-4.png?width=800&height=419&name=EDM_1200x628%20(9)-4.png)
Kisah Anda Boleh Bawa Rezeki Sehingga RM10,000!
Setiap pemandu ada cerita tersendiri. Ada yang kelakar, ada yang menyentuh hati dan ada yang kekal dalam ingatan.
Musim perayaan ini, kami nak dengar cerita anda dan kami menawarkan sehingga RM10,000 untuk video paling kreatif.
Anda hanya perlu rakam hari anda sebagai pemandu Lalamove dan kongsi di Instagram, Facebook atau TikTok.
Kongsi apa sahaja yang buat perjalanan anda unik:
✅ Pesanan yang mengubah hidup anda
✅ Pelanggan yang jadi kawan rapat
✅ Rakan pemandu yang dah macam keluarga
Hantar penyertaan sekarang dan bawa pulang ganjaran sempena musim perayaan.
Peraduan ini dibuka untuk pemandu baru dan sedia ada.
Cara Sertai Peraduan
Belum Jadi Pemandu? Jom Daftar!
Hadiah

Kelayakan:
1. My Day with Lalamove (“Peraduan”) dianjurkan oleh Lalamove Malaysia Sdn Bhd (“Lalamove”) dan tersedia secara eksklusif untuk Rakan
2. Pemandu Lalamove warganegara Malaysia yang baru mendaftar atau sedia ada (“Pemandu”), tertakluk pada terma dan syarat berikut.
3. Peraduan ini terbuka untuk Rakan Pemandu Lalamove di Malaysia.
4. Pemandu berikut tidak layak menyertai Peraduan ini:
(a) Rakan pemandu yang mendaftar selepas tempoh kempen berlangsung;
(b) Rakan pemandu yang telah dibuang atau digantung.
Tempoh Peraduan:
1. Peraduan ini dijadualkan untuk berlangsung mulai 15 Disember 2025, 12.00 am sehingga 28 Februari 2026, 11.59 pm, mengikut Waktu Malaysia GMT+8 (“Tempoh Peraduan”).
2. Lalamove berhak sepenuhnya dan mutlak untuk meminda, mengubah, menghentikan atau menamatkan Tempoh Peraduan pada bila-bila masa sebelum tamat Tempoh Peraduan tanpa sebarang notis terlebih dahulu, dan tiada sebarang pampasan dalam bentuk wang tunai atau barangan akan diberikan.
Penyertaan:
1. Peraduan ini akan dijalankan melalui aplikasi Lalamove Driver.
2. Untuk layak menyertai Peraduan ini, Pemandu mestilah:
(a) Daftar sebagai rakan pemandu Lalamove dalam platform semasa tempoh Peraduan.
(b) Lengkapkan semua keperluan deposit yang perlu dan paparkan pelekat Lalamove pada kenderaan, dan
(c) Muat naik video penyertaan ke Instagram, Facebook atau TikTok beserta dengan hashtag: #MyDayWithLalamove #lalamovemy
Setelah syarat-syarat dilengkapi, Pemandu yang layak akan dimasukkan ke dalam Peraduan secara automatik.
Pemilihan dan Pengumuman Pemenang:
1. Lalamove boleh menyiarkan butiran peserta teratas, termasuk nama dan akaun media sosial setiap Pemandu, sepanjang Tempoh Peraduan. Pemandu yang menunjukkan kreativiti terbaik dalam penceritaan akan mempunyai peluang lebih tinggi untuk dipilih sebagai pemenang di akhir Peraduan.
2. Pemenang akan diumumkan di Aplikasi Lalamove Driver, laman web rasmi, dan platform media sosial Lalamove dalam masa lima belas (15) hari selepas tamat Tempoh Peraduan.
3. Sebanyak tiga (3) pemenang akan dipilih, dan setiap pemenang layak menerima hanya satu (1) hadiah.
4. Pengumuman pemenang mungkin termasuk nama, akaun media sosial, gambar, bandar/daerah akaun Pemandu, dan butiran hadiah setiap pemenang.
5. Semua pemenang akan dihubungi melalui panggilan telefon atau WhatsApp sebelum pengumuman rasmi. Pemenang mesti mengesahkan penerimaan notifikasi hadiah mereka. Kegagalan berbuat demikian mungkin menyebabkan diskualifikasi, dan Lalamove berhak menganugerahkan hadiah kepada pemenang lain.
6. Lalamove tidak akan bertanggungjawab sekiranya pemenang tidak dapat dihubungi atas sebarang sebab.
Hadiah:
1. Para pemenang Peraduan ini akan menerima:
Tempat Pertama: RM5000
Tempat Kedua: RM3000
Tempat Ketiga: RM2000
2. Setiap Pemandu hanya layak untuk memenangi (1) hadiah sahaja.
3. Lalamove berhak untuk membatalkan hadiah mana-mana pemenang yang tidak memberikan butiran yang diperlukan seperti yang ditetapkan dalam Terma dan Syarat Peraduan.
4. Semua hadiah tidak boleh dikembalikan, tidak boleh ditukar, tidak terkumpul, tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditebus dengan wang tunai atau hadiah lain.
5. Hadiah disediakan 'seadanya' dan tanpa sebarang jaminan sama ada nyata atau tersirat, termasuk jaminan tersirat kebolehdagangan. Lalamove tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau kerugian, sama ada secara langsung atau tidak langsung, yang timbul daripada penggunaan atau pemilikan hadiah, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang kecacatan atau kerosakan hadiah.
6. Dengan menerima hadiah, pemenang bersetuju untuk melepaskan, memberi ganti rugi dan menjaga Lalamove daripada sebarang tuntutan, liabiliti, kerosakan, kos dan perbelanjaan (termasuk yuran guaman yang munasabah) yang timbul daripada atau berkaitan dengan penerimaan, penggunaan, atau pemilikan hadiah, tanpa mengira sama ada tuntutan tersebut timbul daripada kecuaian Lalamove, pelanggaran kontrak, atau sebarang sebab tindakan lain.
Terma dan Syarat Umum:
1. Dengan menyertai Peraduan ini, Pemandu mengakui, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat ini.
2. Lalamove berhak sepenuhnya dan mutlak untuk menarik balik, meminda, mengubah dan/atau menukar mana-mana bahagian terma dan syarat Peraduan ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada menukar hadiah dengan hadiah lain yang mempunyai nilai yang sama, pada bila-bila masa tanpa sebarang notis terlebih dahulu kepada Pemandu, dan Pemandu bersetuju untuk terikat dengan perubahan tersebut.
Lalamove berhak, atas budi bicara mutlaknya, untuk mendiskualifikasi penyertaan mana-mana Pemandu tanpa sebab dan notis, terutamanya sekiranya:
a) Pemandu tidak layak atau tidak memenuhi syarat kelayakan;
b) Pemandu gagal memenuhi semua atau mana-mana Terma & Syarat yang ditetapkan;
c) Pemandu terlibat dalam tingkah laku yang dianggap Lalamove tidak sesuai atau tidak diterima;
d) Pemandu telah melanggar mana-mana Terma & Syarat atau peraturan lain Peraduan atau melanggar mana-mana undang-undang atau peraturan yang berkuatkuasa; atau
e) Atas sebarang sebab lain yang difikirkan sesuai oleh Lalamove atas budi bicara mutlaknya.
3. Lalamove mempunyai hak eksklusif untuk menggunakan, meminda, menyiarkan atau memaparkan bahan maklumat yang dihantar oleh Pemandu, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, gambar, bandar atau kawasan Pemandu dengan cara yang difikirkan sesuai untuk tujuan pemasaran, pengiklanan, publisiti dan untuk sebarang tujuan lain tanpa sebarang notis lanjut kepada Pemandu, dan Pemandu tidak boleh menuntut hak milik atau sebarang bayaran atau pampasan ke atas bahan tersebut.
4. Keputusan Lalamove mengenai semua perkara yang berkaitan dengan Peraduan adalah muktamad dan mengikat, dan sebarang surat-menyurat atau percubaan untuk mempertikaikan keputusan tersebut tidak akan diterima.
5. Lalamove tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan oleh Pemandu atau tuntutan pihak ketiga atau kerugian dalam apa jua bentuk, termasuk tetapi tidak terhad kepada kehilangan keuntungan, pampasan, kerugian tidak langsung, khas, kebetulan, atau bersangkutan atau kerugian lain serta sebarang tuntutan berkaitan dalam apa jua bentuk, termasuk kerugian langsung, tidak langsung, pihak ketiga atau lain-lain yang timbul daripada atau berkaitan dengan Peraduan ini.
6. Sekiranya terdapat sebarang ketidakkonsistenan, konflik, kekaburan atau percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi dalam bahasa lain bagi terma dan syarat ini, versi Bahasa Inggeris hendaklah diutamakan pada setiap masa.
7. Dengan menyertai Peraduan ini, Pemandu bersetuju dengan pengumpulan, penggunaan, pendedahan dan pemprosesan data peribadi
8. Pemandu oleh Lalamove untuk memudahkan perjalanan Peraduan (termasuk pemberitahuan pemenang, pengumuman pemenang di platform atas talian Lalamove, penghantaran/pengambilan hadiah) serta untuk tujuan pengiklanan, promosi, pemasaran dan/atau tujuan berkaitan lain tanpa sebarang pampasan, selaras dengan undang-undang privasi yang berkuatkuasa dan Notis Privasi Lalamove.
9. Pemandu bersetuju bahawa mereka tidak akan mencabar atau mempertikaikan keputusan Lalamove dalam apa jua cara, dan semua keputusan yang dibuat oleh Lalamove berkaitan Peraduan adalah muktamad dan konklusif.
