Platform e-dagang seperti Shopify telah memudahkan akses kepada e-dagang untuk para usahawan seperti anda yang ingin berniaga atas talian.
Selain itu, perkhidmatan penghantaran dianggap memainkan peranan utama bagi kejayaan platform e-dagang.
Perkhidmatan penghantaran adalah penting untuk memenuhi piawai penghantaran yang efisien, selamat dengan harga yang berpatutan buat pengguna.
Sebab ini lah kami nak kongsi berita baik ini dengan anda:
Anda kini boleh menggabungkan perkhidmatan penghantaran Lalamove dengan pesanan Shopify anda!
Dalam blog ini, kami akan tunjukkan bagaimana aplikasi Lalamove Shopify boleh menghantar pesanan Shopify anda dengan lebih pantas.
Dapatkan aplikasi kami di Shopify App Store. Anda boleh muat turun aplikasi tersebut dan dapatkan akses ke perkhidmatan Lalamove yang beroperasi 24/7, dipercayai dan efisien. Persediaannya semudah ABC!
Sama ada penghantaran segera atau menjadualkan penghantaran awal, Lalamove boleh uruskan semuanya! Pilih masa dan tarikh pengambilan barang anda dan rakan penghantar kami akan uruskan yang selainnya.
Anda ingin gabungkan beberapa pesanan dalam satu penghantaran?
Tiada masalah!
Ciri pelbagai hentian kami diperkasakan dengan pengoptimuman laluan. Ciri ini dapat mengurangkan kos logistik anda tanpa mengurangkan kecekapan.
Kami memiliki pelbagai jenis kenderaan yang tersedia untuk anda!
Sama ada anda menjual barangan kecil seperti makanan atau bunga, atau perabot yang besar, kami mempunyai kenderaan yang sesuai untuk penghantaran anda. Berikut adalah flit penghantaran pelbagai jenis kenderaan kami:
Masukkan alamat pengambilan dan penghantaran dan pilih kenderaan dalam aplikasi untuk mendapatkan sebut harga penghantaran serta-merta. Nikmati ketelusan harga yang perlu dibayar oleh anda atau pelanggan anda.
Ikuti status pesanan penghantaran anda pada masa nyata, dari pemilihan rakan penghantar ke rakan penghantar mengambil pesanan anda sehingga mereka melengkapkan pesanan anda.
Malah, pelanggan anda juga boleh menjejaki pesanan sendiri melalui notifikasi kami!
Masukkan maklumat pengambilan dan penghantaran.
Pilih jenis kenderaan, masa dan tarikh pengambilan.
Pilih "Place Order".