pendapatan tambahan bersama Lalamove.
Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, mempunyai sumber pendapatan tambahan sememangnya boleh membantu meringankan beban kewangan.
Jom baca bagaimana anda boleh menjana pendapatan dengan kenderaan besar bersama Lalamove!
1. Manfaatkan Kenderaan Sedia Ada

Kalau anda sudah mempunyai Pikap 4x4, Van atau Lori, anda sebenarnya sudah memiliki sebuah aset penting untuk memulakan perjalanan sebagai rakan pemandu Lalamove.
Selain daripada menggunakan kenderaan untuk urusan peribadi atau perniagaan sendiri, anda boleh memanfaatkannya untuk mengambil pesanan penghantaran.
Kenderaan yang anda miliki ini bukan sekadar untuk anda bergerak dari satu tempat ke tempat lain, ia juga boleh menjadi salah satu sumber pendapatan.
2. Pelbagai Jenis Pesanan Penghantaran

Salah satu kelebihan mempunyai kenderaan besar ialah anda berpeluang untuk menerima pelbagai pesanan penghantaran yang memerlukan ruang muatan lebih besar.
Antara jenis penghantaran yang boleh anda lakukan adalah seperti:
✅ Penghantaran perabot: Sofa, meja makan, almari atau katil
✅ Penghantaran barangan perniagaan: Stok produk, kotak barangan dan bekalan untuk kedai
✅ Penghantaran pukal: Stok bahan mentah
3. Jenis Kenderaan Yang Sesuai Dengan Penghantaran
Setiap kenderaan mempunyai kelebihan tersendiri.
Jadi, anda perlu memahami jenis kenderaan yang anda miliki supaya dapat memilih pesanan yang bersesuaian.
🛻 Pikap 4x4
Sesuai untuk penghantaran yang memerlukan ruang muatan terbuka seperti peralatan, bahan binaan dan barangan bersaiz besar.
Had muatan: 250kg
Had saiz: 1.2m x 0.9m x 0.9m
🚐 Van
Pilihan praktikal untuk menghantar kotak, stok perniagaan dan pelbagai barangan lain yang memerlukan ruang tertutup.
i) Van 7-Kaki
Had muatan: 500kg
Had saiz: 1.7m x 1.0m x 1.2m
ii) Van Besar 9-Kaki
Had muatan: 800kg
Had saiz: 2.7m x 1.3m x 1.2m
🚚 Lori
Sesuai untuk penghantaran dalam kuantiti yang besar, berat dan memerlukan kapasiti muatan yang lebih tinggi.
Pastikan anda menyemak spesifikasi kenderaan, had muatan dan jenis pesanan yang tersedia sebelum menerima penghantaran.
i) Lori Kecil 10-Kaki
Had muatan: 1000kg
Had saiz: 2.9m x 1.5m x 1.5m
ii) Lori Kecil Terbuka 10-Kaki
Had muatan: 1000kg
Had saiz: 2.9m x 1.5m x 1.5m
iii) Lori Sederhana 14-Kaki
Had muatan: 2500kg
Had saiz: 4.2m x 2.0m x 2.1m
iv) Lori Sederhana Terbuka 14-Kaki
Had muatan: 2500kg
Had saiz: 4.2m x 2.0m x 2.1m
v) Lori Besar 17-Kaki
Had muatan: 4000kg
Had saiz: 5.1m x 2.0m x 2.1m
vi) Lori Besar Terbuka 17-Kaki
Had muatan: 4000kg
Had saiz: 5.1m x 2.0m x 2.1m
vii) Lori Besar 20-Kaki
Had muatan: 5000kg
Had saiz: 6.0m x 2.0m x 2.1m
4. Kerja Fleksibel Mengikut Masa Anda
.png?width=600&height=450&name=lalamove%20van%20driver%20(2).png)
Bukan semua orang nak bekerja mengikut jadual tetap.
Ada yang mempunyai pekerjaan sepenuh masa, menguruskan perniagaan sendiri atau mempunyai komitmen keluarga.
Tapi jangan risau, kami ada berita baik untuk anda!
Sebagai rakan pemandu Lalamove, anda ada fleksibiliti untuk menguruskan masa kerja anda sendiri.
Sebagai contoh:
Situasi A: Jika anda mempunyai masa lapang pada hujung minggu, anda boleh melakukan penghantaran pada waktu ini.
Situasi B: Jika anda sibuk dengan perniagaan sendiri pada waktu pagi, anda boleh mengambil pesanan pada sebelah petang atau bila-bila masa yang anda inginkan.
5. Bawa Pembantu Untuk Ringankan Beban

Kerja penghantaran jadi lebih ringan dan mudah apabila ada yang membantu!
Jika ada pelanggan yang ingin menggunakan perkhidmatan tambahan seperti pembantu, anda boleh membawa rakan atau ahli keluarga untuk membantu sepanjang penghantaran dilakukan.
Muat Turun, Daftar Dan Jana!
-1.jpg?width=350&height=700&name=Driver%20-%20How%20To%20Register%20Light%20Up%20Your%20Hustle%20Contest%20(1)-1.jpg)
Melalui aplikasi Lalamove Driver, anda boleh melihat pesanan penghantaran yang tersedia.
Sebelum itu, kami ada beberapa tips untuk membantu anda menguruskan pesanan dengan lebih baik:
✅ Semak maklumat pesanan: Pastikan jenis barangan, lokasi pengambilan dan penghantaran jelas
✅️ Rancang laluan perjalanan: Gunakan aplikasi navigasi untuk merancang perjalanan
✅️ Manfaatkan ciri aplikasi: Gunakan ciri-ciri seperti Penapis Pesanan, Peta Haba dan banyak lagi.
Pengurusan penghantaran yang lebih teratur akan memberikan anda pengalaman penghantaran yang lancar.
Muat turun aplikasi Lalamove Driver dan jana pendapatan tambahan dengan kenderaan yang anda miliki sekarang!
