Aplikasi Lalamove Shopify: Membantu Anda Menghantar Pesanan

featured image

Platform e-dagang seperti Shopify telah memudahkan akses kepada e-dagang untuk para usahawan seperti anda yang ingin berniaga atas talian.

Selain itu, perkhidmatan penghantaran dianggap memainkan peranan utama bagi kejayaan platform e-dagang.

Perkhidmatan penghantaran adalah penting untuk memenuhi piawai penghantaran yang efisien, selamat dengan harga yang berpatutan buat pengguna. 

Sebab ini lah kami nak kongsi berita baik ini dengan anda:

Anda kini boleh menggabungkan perkhidmatan penghantaran Lalamove dengan pesanan Shopify anda!

Dalam blog ini, kami akan tunjukkan bagaimana aplikasi Lalamove Shopify boleh menghantar pesanan Shopify anda dengan lebih pantas.

 

Kenapa Anda Harus Menggunakan Aplikasi Lalamove Shopify?

1. Buat Pesanan Dalam Beberapa Klik

Dapatkan aplikasi kami di Shopify App Store. Anda boleh muat turun aplikasi tersebut dan dapatkan akses ke perkhidmatan Lalamove yang beroperasi 24/7, dipercayai dan efisien. Persediaannya semudah ABC!

 

2. Penghantaran Segera Atau Berjadual

Sama ada penghantaran segera atau menjadualkan penghantaran awal, Lalamove boleh uruskan semuanya! Pilih masa dan tarikh pengambilan barang anda dan rakan penghantar kami akan uruskan yang selainnya. 

 

3.Gabungkan Beberapa Pesanan Untuk Penjimatan

Anda ingin gabungkan beberapa pesanan dalam satu penghantaran?

Tiada masalah!

Ciri pelbagai hentian kami diperkasakan dengan pengoptimuman laluan. Ciri ini dapat mengurangkan kos logistik anda tanpa mengurangkan kecekapan.

 

4. Pelbagai Jenis Kenderaan

Kami memiliki pelbagai jenis kenderaan yang tersedia untuk anda!

Sama ada anda menjual barangan kecil seperti makanan atau bunga, atau perabot yang besar, kami mempunyai kenderaan yang sesuai untuk penghantaran anda. Berikut adalah flit penghantaran pelbagai jenis kenderaan kami:

  • Motosikal
  • Kereta
  • Pikap 4 x 4
  • Van 7-kaki
  • Van Besar 9-kaki
  • Lori Kecil 10-kaki
  • Lori Sederhana Besar 14-kaki
  • Lori Besar 17-kaki

5. Harga Jelas Dan Telus

Masukkan alamat pengambilan dan penghantaran dan pilih kenderaan dalam aplikasi untuk mendapatkan sebut harga penghantaran serta-merta. Nikmati ketelusan harga yang perlu dibayar oleh anda atau pelanggan anda.

 

6. Jejaki Pesanan Pada Masa Nyata

Ikuti status pesanan penghantaran anda pada masa nyata, dari pemilihan rakan penghantar ke rakan penghantar mengambil pesanan anda sehingga mereka melengkapkan pesanan anda.

Malah, pelanggan anda juga boleh menjejaki pesanan sendiri melalui notifikasi kami!

 

Langkah-Langkah Untuk Lalamove-kan Saja Di Shopify

1. Muat turun aplikasi Lalamove Shopify

Step 1 to Lalamove It in Shopify

 

2. Daftar atau log masuk ke akaun Lalamove anda

Step 2 to Lalamove It in Shopify

 

3. Hantar pesanan melalui aplikasi Lalamove Shopify

Step 3 to Lalamove It in Shopify



4. Pilih pesanan yang anda ingin lengkapkan

Jika anda ingin menggabungkan beberapa pesanan dalam satu penghantaran, klik pesanan tersebut dan pilih “Send with Lalamove (Multi-stop Order)” di bahagian “More Actions”.

Step 4 to Lalamove It in Shopify

 

5. Buat pesanan (1 dari 3)

Masukkan maklumat pengambilan dan penghantaran.

Step 5 to Lalamove It in Shopify

 

6. Buat pesanan (2 dari 3)

Pilih jenis kenderaan, masa dan tarikh pengambilan.

Step 6A to Lalamove It in Shopify

Step 6B to Lalamove It in Shopify



7. Buat pesanan (3 dari 3)

Pilih "Place Order".

Step 7A to Lalamove It in Shopify

Step 7B to Lalamove It in Shopify

 

8. Pengesahan pesanan

Step 8 to Lalamove It in Shopify

 

9. Penjejakan pesanan

Step 9 to Lalamove It in Shopify

 

Tingkatkan Perniagaan Online Anda Dengan Aplikasi Lalamove Shopify

Read more