Pa habaq orang Perlis?
Kami nak habaq awai-awai kat hangpa yang Lalamove lani dah ada dekat Perlis!
Bak kata rakan pemandu Lalamove di negeri-negeri lain, cukup senang nak buat duit lebih bila ada Lalamove ni!
Mai kami tunjukkan gena nak daftar sebagai pemandu:
Hangpa wajib kena ada aplikasi Lalamove Driver dalam smartphone na.
Ni la aplikasi mudah alih yang hangpa akan guna untuk nak ambil dan mengantaq pesanan.
Cari ja "Lalamove Driver" di App Store atau Google Playstore. Pastikan hangpa download app dengan logo yang ada stereng macam kat bawah ni:
Isikan maklumat yang diperlukan seperti nama, nombor telefon, jenis kenderaan dan lain-lain.
Sebelum hangpa mendaftar, pastikan hangpa memiliki lesen memandu yang sah!
“Eh, awat Penang?”
Buat masa la ni, rakan pemandu di Perlis akan berdaftar di bawah negeri Pulau Pinang.
Pastu hangpa kena ambil ‘Penang & Negeri Berdekatan’ sebagai kawasan dalam laman pendaftaran.
Tak yah risau, job di negeri Perlis akan keluaq dalam app!
Kalau pendaftaran hangpa berjaya, hangpa akan dihubungi oleh pihak Lalamove untuk melengkapkan pendaftaran hangpa.
Ini termasuk mengikuti sesi latihan online, memuat naik dokumen penting dan pembayaran deposit.
Setelah semuanya selesai, pendaftaran hangpa akan disemak dan diluluskan dalam tempoh beberapa hari.
Semudah itu sahaja!
Hangpa boleh mula ambil pesanan di kawasan Perlis seperti di bawah:
Sekarang hangpa dah tahu cara-cara untuk daftar sebagai rakan pemandu Lalamove.
Mesti hangpa semua dah tak sabaq nak ambil job di kawasan-kawasan Arau, Kuala Perlis, Kangar dan banyak lagi!
Sebagai rakan pemandu Lalamove, hangpa semua boleh menikmati pelbagai ganjaran. Bukan setakat buat duit lebih ja!
Ajak Rakan-Rakan Anda Sertai Lalamove, Boleh Dapat Duit!
Dah Jana Pendapatan? Lihat Cara Untuk ‘Cash Out’ Duit Anda
Cuba Tengok Sini, Ada Banyak Benefits Lah Jadi Driver Lalamove Ni!