Cara Untuk 'Cash Out' Pendapatan Anda Sebagai Rakan Pemandu Lalamove
Sasaran anda mungkin RM50 atau RM500 setiap minggu, dan setiap kali anda dapat capai sasaran mesti anda rasa seronok, kan?
Walau berapa pun sasaran pendapatan anda, anda sememangnya layak dipuji untuk kerja keras anda!
Jadi apa langkah seterusnya?
Dah tiba masa untuk menikmati hasil kerja keras anda dengan cash out!
Bagaimana Cash Out Berfungsi?
Secara umumnya, cash out bermaksud anda memasukkan pendapatan Lalamove anda ke dalam akaun bank anda setelah dimohon.
Sekiranya anda masih baru lagi sebagai rakan pemandu Lalamove, jom kami tunjukkan bagaimana anda boleh cash out dengan mudah sekali.
Sebelum anda cash out, pastikan anda telah mengisi butiran bank anda dalam aplikasi Lalamove Driver.
Untuk membuat demikian, anda boleh pergi ke laman ‘Dompet’ dalam aplikasi Lalamove Driver dan klik 'Maklumat kad bank’.
.png?width=600&height=600&name=CASH%20OUT%20(4).png)
Klik ikon tertera untuk masukkan maklumat bank akaun anda. Pastikan maklumat bank anda tepat dan klik ‘Simpan’ untuk menyimpan maklumat anda.

Dah selesai?
Bagus! Ini bermaksud anda dah bersedia untuk cash out hasil kerja keras anda!
Bagaimana Cara Nak Cash Out Pendapatan Saya?
Adakah anda sudah mencapai sasaran pendapatan anda?
Atau anda memerlukan wang sebelum hari Isnin, Rabu atau Khamis – tiga hari khas di mana pendapatan anda akan dimasukkan dalam akaun bank anda?
Jika ya, ini bermaksud anda dah bersedia untuk cash out.
Mulakan dengan pergi ke laman ‘Dompet’ dan klik ‘Keluarkan duit’
.png?width=600&height=600&name=CASH%20OUT%20(3).png)
Masukkan jumlah yang anda ingin cash out. Sedikit peringatan:
Tiada jumlah minima yang ditetapkan untuk cash out. Namun, anda harus kekalkan baki sekurang-kurangnya RM1.00 dalam aplikasi Lalamove Driver anda.

Klik ‘Sahkan pengeluaran wang’ untuk menghantar jumlah yang dimohon.

Atas dasar keselamatan, anda diminta untuk memasukkan kata laluan log masuk aplikasi Lalamove Driver sebelum anda menghantar permohonan cash out. Klik 'Sah' untuk mengesahkan permohonan anda.

Setelah anda memohon, anda boleh melihat status cash out anda dalam aplikasi.

Semudah itu saja!
Tapi kami tahu anda mesti anda soalan paling penting:
Bila Saya Boleh Terima Pendapatan Saya?
Kami mempunyai jadual tersendiri untuk cash out. Kami telah menentukan tempoh tetap supaya lebih mudah untuk anda menjadualkan pengeluaran cash out anda agar anda menerima pendapatan tepat pada masa.
Jika hari cash out jatuh pada hari cuti umum, anda perlu menunggu hari berikutnya untuk menerima pendapatan anda.
Sila rujuk jadual cash out di bawah:

Bagaimana Jika Cash Out Saya Gagal?
Sebab utama permohonan cash out anda gagal berkemungkinan kerana kesalahan dalam maklumat akaun bank.
Pastikan anda semak maklumat akaun bank dengan tepat sekiranya anda ingin permohonan cash out yang lebih mudah dan lancar.
Sekiranya cash out anda gagal, jumlah yang dimohon akan dikembalikan ke dalam Dompet Lalamove anda dalam tempoh 7 hari bekerja.
Namun, sekiranya maklumat akaun bank anda tepat dan permohonan cash out anda masih gagal, anda boleh pihak Lalamove menerusi Live Chat dalam aplikasi Lalamove Driver. Agen kami akan membantu anda dengan sebaik mungkin.
Dah Bersedia Untuk Menikmati Hasil Usaha Anda?
Sekarang mesti anda menanti-nantikan hari Isnin, Rabu dan Khamis kan untuk tiba kan? 😉
Kami berharap anda kini lebih jelas tentang cara untuk memohon cash out dalam aplikasi Lalamove Driver.
Bukan itu sahaja…
Kami juga berharap anda bersedia untuk mengambil lebih pesanan dengan kami. Lebih banyak pesanan anda ambil, lebih banyak pesanan anda boleh cash out!
