Hari Raya Aidiladha mengajar kita semangat berkongsi rezeki, mengeratkan hubungan silaturahim dan membantu mereka yang memerlukan.
Dan salah satu perkara yang sinonim dengan perayaan ini ialah ibadah korban.
Jika anda seorang peserta korban pada tahun ini, blog ini dapat membantu anda untuk menjadi peserta yang lebih arif dan cekap membantu.
Jom baca di bawah:
Daging korban merujuk kepada daging daripada haiwan ternakan seperti lembu, kambing, biri-biri, kerbau atau unta yang disembelih sempena ibadah korban ketika Aidiladha.
Di Malaysia, ibadah korban ini biasanya dilakukan di masjid, surau atau pusat penyembelihan yang diiktiraf.
Selepas proses penyembelihan selesai, daging korban akan diagihkan kepada golongan yang tertentu seperti:
✅ ⅓ daging korban untuk diri sendiri (hanya bagi korban sunat bukan korban nazar atau wajib)
✅ ⅓ daging korban diberikan kepada golongan fakir miskin
✅ ⅓ daging korban diberikan kepada saudara-mara dan jiran tetangga
Mungkin ramai yang belum tahu bahawa ada beberapa cara penyimpanan daging korban yang betul supaya daging kekal segar dan tahan lebih lama.
Anda boleh cuba ikuti cara-cara seperti di bawah:
Jika anda ingin memasak dalam kuantiti yang sedikit, anda boleh bahagikan daging kepada bahagian kecil mengikut kegunaan masakan.
Simpan daging dalam bekas atau plastik kedap udara untuk mengelakkan pencemaran dan bau bercampur dalam peti sejuk.
Daging korban boleh tahan beberapa bulan jika disimpan dalam suhu beku yang sesuai.
Tip: Elakkan mencuci daging sebelum disimpan kerana ia mempercepatkan pertumbuhan bakteria.
Kalau anda tak ada idea nak masak apa dengan daging korban yang anda dapat, ini lapan resepi mudah yang anda boleh ikut:
Cara memasak:
Cara memasak:
Cara memasak:
Cara memasak:
Cara memasak:
Cara memasak:
Cara memasak:
Cara memasak:
Kalau anda ingin mengagihkan daging korban ke beberapa lokasi, Lalamove boleh bantu mudahkan urusan anda dengan:
✅ Penghantaran hari sama: Sesuai untuk penghantaran segera supaya daging sampai dalam keadaan segar.
✅ Pelbagai pilihan kenderaan: Daripada motosikal hingga lori, anda boleh memilih jenis kenderaan mengikut kuantiti penghantaran.
Tip: Pilih penghantaran Keutamaan untuk padanan pemandu yang lebih cepat dan daging korban boleh dihantar segera kepada penerima.
Selamat Hari Raya Aidiladha! Semoga ibadah korban anda berjalan dengan lancar.