Anda dah dengar tentang peraduan terbaru dari Lalamove?
Perkenalkan peraduan Lalamove Jom Move Challenge! Dimana hadiah bernilai sehingga RM12,000 menanti anda!
Tapi macam mana nak sertai dan menang? Jom kita lihat caranya dibawah.
Kalau dah masuk hujung tahun, anda mesti selalu sibuk kan?
Musim hujung tahun memang padat dengan pelbagai acara, dari sambutan Krismas, cuti sekolah dan tahun baru.
Waktu ini juga adalah yang terbaik untuk anda tambahkan pendapatan bagi memenuhi keperluan musim cuti.
Sebab itulah Lalamove perkenalkan peraduan Lalamove Jom Move Challenge ini, peraduan istimewa dimana rakan pemandu Lalamove boleh memenangi RM2,000 setiap seorang dengan hanya melengkapkan pesanan.
Peraduan ini berlangsung selama dua bulan, bermula dari 17 Oktober sehingga 12 Disember 2025.
Motosikal
Kereta
Kereta (E-Hailing)
Pikap 4x4
Van
Lori
Maksudnya, anda berpeluang untuk menang tidak kira jenis kenderaan yang anda bawa!
Peraduan ini terbuka bagi semua rakan pemandu Lalamove, tidak kira rakan pemandu lama atau yang baru sahaja mendaftar.
Apa yang anda perlu ada hanyalah kenderaan yang disenaraikan di atas untuk menyertai.
Jika anda belum menjadi rakan pemandu kami, jangan risau!
Anda boleh mendaftar dengan menekan butang dibawah:
Untuk menyertai peraduan Lalamove Jom Move Challenge ini mudah saja.
Anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah seperti di bawah:
Langkah 1
Daftar sebagai rakan pemandu Lalamove Motosikal, Kereta, Kereta (E-Hailing), Pikap 4x4, Van atau Lori.
Jika anda sudah mendaftar, sila terus pergi ke Langkah 2.
Langkah 2
Klik butang dibawah untuk pergi ke halaman rasmi peraduan Lalamove Jom Move Challenge.
Kemudian, anda perlu mengisi maklumat yang diminta seperti dibawah:
Nama seperti di dalam kad pengenalan
Nombor kad pengenalan
Nombor plat kenderaan yang berdaftar
Nombor telefon
Jenis kenderaan yang berdaftar
Muat naik tangkap layar profil akaun Lalamove Driver anda
Nota: Sila pastikan maklumat yang diisi sepadan dengan maklumat yang terdapat di dalam akaun Lalamove Driver anda.
Langkah 3
Anda dah boleh mula ambil pesanan!
Bagi setiap satu pesanan yang anda selesaikan semasa tempoh peraduan akan dikira sebagai satu penyertaan.
Contoh:
Selesaikan 10 pesanan penghantaran/Ride = 10 penyertaan
Selesaikan 50 pesanan penghantaran/Ride = 50 penyertaan
Setiap minggu kami akan mengemas kini 3 rakan pemandu teratas dengan pesanan terbanyak bagi setiap kategori.
Ini bukan sahaja peraduan, ini adalah penghargaan untuk segala usaha dan dedikasi yang sudah anda berikan selama ini.
Jom selesaikan lebih banyak pesanan dan menang dengan Lalamove Jom Move Challenge!