Akhir tahun memang masa paling sibuk dan paling lumayan untuk rakan pemandu Lalamove!
Dari jualan hujung tahun, promosi besar-besaran sehinggalah persiapan persekolahan, permintaan penghantaran biasanya akan meningkat.
Jika dimanfaatkan dengan strategi yang betul, ia boleh menjadi masa yang terbaik untuk anda tingkatkan pendapatan.
Jom kita tengok cara-cara bijak untuk memaksimumkan pendapatan dengan pesanan akhir tahun.
Kenderaan ialah “aset utama” anda.
Jadi, pastikan untuk memeriksa kenderaan sebelum musim sibuk bermula.
Anda boleh:
Kenderaan yang tip-top bermakna kurang risiko untuk rosak di tengah jalan dan yang paling penting, anda kurang terlepas pesanan!
Cuba berada di kawasan hotspot seperti kawasan komersial, kawasan perniagaan, perumahan dan pusat bandar.
Biasanya, kawasan-kawasan ini akan menerima lebih banyak permintaan, terutamanya dari peniaga yang mahu siapkan penghantaran akhir tahun.
Bukan semua pesanan sesuai untuk semua pemandu. Ada beberapa perkara yang anda perlu ambil kira seperti:
Apa yang boleh anda lakukan adalah untuk mengambil pesanan yang sesuai dengan jenis kenderaan dan boleh disiapkan dengan lebih cepat.
Jadi, anda boleh ambil lebih banyak job dalam sehari!
Servis yang baik boleh buat anda menonjol!
Seperti yang anda tahu, pelanggan boleh meletakkan anda sebagai pemandu kegemaran mereka.
Jadi, jangan lupa untuk:
Rating yang tinggi dapat membantu anda kekal dipercayai dan meningkatkan peluang mendapat pesanan seterusnya.
Mengejar pesanan memang penting, tetapi keselamatan anda lebih utama.
Pastikan anda:
Pemandu yang sihat dan fokus boleh bekerja lebih konsisten sepanjang musim sibuk ini.
Musim akhir tahun ialah peluang keemasan untuk rakan pemandu Lalamove meningkatkan pendapatan.
Bagi yang belum tahu, kami ada satu lagi peraduan untuk anda sertai hujung tahun ini sehingga 28 Februari 2026.
Dengan menyertai peraduan My Day With Lalamove, anda berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai sehingga RM10,000!
SIla layari laman rasmi My Day With Lalamove untuk mengetahui maklumat lanjut.
Jom bersiap sedia dan jadikan akhir tahun ini paling padu untuk pendapatan anda!